Tuesday, November 16, 2010

viva the vavi

15nov2010
ini bukan tarikh tunang ke, kahwin ke, ini tarikh presentation final year project. or some people would say, viva.

Selepas 2sem buat viva ni, saya berpendapat bahawa viva ini tak patut pun ada untuk subjek degree. Ah. Tak ada kebaikan pun. Semua pun buruk la,senang cerita. Tak payah cakap la viva ini boleh ajar student untuk adaptasi pembelajaran sepanjang degree,kadang-kadang apa yang lecturer suruh itu,kami tak belajar pun. Kalau dah kena buat benda baru,agak-agak la ada belajar something ke dari situ? Ye lah,belajar invention.

Ah ye. Kalau belajar invention tak apa. Sebenarnya, buat viva ni banyaknya menipu. Tak percaya? Report dah tentu semua akan menipu. Eheh. Tak payah cakap lah you guys yang buat viva ini tak menipu. Habis kuat, literature review confirm copy paste. Coding pun stock curi dekat internet. Ye lah, nak buat sendiri, rajin lah pula. Habis kuat, 4-5 line je yang taip sendiri. Ah. Buat apa nak susah-susah kalau sekarang, semua pun boleh guna duit. Kalau stock kaya sikit, hulur sahaja duit pada orang, confirm siap fyp orang itu buatkan. Tak menipu namanya tu? Belajar sendiri ke tu? Belajar lah SANGAT!

Teruk viva ini sebenarnya. Sebabkan viva inilah, sibuk semua student nak extend. Semua semata kerana tak berjaya nak buat projek. Semua semata kerana objektif tak tercapai. Ah. Baiklah TL dari failed. Sekurang-kurangnya TL, pointer tak dikira. Kalau failed, pointer dikira. Objektif tak tercapai,boleh buat lain, ubah sikit, boleh lah dapat objektif baru. Itu tak kisah,belakang cerita. Ini cerita depan, kalau dah TL, tambah 1sem, tambah 1 yuran lagi. Kalau dah TL 2 sem apa cerita? Rm1000 taw kena bayar tu semata kerana TL. UiTM ye lah. Dapat duit, apa ada hal kan?

Paling teruk viva,boleh buat semua orang tak tidur dengan lena. Ye lah,tidur nampak viva, bangun nampak viva, mandi nampak viva, makan nampak viva, lagi best, sembahyang pun nampk viva. Teruk betul, kalau dah sembahyang pun tak bole nak khusyuk, habis macam mana? Nak pula orang yang cepat gelabah macam saya. Astaghfirullahalazim. Teruk. Teruk. Free je dapat dosa.

Conclusion; buang lah subjek viva tu. Time master boleh la nak buat. Sebab they all tak ada subjek-subjek core lain sepanjang belajar. Tak macam degree. Lagi-lagi budak komputer yang tak habis-habis kena invent benda baru untuk final year project. Hah!

5 comments:

  1. dart, TL tu ape???
    btw aku stuju,
    viva buang masa.
    lect aku terlalu bz utk folo viva aku.
    haha~

    ReplyDelete
  2. anon; TL tu status Tak Lengkap untuk project yang separa siap dan perlu disiapkan sem dpn. Kalau dapat TL, subject viva dikira tak diambil sem tu. dan jam kredit dia akn di bawa sem dpn. lebih kurang macam YY. YY tu tak hadir dengan sebab. Macam tak pergi paper, tapi ada MC. Lebih baik dari XX. XX is, tak pergi present, tanpa sebab. Siapa dapat XX, sem dpn punya jam credit 2x ganda.

    ReplyDelete
  3. salam. sye bru dpt rslt harini..n project paper sye TL..nnt kne dftr kos mcm biasa ye?? supervisor utk viva nie org yg sme ke lain?? harap awk boleh tolong explain sbb sye x brape jelas nk buat cmne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. supervisor yg same. register macam biasa. tp selalunya dia dh siap2 register untuk kita.

      Delete
    2. Saya pun dah minta TL dari supervisor saya. Hypertension, migraine nak buat thesis ni

      Delete