Friday, November 26, 2010

Mana pergi semua lelaki gentlemen di Malaysia

Oke dah habis seronok enjoy hari jadi dengan sibuk buat kek sendiri, sebab tak ada orang rajin nak celebrate birthday tahun ni. Haha. Normal la tu. Dah tua kan kata orang, celebrate buat apa. Baba offer duit ke hadiah, lepas tu saya terlepas cakap; "Kan Si Merah tu hadiah besday." Ah? Kenapa jujur sangat Dart? Gosh! Sabar je lah. What am i thinking entah. Adui. Tak pe. Jujur. Jujur.

So, sehari sebelum birthday, my friends and I were going to have a little picnic near the Gabai Waterfalls. Seriously, Air Terjun Sungai Gabai itu, the most extremely beautiful waterfall yang saya pernah pergi. Hah! Gambar mandi haruslah tidak dipamerkan di sini. Sexy kut. What do you expect? Girls mandi basah-basah. Dah tentu gayanya teruk sikit, guys dah boleh fikir lain tahu.

All the way to Sungai Gabai itu, oke lah. Setelah study google map selama 15 minit di rumah, we are suppose to arrived there dalam masa sejam sahaja. But perjalanan menjadi dua jam bila kami berhenti sembahyang, then tiba-tiba kami confused. Ah. To be exact, saya yang confused. So, kami sesat sampai lalu Look Out Point Ampang. So, siapa-siapa rasa nak romantik, boleh lah pergi ke situ. Tengok the whole KL waktu malam. I think time senja is the best time untuk lepak dekat situ, boleh tengok lampu KL terpasang satu persatu. :) Dua laluan ke situ, dari hulu langat dengan dari cheras. You can choose either one if you want to.

So, dah sampai, nak mandi-manda la. And yeah, tangga nak naik MashaAllah, tinggi nya Tuhan sahaja yang tahu. Dah lah bawak BBQ. Siap bawa periuk nasi, siap bawa air 6 botol, tapi minum 2 botol je! Argh! Penat weih! Tapi tak pe. Nasib baik air dia best, agak dalam. Tak ada lah macam air longkang bak kata Ida. So, siapa-siapa nak pergi, boleh tekan coordinate N 03° 09.97' E 101° 54.52' dekat GPS. Sadly for me, I tak ada GPS nak cari Sungai Gabai, that's one of the reason why I boleh sesat. :)

After penat bermandi-manda, berBBQ, bergelak ketawa, bergambar sakan, kami pun pulang. Dah turun awal-awal lagi ni. Masa nak keluar dari Sungai Gabai itu, jalan dia lubang-lubang. Agak teruk, and boleh lalu cuma satu kereta sahaja. And ada satu point, ada seekor anjing yang akan mengejar kereta yang lalu. So, biasa lah lumrah nya orang melayu, nampak anjing menjerit, biarpun anjing itu di luar kereta. And saya ni pula, jenis yang boleh terikut sama kalau orang menjerit nie. Sekali time lalu dekat anjing, tekan minyak, langgar lubang. Dah jauh sikit, lega lah. Keluar jalan besar, dengar bunyi something. Berhenti tepi jalan.


Ah. Tayar flat! Demyu tayar. Clueless. Kenapa tayar boleh flat ni? Argh! Kami pun bersusah payah memunggah balik bonet kereta semata nak cari tayar spare. Huh. Apalah kudrat 7 orang anak gadis? Nak tukar tayar pun tak reti. Tahu, tapi tak reti. Dah lah kawasan kampung, orang lalu lalang tengok je? Well hello! Where on earth are gentlemen in Malaysia? Siap kami berhenti depan rumah orang kut. How come orang itu tak keluar pun tengok kami? Tak nampak ke kami semua perempuan?


Dah lama tu, datang seorang lelaki, naik motor. Tanya; "oke tak nie?" Fuh! Lega sikit. Dah lama terkandas ni, tayar tak buka lagi. Tak larat kan. Kudrat wanita. Ingat tu. So, abang itu lah yang membantu kami. Imagine, dia buat sorang, kami tengok je. Habis, nak tolong pun tak reti. Huhu.

Dah maghrib baru siap. Pergh. Lama betul. And yes, for the first time ever, saya drove 60km/j di highway. I repeat, DI HIGHWAY! (sengaja caps lock) Lewat juga sampai di Shah Alam. Letih, kaki cramp. Penat berenang, penat drive. Gila. Mmacam ni, 3 tahun sekali boleh lah kut. Huhu.

Anyway, masih curiga. Mana lelaki-lelaki gentleman di Malaysia ni? Pak cik sebelah rumah itu, siap lalu tengok je, terus masuk dalam rumah. And yeah, tuan rumah yang kami stop depan rumah dia tu, keluar rumah naik kereta, tengok je, then blah. FTW? Tak ada sikap tolong-menolong betul la orang Malaysia ni. Hampeh betul.

Entri selamat hari jadi


all pictures from: google

Does anyone here nak belanja saya makan-makan sempena hari jadi saya semalam? Boleh drop your name dekat comment, nanti kita arrange time and date. :)

Ah. Yesterday was my birthday. So, it makes me 22 years old this year. Ha. Jangan sebut saya dah tua. Saya masih muda. Walaupun kadang-kadang saya tengok muka saya di cermin almari di dalam bilik, "argh! Apesal nampak macam kedut-kedut dah ni?" Haih. People change kan?

Ye lah, dulu perkara paling saya risaukan ialah bentuk badan saya. Makan banyak sikit, sibuk nak berak. Semuanya kerana takutkan gemuk. Sekarang ada masalah gastrik, makan kurang sikit, confirm gastrik 3-4 hari. Untuk elakkan gemuk, makan sikit, tapi kerap. Confirm tak gemuk. Sekarang benda paling saya risaukan, muka dah nampak macam nak tua. Argh! Itu memang tak boleh nak halang. Benda yang sememangnya tak boleh nak lawan. Unless kalau nak pakai botox. Cis. Wa mana nak main duh botox-botox ni. Tak apa lah. Terima sahaja kenyataan.

So, thank you to all my friends yang call malam tu, sampai saya terpaksa main hold kejap, ada call lain masuk. Thank you juga untuk kawan-kawan yang message dan drop di YM juga IM facebook. Tak kurang, untuk yang bagi hadiah. Thank you Baba untuk Si Merah yang cantik dan bergaya ini. Thank you Mohd Hafizi untuk handbag yang gorgeous and rock gitu. Thank you Mohd Hazeq Al-Hakim untuk dress purple yang cantik. Thank you juga Adam, untuk sponge cake yang sedap. Tidak dilupakan, thank you buat diri sendiri sebab berjaya membelikan kemeja dan handbag yang lawa untuk diri sendiri. :)

Yang ini nota paling penting, terima kasih untuk 173 orang yang tulis Happy Birthday di wall facebook saya. Termasuk sekali cik tunang, Capa Corp yang mengada nak letak juga di wall walaupun tak tulis apa-apa pasal birthday sebab konon nya nak bagi cukup 300. Cis.

So that's all. Akhir sekali, tenkiu banyak-banyak semua. I ♥ You all! :)

Friday, November 19, 2010

Invitations

Gosh. Cuti dah start, torrent mula active. Cerita itu download, cerita ini download. Kalau ada 100 cerita dalam setahun, 100 cerita itu lah saya nak download. Kata unlimited download. Apa ada hal kan? Selagi kemudahan diberikan, haruslah guna sebaiknya. Ah. Nasib je harddisk Si Merah ini kecil. Sikit lagi bila dah operate Mr Dunhill amek harddisk, ha tengok lah nanti jadi gedung filem-filem pula harddisk itu nanti. Haha.

So well, cuti sekolah dah mula. Sekarang ialah zaman kanak-kanak-comot-bawa-bekal-dan-air-botol-besar-pergi-sekolah 10 tahun lepas mula naik ke jinjang pelamin. Ah. Lepas seorang, seorang lagi. Awal tahun hari itu, 'Aliah Munira. Teman masa darjah satu di sekolah hira' dahulu. Zaman selebet pakai tudung bulat, pergi sekolah naik bas, waktu balik tiba-tiba sesat tak ingat bas yang mana satu naik pagi tadi sebab semua bas pun warnanya sama. Haha. Sekarang sudah mengandung. Tunggu perut dah bulat baru nak jumpa! Nanti boleh rasa gerak-gerak. ♥

Minggu lepas giliran Anisah. Ouh cantik nya baju kau Nisa.



Hujung minggu ini, Hafizudin Ariffin pula nak bertunang. Kawan masa sekolah tingkatan dua dahulu. Lagi seminggu perkahwinan Samirah, pihak lelaki nya di Shah Alam. Lepas itu, 11 Disember, perkahwinan Elina. Kawan sekolah semasa tingkatan tiga pula. Argh? Siapa lagi nak membesarkan perut saya? Meh bagi invitation dekat saya. Jangan jauh-jauh sangat. Macam bos time practical dahulu. Dia punya wedding di Kelantan hujung bulan 12 ini. Maaf lah, jauh sangat. Tunggu kaya sikit, tak pun bila saya dah kahwin dengan mana-mana jutawan ke, ada driver yang boleh membawa saya ke mana-mana, bolehlah siapa-siapa yang nak kahwin jauh-jauh sampai ke Bali pun ai boleh datang yu.

So well, semoga berbahagia semuanya yang akan menempuh alam perkahwinan. Moganya kekal ke alam syurga. Amin.

Raya Qurban

Hye eberibadi. :)

So, how's the raya everyone? Tahun ini ada apa la sangat raya kalau cutinya cuma sehari kan? Baju raya pun saya tak ada. Plus dengan Viva yang berlangsung 15hb hari itu. Mood raya pun tak seberapa. Ah. Masih saya meragui list orang yang TL hari itu. Ada yang tak present, memang memohon nak TL, tetapi tak ada anam dia dalam list. Pelik betul. Tak mengapa. Itu hal mereka. Biar settle sendiri.

Ah. Talking about raya Qurban yang berlangsung hari Rabu lepas, I just realize about something. Rupanya saya ada phobia dengan darah. And saya yakin betul saya tak pernah ada phobia dengan darah dari dahulu. Ah. Ye lah. Mustahil seorang perempuan ada phobia dengan darah kan, setiap bulan dia perlu menghadap darahnya sendiri kan? Mungkin ini balasan tuhan, dahulu saya pernah mengutuk bekas-teman-lelaki yang pernah phobia denagn darah. I mean, tengok darah banyak sikit, boleh pitam. And yeah, saya menghadapi masalah setiap kali saya period.

I think, it all started sejak saya accident dua tahun yang lepas. How pathetic I am lepas kejadian itu kan? Kecewa habis dah ni. Ini semua kerana terkejut melihat lutut sendiri yang berlumuran darah semata kerana accident di Perlis dahulu. Huhu. So yes, I'm a girl. It should be no problem for me sebab nak menghadapi 7-hari-cuti-bulanan kan, but sama sahaja. Kalau first day tu, kadang-kadang saya almost fainted and muntah semata kerana nampak darah.

Haih. Teruk nya saya rasa. Ever heard of "what goes around, comes around"? Yeah. Sometimes the riddle is true. Life's unexpected right?

Apa da saya mengarut ni? Haih.

Tuesday, November 16, 2010

Tentang slurpee, court, saman, dan TL

Semalam tidur sampai subuh. Lepas itu, still rasa depressed sebab tak boleh present viva dengan baik. Ah. Mungkin kurang pendedahan bercakap depan public macam itu. Sebab itu nak present pun tergagap-gagap. Sebabkan terlalu depressed, makanya terhasil lah entry viva the vavi jam 5.30 pagi tadi.

Ouh yes. Memang saya tak boleh nak present semalam. Dengan project yang teruk, cakap yang hancur, kalau cakap confident, for sure saya boleh menjawab dengan baik. Tetapi, sebab saya duduk di depan dengan kaki yang menggeletar, saya rasa saya bukanlah seorang presenter yang baik.

Semalam cuba untuk jadi positif. Bila dah habis, cuba tahan diri, jangan nangis, jangan sedih, rilek lah. Kalau dapat TL, boleh extend lagi satu sem kan? Tahan punya tahan, balik rumah serabut sangat memikirkan TL, tidur adalah jalan terbaik. Alang-alang tengah cuti perempuan, tidur sampai ke subuh.

Ah. Hari ini bangun pagi, teringat ada kena pertuduhan dekat UiTM. First time kut kena tahan semata kerana pakai inner pergi ke kelas. Pelik sangat. Selalunya orang lain kena pergi ceramah. Datang waktunya saya yang kena, kami kena surat amaran pakej sekali dengan saman rm50. Dipanggilnya a group of people masuk dewan, dibacakan pertuduhan, hukuman, microphone sebiji di tengah dewan, siap ada camera merakam, 5 orang judge dekat depan, Ustaz Zaki yang suka menyaman orang duduk di tepi macam saksi. Ah. Rasa macam pesalah juvana.

Dengan nama saya disalah eja, rasa macam nak marah, tapi tak boleh buat apa. Dah memang salah. Mengaku sahaja bersalah. Ada budak tak puas hati pasal dia pun kena kesalahan memakai inner. Elok sahaja dia bersuara, lelaki dihadapan mengangkat poster etika sahsiah rupa diri. Dia cakap; "Mengikut kepada gambar yang saya letak di setiap sudut fakulti kita ini, tiada satu pun menunjukkan anda boleh memakai baju 2-pieces. Sama ada, inner dan t-shirt di luar, atau t-shirt dan cardigan atau sweater." So, macam mana nak bantah? Dah tentu kena senyap sahaja.

So, dengar pertuduhan, terima hukuman. Surat akan hantar sampai rumah. Hanya kerana memakai baju 2-pieces. Itu pun dah kena saman rm50. Terima sahajalah. Lepas pertuduhan, pergi ke block lecturer. Katanya dah keluar nama pelajar yang tak perlu hantar hardcover thesis, which means, pelajar yang TL. so, here's the name list:


Ah. Yes, nampak nama saya di situ? Number 10 dalam list tak payah hantar hardcover. Ye lah, Present pun macam sampah, dah tentu kena TL. Be positif, Tuhan itu adil kan, dikurangkan aku di sini, dilebihkan aku di sana. Kalau Dia bagi saya TL dan extend lagi satu sem, mungkin Dia nak bagi saya peluang buat lagi sekali. Kalau Dia bagi lulus pun, sekadar C+ sahaja, pointer pun tak lawa mana la. Jadi, perlu positif. Peluang kedua ni. Bukan Dia nak bagi gagal macam itu sahaja. Ah, Dia pun suka uji manusia mengikut tahap nya kan.

Dah tidur tadi, cerita court, saman, surat amaran, TL dalam sehari, semua saya buang dalam tidur. Positif sikit, tak apa lah extend satu sem lagi, orang lain habis degree tiga tahun, saya habis empat tahun sebab banyak lagi ilmu saya boleh cari. Tak kisah macam mana cerita nya nanti, degree cuma belajar. Lambat dengan cepat sahaja yang bezakan kita dengan orang lain kan? Pointer cuma nombor. Kalau esok lusa orang yang pandai dapat 4 flat setiap sem tapi failed interview, tak jadi juga. Duduk rumah juga akhirnya.

Tak apa Dart, sem depan boleh buat lagi. Pedulikan orang yang buat project mengupah orang lain itu, mereka tak belajar apa pun. Pedulikan orang lain. Sabar ye?


Please note: Slurpee tu, beli lepas balik court. Makan slurpee kadang-kadang boleh buat otak beku. Great effort untuk saya lupa kejap apa benda yang jadi hari itu. Haha.

viva the vavi

15nov2010
ini bukan tarikh tunang ke, kahwin ke, ini tarikh presentation final year project. or some people would say, viva.

Selepas 2sem buat viva ni, saya berpendapat bahawa viva ini tak patut pun ada untuk subjek degree. Ah. Tak ada kebaikan pun. Semua pun buruk la,senang cerita. Tak payah cakap la viva ini boleh ajar student untuk adaptasi pembelajaran sepanjang degree,kadang-kadang apa yang lecturer suruh itu,kami tak belajar pun. Kalau dah kena buat benda baru,agak-agak la ada belajar something ke dari situ? Ye lah,belajar invention.

Ah ye. Kalau belajar invention tak apa. Sebenarnya, buat viva ni banyaknya menipu. Tak percaya? Report dah tentu semua akan menipu. Eheh. Tak payah cakap lah you guys yang buat viva ini tak menipu. Habis kuat, literature review confirm copy paste. Coding pun stock curi dekat internet. Ye lah, nak buat sendiri, rajin lah pula. Habis kuat, 4-5 line je yang taip sendiri. Ah. Buat apa nak susah-susah kalau sekarang, semua pun boleh guna duit. Kalau stock kaya sikit, hulur sahaja duit pada orang, confirm siap fyp orang itu buatkan. Tak menipu namanya tu? Belajar sendiri ke tu? Belajar lah SANGAT!

Teruk viva ini sebenarnya. Sebabkan viva inilah, sibuk semua student nak extend. Semua semata kerana tak berjaya nak buat projek. Semua semata kerana objektif tak tercapai. Ah. Baiklah TL dari failed. Sekurang-kurangnya TL, pointer tak dikira. Kalau failed, pointer dikira. Objektif tak tercapai,boleh buat lain, ubah sikit, boleh lah dapat objektif baru. Itu tak kisah,belakang cerita. Ini cerita depan, kalau dah TL, tambah 1sem, tambah 1 yuran lagi. Kalau dah TL 2 sem apa cerita? Rm1000 taw kena bayar tu semata kerana TL. UiTM ye lah. Dapat duit, apa ada hal kan?

Paling teruk viva,boleh buat semua orang tak tidur dengan lena. Ye lah,tidur nampak viva, bangun nampak viva, mandi nampak viva, makan nampak viva, lagi best, sembahyang pun nampk viva. Teruk betul, kalau dah sembahyang pun tak bole nak khusyuk, habis macam mana? Nak pula orang yang cepat gelabah macam saya. Astaghfirullahalazim. Teruk. Teruk. Free je dapat dosa.

Conclusion; buang lah subjek viva tu. Time master boleh la nak buat. Sebab they all tak ada subjek-subjek core lain sepanjang belajar. Tak macam degree. Lagi-lagi budak komputer yang tak habis-habis kena invent benda baru untuk final year project. Hah!

Saturday, November 06, 2010

Teknologi oh teknologi

Now saya dah tahu. Mungkin teknologi sekarang dikira tidak hebat pada saya. Kerana setaip benda berunsurkan teknologi pasti akan hancur di tangan saya. Tak percaya?

Mari kita shortlisted kan benda-benda yang sudah jahanam di tangan saya. oke? :)

1. Mr Dunhill.
Pengalaman: Selama 3 tahun bersama, telah diformat lebih dari yang sepatutnya. Kerana saya suka format laptop kalau laptop lembab. Pernah sekali masuk ICU semata kerana motherboard problem. Sekarang berada di dalam ICU Almari sementara masih belum ada duit untuk membaiki motherboard.

2. External hard disk.
Pengalaman: Sudah menukar external hard disk sebanyak 4kali dalam masa 2 tahun. Semuanya kerana corrupted and hard disk terbaru ini sudah tak boleh dibaca which is baru berusia 4 bulan. Bagus. Bagus.

3. Si Merah.
Pengalaman: Baru 2 bulan. Mempunyai petanda untuk ke Hospital menukar hard disk nya. Hanya kerana dia tak boleh nak backup dan boleh menyebabkan error apabila mahu update. Nice Merah. Very nice.

4. Handphone.
Pengalaman: Menukar kepada lebih dari 10 handphone. Hanya kerana setiap kali umurnya tak sampai setahun, speaker nya akan pecah, LCD problem, etc. Sekarang menggunakan N900. Kita lihat berapa lama dia boleh tahan di tangan saya.

Point saya sekarang, siapa nak bagi saya duit untuk beli external baru? hah? Cepat. Cepat. I'll be so gladfull to have a new external. Haha. Just Kidding. :)

Friday, November 05, 2010

About the weed, the sex shop, the windmill, the cheese and Holland

Nah. Siapa kata Amsterdam best? Nak masuk kedai cari souvenir yang senonoh pun susah tahu? That's why saya tak beli souvenir. Tak payah suruh pergi lagi, kalau you guys pesan suruh beli apa-apa pun, still saya tak mahu beli.

So, sepanjang sehari duduk di sana, cuaca tidak lah menarik mana pun. Hujan sahaja dari pagi hingga ke petang. Ye lah, dah nak winter kut. Suhu pun 9degree je. Tapi untuk orang seperti saya, tetap rasa sejuk menggigil-gigil. Sepanjang seharian, memang siap-siap mengenakan 2helai Tshirt, dan sehelai sweater.

As you all scroll down to the bottom af my pictures, semakin lama semakin lain baju-baju saya. Pergi sehari, gambar macam 3 hari. Semakin dah tengah hari, semakin bertambah lapisan sweater. Siap beli sweater baru sebab kesejukan. Haha.

Selamat datang ke Amsterdam.
Waktu tempatan ialah jam 6pagi.
Anda boleh balik ke hotel dahulu untuk membersihkan diri.

Ah. Sudah terang sedikit.
Sekarang boleh berjalan-jalan.
Rumput masih hijau.
Dari bilik, jangan lupa pakai 2 helai T-shirt dengan sweater.

Mari kita berjalan-jalan ke Amsterdam Airport Schiphol.
Di sini terdapat semua kemudahan awam.
Train, bas, taxi, airplane.
Tiket boleh di beli di kaunter-kauter yang telah ditetapkan.

Adalah lebih mudah untuk ke Amsterdam Central menggunakan train.
Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan lalulintas ye.
Train nya selesa.
Tidak bising dan dua tingkat.
There's plenty of seats for everyone. :)

Ah. Singgah di kedai-kedai Arab yang berdekatan untuk makan kebab yang besar.
Gerenti kenyang sampai petang.
Makin sejuk, mula tambah sehelai lagi sweater.

Jangan lupa untuk naik cruise.
Boleh cukupkan syarat "one-day-one-Amsterdam"
Haha.

Bila naik cruise, boleh melihat rumah-rumah boat orang-orang Amsterdam.

Berjalan-jalan cari souvenier jangan lupa tangkap-tangkap gambar.
Bangunan cantik-cantik, tak akan jumpa di Malaysia yang sama dengannya.
Kalau dekat Bukit Tinggi, Pahang itu pun belum tentu boleh challenge bangunan di sini.
Lepas ini, masuk kedai baju, beli lagi satu sweater. Sejuk der!

Makanan favourite orang sana.
Fries. Bersepah-sepah jual.
Boleh beli kalau nak.
Jangan jadi macam baba tu.
Beli regular lepas itu tak habis.
Tamak. Tamak.

Jangan lupa beli cheese.
Sana memang famous dengan cheese.
Macam-macam flavour ada.
Tapi cheddar, mozarella tu semua tak jumpa pula.
Mungkin jenis-jenis itu tak dijual di sana.
Lagipun, apa barang, Malaysia pun banyak la cheddar, mozarella.

Aksi ini amatlah dilarang untuk ditiru.
Kena tangkap dengan jurujual, confirm kena halau.

Ah. Siapa tahu, Tuhan itu Maha Agung kan?
Cantiknya langit, atas kapal terbang pun boleh nampak 3 warna.
Ingatkan dekat darat sahaja ada 3 warna macam ini.


Wednesday, November 03, 2010

Sebelas

It's already November.

Ada lagi berberapa hari untuk sampai harinya VIVA. project masih macam itu. Sibuknya dengan exam, thesis punya draft, vacation. Haih.

Tiba-tiba rasa takut dengan virus TL. Kalau TL, bilanya nak grad? Haih. Esok ada paper, but perut saya rasa tak sedap. Dah 3 hari pedih dekat perut and ulu hati. Belum dikira dengan ceri-beri tanpa henti. Juga cubaan muntah yang asyik tersangkut di tekak. Haih.

Teruk. Sekali skip makan, 3 hari merana diri. Hah. Saya nak cerita tentang cuti saya, tapi saya belum ada mood yang baik untuk bercerita. Short vacation, what do you expect huh? Nanti esok lepas paper ke, saya cerita lah. Kalau mood itu dah sampai. Oke?

Buat kawan-kawan yang ambil paper esok, Good Luck! :)