Friday, December 03, 2010

Kawan

Dunia ini indah sebenarnya. Manusia itu cantik sebenarnya. Tuhan jadikan semua orang itu berlainan untuk buat dunia ini indah. Orang ini sifatnya macam ini, orang itu sifatnya begitu. Tak semua orang itu sama dengan kita, jadi kita jangan layan semua orang sama dengan kita dan tolong, jangan kutuk mereka yang lain dari kita.

Contoh 1;
Seorang anak jantan, sedang lepak. Setiap kali jam berdetik pukul 12 malam, handphone dia berdering. Terpaksa pulang kerana tak mahu dimarah. Anak-ibu. Kawan-kawan sibuk mengutuk. Mengata macam-macam. Sepatutnya mereka faham. Tak perlu nak kutuk-kutuk. Life orang tak sama dengan kita.

Contoh 2;
Seorang anak gadis, sibuk nak balik rumah cepat kerana tak berapa gemar keluar sehingga lewat malam. Dkhuatiri keselamatan. Kawan-kawan lelaki yang memang setiap hari mereka dipenuhi dengan waktu-waktu untuk melepak mengutuk, "Pukul 10 malam dengan pukul 1 pagi pun sama juga. Gelap juga." ada juga berbunyi, "Apa barang balik awal-awal. Tak cool nya." Sepatutnya mereka faham, anak gadis itu pada zahirnya adalah perempuan, sekasar mana pun dia, tetap dia perempuan. Keselamatannya tak dijamin.

Contoh 3;
Seorang anak orang berada, kumpul duit sendiri, beli barang sendiri, kadang-kadang sehingga tak berduit untuk makan. Bila diajak keluar, dia cakap; "tak ada sen." Kawan-kawan patut faham, kita umur dah 22. bukan 12 tahun. Lepak pun nak mintak duit mak ayah. Bila masa kita nak belajar berdikari? Jangan sebut; "Eh, bapak kerja besar pun tak ada duit ke nak lepak?" Tahu tak bila kau cakap macam itu, kau dah jatuhkan maruah kau sendiri? Mana air muka kau?

Dah. Habis dah contoh. Nanti ada lain, saya tulis lagi. Tunggu things happen disekeliling, baru boleh typing contoh lain. Thank you.

4 comments: