Friday, November 19, 2010

Invitations

Gosh. Cuti dah start, torrent mula active. Cerita itu download, cerita ini download. Kalau ada 100 cerita dalam setahun, 100 cerita itu lah saya nak download. Kata unlimited download. Apa ada hal kan? Selagi kemudahan diberikan, haruslah guna sebaiknya. Ah. Nasib je harddisk Si Merah ini kecil. Sikit lagi bila dah operate Mr Dunhill amek harddisk, ha tengok lah nanti jadi gedung filem-filem pula harddisk itu nanti. Haha.

So well, cuti sekolah dah mula. Sekarang ialah zaman kanak-kanak-comot-bawa-bekal-dan-air-botol-besar-pergi-sekolah 10 tahun lepas mula naik ke jinjang pelamin. Ah. Lepas seorang, seorang lagi. Awal tahun hari itu, 'Aliah Munira. Teman masa darjah satu di sekolah hira' dahulu. Zaman selebet pakai tudung bulat, pergi sekolah naik bas, waktu balik tiba-tiba sesat tak ingat bas yang mana satu naik pagi tadi sebab semua bas pun warnanya sama. Haha. Sekarang sudah mengandung. Tunggu perut dah bulat baru nak jumpa! Nanti boleh rasa gerak-gerak. ♥

Minggu lepas giliran Anisah. Ouh cantik nya baju kau Nisa.



Hujung minggu ini, Hafizudin Ariffin pula nak bertunang. Kawan masa sekolah tingkatan dua dahulu. Lagi seminggu perkahwinan Samirah, pihak lelaki nya di Shah Alam. Lepas itu, 11 Disember, perkahwinan Elina. Kawan sekolah semasa tingkatan tiga pula. Argh? Siapa lagi nak membesarkan perut saya? Meh bagi invitation dekat saya. Jangan jauh-jauh sangat. Macam bos time practical dahulu. Dia punya wedding di Kelantan hujung bulan 12 ini. Maaf lah, jauh sangat. Tunggu kaya sikit, tak pun bila saya dah kahwin dengan mana-mana jutawan ke, ada driver yang boleh membawa saya ke mana-mana, bolehlah siapa-siapa yang nak kahwin jauh-jauh sampai ke Bali pun ai boleh datang yu.

So well, semoga berbahagia semuanya yang akan menempuh alam perkahwinan. Moganya kekal ke alam syurga. Amin.

2 comments:

  1. gile ah .. ramai giler kawan kiter nak kahwin
    ko biler lagi dart ? :P

    ReplyDelete
  2. odin; lambat lg. ko bg calon sorg skali ngn duit blnje kawen, esok pown bole kawen.

    ReplyDelete