Tuesday, November 16, 2010

Tentang slurpee, court, saman, dan TL

Semalam tidur sampai subuh. Lepas itu, still rasa depressed sebab tak boleh present viva dengan baik. Ah. Mungkin kurang pendedahan bercakap depan public macam itu. Sebab itu nak present pun tergagap-gagap. Sebabkan terlalu depressed, makanya terhasil lah entry viva the vavi jam 5.30 pagi tadi.

Ouh yes. Memang saya tak boleh nak present semalam. Dengan project yang teruk, cakap yang hancur, kalau cakap confident, for sure saya boleh menjawab dengan baik. Tetapi, sebab saya duduk di depan dengan kaki yang menggeletar, saya rasa saya bukanlah seorang presenter yang baik.

Semalam cuba untuk jadi positif. Bila dah habis, cuba tahan diri, jangan nangis, jangan sedih, rilek lah. Kalau dapat TL, boleh extend lagi satu sem kan? Tahan punya tahan, balik rumah serabut sangat memikirkan TL, tidur adalah jalan terbaik. Alang-alang tengah cuti perempuan, tidur sampai ke subuh.

Ah. Hari ini bangun pagi, teringat ada kena pertuduhan dekat UiTM. First time kut kena tahan semata kerana pakai inner pergi ke kelas. Pelik sangat. Selalunya orang lain kena pergi ceramah. Datang waktunya saya yang kena, kami kena surat amaran pakej sekali dengan saman rm50. Dipanggilnya a group of people masuk dewan, dibacakan pertuduhan, hukuman, microphone sebiji di tengah dewan, siap ada camera merakam, 5 orang judge dekat depan, Ustaz Zaki yang suka menyaman orang duduk di tepi macam saksi. Ah. Rasa macam pesalah juvana.

Dengan nama saya disalah eja, rasa macam nak marah, tapi tak boleh buat apa. Dah memang salah. Mengaku sahaja bersalah. Ada budak tak puas hati pasal dia pun kena kesalahan memakai inner. Elok sahaja dia bersuara, lelaki dihadapan mengangkat poster etika sahsiah rupa diri. Dia cakap; "Mengikut kepada gambar yang saya letak di setiap sudut fakulti kita ini, tiada satu pun menunjukkan anda boleh memakai baju 2-pieces. Sama ada, inner dan t-shirt di luar, atau t-shirt dan cardigan atau sweater." So, macam mana nak bantah? Dah tentu kena senyap sahaja.

So, dengar pertuduhan, terima hukuman. Surat akan hantar sampai rumah. Hanya kerana memakai baju 2-pieces. Itu pun dah kena saman rm50. Terima sahajalah. Lepas pertuduhan, pergi ke block lecturer. Katanya dah keluar nama pelajar yang tak perlu hantar hardcover thesis, which means, pelajar yang TL. so, here's the name list:


Ah. Yes, nampak nama saya di situ? Number 10 dalam list tak payah hantar hardcover. Ye lah, Present pun macam sampah, dah tentu kena TL. Be positif, Tuhan itu adil kan, dikurangkan aku di sini, dilebihkan aku di sana. Kalau Dia bagi saya TL dan extend lagi satu sem, mungkin Dia nak bagi saya peluang buat lagi sekali. Kalau Dia bagi lulus pun, sekadar C+ sahaja, pointer pun tak lawa mana la. Jadi, perlu positif. Peluang kedua ni. Bukan Dia nak bagi gagal macam itu sahaja. Ah, Dia pun suka uji manusia mengikut tahap nya kan.

Dah tidur tadi, cerita court, saman, surat amaran, TL dalam sehari, semua saya buang dalam tidur. Positif sikit, tak apa lah extend satu sem lagi, orang lain habis degree tiga tahun, saya habis empat tahun sebab banyak lagi ilmu saya boleh cari. Tak kisah macam mana cerita nya nanti, degree cuma belajar. Lambat dengan cepat sahaja yang bezakan kita dengan orang lain kan? Pointer cuma nombor. Kalau esok lusa orang yang pandai dapat 4 flat setiap sem tapi failed interview, tak jadi juga. Duduk rumah juga akhirnya.

Tak apa Dart, sem depan boleh buat lagi. Pedulikan orang yang buat project mengupah orang lain itu, mereka tak belajar apa pun. Pedulikan orang lain. Sabar ye?


Please note: Slurpee tu, beli lepas balik court. Makan slurpee kadang-kadang boleh buat otak beku. Great effort untuk saya lupa kejap apa benda yang jadi hari itu. Haha.

No comments: