Wednesday, December 29, 2010

Jari oh jari

Hari ini balik kerja harus tunggu adik-adik selesai tengok movie. Sibuk nak tengok ngangkung. Hampeh. So, sementara nak tunggu tu, saya pergi kedai makan. Elok sahaja turun kereta, jari tersepit pintu kereta. Great!

Terduduk di tepi kereta menangis-nangis. Alahai. Habis hilang kacak saya nangis depan orang. Tapi serious. Bengkak habis jari telunjuk. Nasib baik tangan kiri. Kalau kanan, dah macam bapuk dah tengok nye. Ah. Tak peduli la kiri ke kanan, yang pasti nya sakitnya tetap ada taw! :'(

Saturday, December 25, 2010

Daddy,cepat lah sampai rumah

Ah. Hari ni kerja ptg,separuh nyawa da saya mengemas bilik. Serabut gila! Adui la. Nyampah betul bilik kecil. Barang banyak sikit je,confirm semak. Haih.

Anyway,bila baba nak balik ni? Jusco ada sale sampai esok sahaja ni. Seluar yang 50% dapat 70% tahu. Nak buat loan dengan baba. Baru lah boleh bayar lambat2 sikit. Huhu. Daddy cepat lah sampai rumah, nak pinjam duit.

Wednesday, December 22, 2010

Tentang perancangan yang mungkin tak kesampaian

Sekarang saya sangat sibuk.Cari duit dan pengalaman dengan bekerja kata orang.Tapi semakin lama saya kerja,semakin kuat hati saya menginginkan vacation.

Sejujurnya saya katakan,ada beberapa orang gila sedang mengumpul duit memasang niat mahu meminang saya. Gila saya katakan di sini kerana saya pernah katakan bahawa hanya orang gila sahaja yang akan jatuh cinta pada perempuan gila macam saya. Face the fact, saya memang gila.

Mahu tahu sesuatu?Saya punya banyak impian.Benda yang paling saya nak buat sekarang ialah backpacking around Malaysia.Naik bas dari Kelantan,turun ke Johor,naik ke Perlis.Berdua sahaja dengan Wanie.In case any of you wondering kenapa dengan Wanie,sebab plan ini datang dari idea kami bersama.

So,kami ingat nak fulfill this plan. At least before kerja.Sebab nanti da kerja susah nak dapat cuti.Nanti bila rindu,boleh tengok gambar bersama.One thing for sure,plan ini mestilah sebelum kami berdua kahwin.Saya ulang,SEBELUM KAMI KAHWIN!

Ini semua plan.Anyway,anyhow,semua atas ketentuan Allah.Kita hanya merancang kan? :)

-via N900

Monday, December 13, 2010

Gila

Hanya orang gila sahaja yang mahukan perempuan gila seperti aku.

Saturday, December 11, 2010

Result UiTM

Hye everyone. So, result UiTM dah keluar. In case you guys didn't know about it. Sekarang sistem baru dia hantar dekat email result examination. Ouh! In case you guys were guessing, apa yang saya dapat untuk sem lepas, saya ada failed 2 subjects. I mean, 1 failed, 1 lagi tidak lengkap (which is it didn't count in the pointer).

Ah. Bersyukur ke hadrat Ilahi sebenarnya kerana memberi peluang merepeat paper CCNA. Sebab overall budak-budak lain yang lulus cuma dapat C or C+. Jadi, pointer diorang tak lah hebat mana juga kan. And those yang failed with me semua nak buat supplementary paper which is kalau mereka jawab betul semua pun, still UiTM akan letak C. Gred yang untuk cukup-cukup makan tu lah.

Sebelum ni, serabut juga memikirkan effect pointer apa segala kalau failed, sekarang dah tahu, UiTM buat sistem tampal. Which means, pointer yang failed itu tak dikira. So, in case you pernah failed sekali, and your CGPA pointer cukup-cukup je 3.0, then you repeat dapat pula A- untuk repeat paper tu, who knows you pointer masa grad jadi 3.25 ke? (ceh. main petik je ni sebenarnya).

Ah, saya tak peduli dah pasal semua ini. Even orang yang result bagus-bagus pun tak dapat-dapat kerja lagi. Memilih. Biasa lah tu. Orang muda. Result tak seberapa, sibuk nak pilih kerja itu ini. Pengalaman itu penting sebenarnya kan. Huhu. Anyway, saya dah pointless tak tahu nak ending entri ni macam mana. So, dah lah. Bye!

Thursday, December 09, 2010

Baskin banyak pekerja part time sebenarnya

Baru seminggu. I mean, hari ini tepat seminggu saya kerja di Baskin Robin Bukit Raja, Klang. Ah. hari-hari kerja lebih masa. Sekarang dah perasan, budak-budak ini suka buli saya. Bila masuk kerja dengan saya, datang lambat. Lambat gila! Sengaja. Kerja sampai midnight fun, tapi penat.

Sekarang dekat Baskin macam kekurangan pekerja. Budak ni dah masuk practical, budak ni asyik nak cuti, budak ni nak berhenti, budak ni nak masuk belajar. Tetapi, our manager malas sangat nak ambil staff baru. Maybe sebab they all masih kerja dekat situ and they do part time, and kalau manager ambil pekerja baru, bankrupt la Baskin sebab bayar pekerja ramai tetapi sales kadang-kadang tak menentu.

Ouh yah, I did say about the ragging thing, saya sedikit impressed sebab belum sampai seminggu dah dua (2) kali saya diamanahkan buka kedai. heh. Terror lah kononnya. Tetapi oke lah tu, menjadi orang yang dipercayai. Hari ni pun kena buka kedai. (Untuk kali yang ketiga for the record). Ah, sebab kononnya, budak-budak lain yang kerja di Baskin selalu akan sangkut di dalam jammed di Bandar Klang, and Baskin mesti dibuka sebelum jam 10.30 supaya tak disaman oleh Jusco.

So, that's it! Cukup bulan, saya berhenti. Lepas ni, cari part time lain pula.

Tuesday, December 07, 2010

Kerja sudah

Dah kerja baskin robin secara part-time. Selalu dapat shift malam. Selalu dapat midnite. Risau kena marah sebab balik lambat, risau juga kalau jadi apa-apa tengah jalan. Tapi gaji midnight masyuk~ RM10 sejam. :D Aku suka. Cepat kaya, cepat bayar hutang. :P

Friday, December 03, 2010

Kawan

Dunia ini indah sebenarnya. Manusia itu cantik sebenarnya. Tuhan jadikan semua orang itu berlainan untuk buat dunia ini indah. Orang ini sifatnya macam ini, orang itu sifatnya begitu. Tak semua orang itu sama dengan kita, jadi kita jangan layan semua orang sama dengan kita dan tolong, jangan kutuk mereka yang lain dari kita.

Contoh 1;
Seorang anak jantan, sedang lepak. Setiap kali jam berdetik pukul 12 malam, handphone dia berdering. Terpaksa pulang kerana tak mahu dimarah. Anak-ibu. Kawan-kawan sibuk mengutuk. Mengata macam-macam. Sepatutnya mereka faham. Tak perlu nak kutuk-kutuk. Life orang tak sama dengan kita.

Contoh 2;
Seorang anak gadis, sibuk nak balik rumah cepat kerana tak berapa gemar keluar sehingga lewat malam. Dkhuatiri keselamatan. Kawan-kawan lelaki yang memang setiap hari mereka dipenuhi dengan waktu-waktu untuk melepak mengutuk, "Pukul 10 malam dengan pukul 1 pagi pun sama juga. Gelap juga." ada juga berbunyi, "Apa barang balik awal-awal. Tak cool nya." Sepatutnya mereka faham, anak gadis itu pada zahirnya adalah perempuan, sekasar mana pun dia, tetap dia perempuan. Keselamatannya tak dijamin.

Contoh 3;
Seorang anak orang berada, kumpul duit sendiri, beli barang sendiri, kadang-kadang sehingga tak berduit untuk makan. Bila diajak keluar, dia cakap; "tak ada sen." Kawan-kawan patut faham, kita umur dah 22. bukan 12 tahun. Lepak pun nak mintak duit mak ayah. Bila masa kita nak belajar berdikari? Jangan sebut; "Eh, bapak kerja besar pun tak ada duit ke nak lepak?" Tahu tak bila kau cakap macam itu, kau dah jatuhkan maruah kau sendiri? Mana air muka kau?

Dah. Habis dah contoh. Nanti ada lain, saya tulis lagi. Tunggu things happen disekeliling, baru boleh typing contoh lain. Thank you.

Tak malu dah ke?

click on the picture to enlarge.

Siapa buat nie? Baik mengaku. Gay betul. Tak ada benda lain dah nak cari? Kenapa mesti specific nya nama saya? Great! Just great!