Friday, November 26, 2010

Mana pergi semua lelaki gentlemen di Malaysia

Oke dah habis seronok enjoy hari jadi dengan sibuk buat kek sendiri, sebab tak ada orang rajin nak celebrate birthday tahun ni. Haha. Normal la tu. Dah tua kan kata orang, celebrate buat apa. Baba offer duit ke hadiah, lepas tu saya terlepas cakap; "Kan Si Merah tu hadiah besday." Ah? Kenapa jujur sangat Dart? Gosh! Sabar je lah. What am i thinking entah. Adui. Tak pe. Jujur. Jujur.

So, sehari sebelum birthday, my friends and I were going to have a little picnic near the Gabai Waterfalls. Seriously, Air Terjun Sungai Gabai itu, the most extremely beautiful waterfall yang saya pernah pergi. Hah! Gambar mandi haruslah tidak dipamerkan di sini. Sexy kut. What do you expect? Girls mandi basah-basah. Dah tentu gayanya teruk sikit, guys dah boleh fikir lain tahu.

All the way to Sungai Gabai itu, oke lah. Setelah study google map selama 15 minit di rumah, we are suppose to arrived there dalam masa sejam sahaja. But perjalanan menjadi dua jam bila kami berhenti sembahyang, then tiba-tiba kami confused. Ah. To be exact, saya yang confused. So, kami sesat sampai lalu Look Out Point Ampang. So, siapa-siapa rasa nak romantik, boleh lah pergi ke situ. Tengok the whole KL waktu malam. I think time senja is the best time untuk lepak dekat situ, boleh tengok lampu KL terpasang satu persatu. :) Dua laluan ke situ, dari hulu langat dengan dari cheras. You can choose either one if you want to.

So, dah sampai, nak mandi-manda la. And yeah, tangga nak naik MashaAllah, tinggi nya Tuhan sahaja yang tahu. Dah lah bawak BBQ. Siap bawa periuk nasi, siap bawa air 6 botol, tapi minum 2 botol je! Argh! Penat weih! Tapi tak pe. Nasib baik air dia best, agak dalam. Tak ada lah macam air longkang bak kata Ida. So, siapa-siapa nak pergi, boleh tekan coordinate N 03° 09.97' E 101° 54.52' dekat GPS. Sadly for me, I tak ada GPS nak cari Sungai Gabai, that's one of the reason why I boleh sesat. :)

After penat bermandi-manda, berBBQ, bergelak ketawa, bergambar sakan, kami pun pulang. Dah turun awal-awal lagi ni. Masa nak keluar dari Sungai Gabai itu, jalan dia lubang-lubang. Agak teruk, and boleh lalu cuma satu kereta sahaja. And ada satu point, ada seekor anjing yang akan mengejar kereta yang lalu. So, biasa lah lumrah nya orang melayu, nampak anjing menjerit, biarpun anjing itu di luar kereta. And saya ni pula, jenis yang boleh terikut sama kalau orang menjerit nie. Sekali time lalu dekat anjing, tekan minyak, langgar lubang. Dah jauh sikit, lega lah. Keluar jalan besar, dengar bunyi something. Berhenti tepi jalan.


Ah. Tayar flat! Demyu tayar. Clueless. Kenapa tayar boleh flat ni? Argh! Kami pun bersusah payah memunggah balik bonet kereta semata nak cari tayar spare. Huh. Apalah kudrat 7 orang anak gadis? Nak tukar tayar pun tak reti. Tahu, tapi tak reti. Dah lah kawasan kampung, orang lalu lalang tengok je? Well hello! Where on earth are gentlemen in Malaysia? Siap kami berhenti depan rumah orang kut. How come orang itu tak keluar pun tengok kami? Tak nampak ke kami semua perempuan?


Dah lama tu, datang seorang lelaki, naik motor. Tanya; "oke tak nie?" Fuh! Lega sikit. Dah lama terkandas ni, tayar tak buka lagi. Tak larat kan. Kudrat wanita. Ingat tu. So, abang itu lah yang membantu kami. Imagine, dia buat sorang, kami tengok je. Habis, nak tolong pun tak reti. Huhu.

Dah maghrib baru siap. Pergh. Lama betul. And yes, for the first time ever, saya drove 60km/j di highway. I repeat, DI HIGHWAY! (sengaja caps lock) Lewat juga sampai di Shah Alam. Letih, kaki cramp. Penat berenang, penat drive. Gila. Mmacam ni, 3 tahun sekali boleh lah kut. Huhu.

Anyway, masih curiga. Mana lelaki-lelaki gentleman di Malaysia ni? Pak cik sebelah rumah itu, siap lalu tengok je, terus masuk dalam rumah. And yeah, tuan rumah yang kami stop depan rumah dia tu, keluar rumah naik kereta, tengok je, then blah. FTW? Tak ada sikap tolong-menolong betul la orang Malaysia ni. Hampeh betul.

4 comments:

  1. dart...guess wut? iwent to waterfall every 2 weeks lately...hehe memula pegi gabai, then g tekala lastly congkak..paling best rase nye tekala..hehe tp sure plg cun adalah gabai..heh

    ReplyDelete
  2. aku; haha. then next stop tekala la. haha.

    ReplyDelete
  3. ady: dart,pakcik tkut klu tlg,nnt bini dier ckp da gatal nk tmbh cwangan ke??
    ;)

    ReplyDelete
  4. ady; kinda. takut bini la tu. haha.

    ReplyDelete