Saturday, December 17, 2011

Little Things: Untitled

Saat ini saya berada dalam keadaan yang melemaskan. Yep. Lemas. Sebelum ini, kalau orang cakap nak pinjam duit, saya bagi pinjam terus tanpa banyak cakap. Sebab? Kesian. At the end, saya yang dalam kesempitan. Bila minta hutang balik, pergh! Macam-macam diputarnya.

Memang manusia itu jenisnya tak suka membayar hutang agaknya. Hari ini, Sabtu, 17 Disember 2011; dalam beg cuma ada RM20. Makan tengah hari pun dah RM10. Apa orang tu tak ada perasaan kesian langsung ke? Rasa macam nak marah je. Haih. Siap dengan selamba nya dia cakap, tak boleh ke buat macam biasa? Kenapa nak larikan diri? Well, hello! Dah buat tahi, bukan saya larikan diri. I just live my life as usual. Awak tu yang rasa bersalah sangat kan? If not, takkan lah sampai hari ini duk mesej di handphone arguing pasal I'm leaving you.

Semalam bergaduh dengan budak-budak Baskin. Ye lah. Tak puas hati sangat semua orang. Let see if I quit. Sibuk semua pujuk balik suruh kerja. Jangan berhenti. Nasib korang lah. Hati ini dah tawar pun. Pasal komisyen semua orang tak puas hati. Kalau nak, usaha la bagi dapat komisyen tu. Saya rasa, saya dah habis malas dah menjual. Kadang-kadang duduk tak buat apa-apa. Kadang-kadang keluar berjalan-jalan dalam Jusco. Itu pun semua orang tak puas hati saya buat sales banyak. Kamu orang lagi banyak masa dalam Baskin. Kenapa tak buat sales banyak. Haih.

Hari ini kenduri kahwin member. Dah lah kerja. How could I ever possibly nak pergi ni? Dah lah semua dah tanya. Haih. Remy, kalau aku tak dapat pergi, sorry banyak-banyak. Congrats for getting married. :)


Sunday, December 11, 2011

Little Things: 50-50

There is no 50% confirm in a relationship.
It's either you want him/her 100% or not.
If there is only 50-50 in a relationship, move on.
They don't deserve you. They don't deserve your love.

Monday, December 05, 2011

Now he's a checkmate!

Dikutipku, bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati.
Dan lebih menyakitkan,
Ku tetap tunggu di tepi jalan
-fynn jamal; suatu pernah


I know you're going to read this.

You kept asking me, am I mad at you. Well surprisingly, I'm not mad at you. Tapi I upset. Yeah. Upset being part of your life. I had once wrote "if you had no intention in catching me, please don't made me fall for you." Yeah. You did it. You had made me fall for you. But you had no intention of catching me. You read my blog. You know I was about to die from the inside. You came to me. Pretend to save me. Yes. Pretend. That's a harsh words to say. But you did.

You had made me wondering. Am I the one. Are you the one. People kept asking, what's our relationship. But it's me you dealing with. For me, every single busy day, if you do love that person, you will at least text asked about his/her day. But you didn't. Can you see how I started to get curious about you? Questions I've been asking in my head had no answer. So, I started to follow your flow.

Pada you, all those words itu semua mainan kan? Bila I tanya, you jawab serious. Ye lah. Mana ada cinta main-main. Habis sekarang apa you buat? Now, I thank to God for made me this way. Jenis perempuan yang susah nak percaya kata-kata dari mulut lelaki. Kalau tak, bertahun lah kot I kena tipu.

You mungkin lah pandai. Tapi sayang, you kurang bijak. Bila you pulangkan balik handphone I, you delete everything. Tapi sayang, itu handphone I, dah tentu I tahu macam mana nak bukak balik everything. All those chats. Hahaha. One more thing, you tak log out your facebook account. Well maybe you cakap itu privacy you, why I buka? Well dear, it's my handphone, why you tak logout? Haha.

Alhamdulillah Tuhan. Sebab sedarkan saya sebelum terlambat. And girls, please. Saved yourselves.

Thursday, November 24, 2011

Little Things: Bertunang

Saya mungkin tiada rahsia dengan adik kandung sebab every password saya dia tahu. Tak kira apa pun, facebook ke, twitter ke, etc. Adik kandung suka stalk orang. That's why she love using my account to stalk on people.

One night, she called me. I was about to fall asleep that time. She asked; "Buat apa?" I replied; "Nak tidur dah la. Kenapa?" She asked again; "Tak online facebook ke?" I replied; "Tak lah. Kan nak tidur dah." She said; "Pergi lah online facebook cepat. Ada something." Then I asked; "Ada apa?" She said; "Tengok je lah. Nanti ko marah aku. Kbai."

Curious.

And here it goes.


How was that from my sister? Written by her all the way from Jordan. Funny huh. The best part is when everybody saying congrats and things in the comments. Haha. And how they did not realize that November doesn't has 31st. 

Funny huh how people loves to believe in things they saw without looking deep enough of the facts whether it is the truth or not.

Sunday, October 30, 2011

Little Things: Things I bring along

Kerana kebosanan yang tidak terhinggakan, saya, Dart, telah bertindak menyelongkar beg sendiri.

Yep. Bosan punya pasal.

Anyway, people kept asking me, what are the things I bring along inside my bag? Ye lah, beg besar gabak. Semua orang sibuk lah nak tanya. Dah lah besar gabak, tak kasi orang lain carry pula tu. Now today, lets take a peak inside my bag.


Here we go :
  1. Botol air TGV cinemas.
  2. Make-up bag (grey bag) which includes:
    • Socks
    • Comb
    • Perfume
    • Toothpaste
    • Body shop lotion
    • Minyak cap kapak
    • Hurix cool inhaler untuk kegunaan di kala selsema
    • Bob pins
    • Razor
    • Listerine
    • Hand sanitizer
    • Compact powder
    • Eyeliners
    • Mascaras
    • Lip ice
    • Mirror
  3. Pencil case
  4. Kotex
  5. Purse
  6. Baskin Robbin's planner
  7. Pendrives
  8. Calculator
  9. Wet wipes
  10. Watson's strawberry body wash
  11. L'occitane wild cherry lotion
  12. Medicine's bag (blue with red stripes bag) which includes:
    • ubat gastrik
    • ubat kahak
    • ubat selsema
    • panadol menstrual
    • hurix's fluaway capsule
    • woods
    • strepsils
    • pain killer
    • antibiotic
    • flagyl (ubat sakit gigi)
    • panadol actifast
  13. Baskin robbin's apron
  14. Handphones
  15. Panasonic DMC-F3 which I used to take this photo
So, dah! Tu je la yang ada dalam beg. Lepas ini tak payah tanya-tanya kenapa beg besar gabak tu. Malas nak keluar kan everything tunjuk apa yang ada. Haha

Monday, October 24, 2011

Little Things: Another root canal

Lama gila tak tulis blog. Kes malas je nie sebab tu tak berupdate blog ni.

Anyway, minggu lepas, saya buat another operation root canal treatment. Kali ni gigi graham pula. Nicely done. Semua gigi pun nak buat root canal. Masalah la macam ni. Doktor siap suruh operate gigi bongsu. Sebab gigi bongsu tak nak keluar.Kopak la kawe gini deh!

Lepas seminggu buang akar, datang lagi untuk endofill and permanent filling. Elok lepas dia bius, dia buang temporary filling, tiba-tiba darah banyak gila keluar. Ah sudah. Even doktor pun panic. Siap dia sebut, tak kering lagi macam mana nie? Obviously, selama seminggu tu confirm dia nak bagi darah kering. Tapi apalah nasib, gigi ku darah tak kering.

So, operation kedua mengambil masa yang agak lama juga la. Lepas pergi operation gigi, jumpa wanie. Jalan-jalan tengok wayang. Konon nak lupakan sakit gigi. Tapi macam tak berhasil.Balik rumah, malam tu dah tak sedap badan. Nice. Subuh badan makin panas. Gigi pula makin sakit. Nice. Nice.

Hari ini seharian ketiduran. Sebab demam panas. Dah abang pula. Umi suruh masak bubur, ada ke pula dia buat jadi macam whipped potato da. Tak senonoh. Tapi effort ada. boleh bagi 2 setengah bintang la. Now dah tak bole nak tidur, sebab tidur banyak siang tadi. Adui. Semak. Semak.

Friday, October 07, 2011

Little Stories: Alone

Salam. I don't know how to start on this entry. I feel awkward ever since I haven't update for so long. How are you guys out there? How’s life? How’s everything? Does it go fine? Things a little bit different around me. It does feel different. Remember a boy, asking me for marriage? Well, there won’t be anything between us now. I hope. Let’s forget about that. Start a new story shall we?

One night, there was a girl. She looked in the mirror inside her room. She saw a skinny-tanned-paled girl. In the middle of the room. She was alone. Sitting there. She’s looking deep, deep enough inside her own eyes. Then, she looked around. No one’s there. Again she looked at herself. She’s alone. So, days by day, I met a few people. I learn something about them. Some of them were being too jealous about things they were not supposing to. Some of them were being too honest. Some of them put on 100% trust on a person. Yeah. They do exist.

Have you ever noticed that, after all your hard work by day, at the end of the day, you’re only on your own? I did. Me. Sitting alone in my room. Looking at myself. No matter how many friends you had. At the end of the day, there will only be you. Unless you could find a mate. That you could share your life with.

Sunday, September 04, 2011

Masih ada yang sayang

First of all, selamat hari raya to all readers of this blog. I know its been an ages tak update, blablabla. Typical reason for not updating. Duh. Oke. Let's get back to the story shall we? Raya hari tu cuti empat hari. Ah. Bukan selalu dapat cuti lama-lama. Hari ni kerja. Pergh. Tengok upright (tempat display kek) kosong gila. Manager awal-awal lagi da pesan pasal kek. Haih la Ika, thank you bagi kerja yang melambak. Tengah kesibukan buat kek itulah, customer panggil minta serve. Kepala dah pecah. Kek banyak belum siap. Siap tiga biji, tiga-tiga orang beli. Takkan nak marah customer beli? Sale kut. Tengah semak kepala datang seorang hamba Allah ni. Bila tanya kenapa, dia buat ayat touching; "Ye lah, aku datang je tak ada ice-cream free." Dengan berat hati nya, bagi la dia ais-krim satu. Cuba tahan suara marah, tanya dia "tak kerja ke?" Dia boleh pula menjawab; "Yelah, kalau tak ikhlas nak bagi, aku blah la." Dengar sahaja dia cakap macam itu, kepala terus meletup. Start semua orang kena sound. Budak lelaki tadi panic. Ambil kau. Orang tengah semak, boleh pula datang cari masalah. Silap besar la. Moral down sampai balik rumah. Tengah semak, bobby mesej; "Hye, saya rindu awak:" Alahai. Sejuk sikit hati. Sekurang-kurang nya ada yang masih sayang. Kawan baik Afiq Zaharin pun mesej. Ah. Masih ada lagi yang sayang. Tambah sejuk hati kecil ini. Sedang online, teman lama ajak IM di facebook. Bertanya khabar. Sedang chat berdua. Tiba-tiba dia kata rindu semua orang. Including me. Ya Tuhan, terima kasih tak terhinggakan. Untuk saat yang ranap ini, sekurang-kurangnya masih ada yang sayang. Terima kasih Allah.

Thursday, August 25, 2011

Malnutrition

Malnutrition is the condition that results from taking an unbalanced diet in which certain nutrients are lacking, in excess (too high an intake), or in the wrong proportions.
taken from: wikipedia


Baba told Nana, I had a malnutrition due to lack of eating especially during puasa. Siap samakan saya dengan orang Somalia. Kecewa lah macam ini. Hukhuk. -.-"

Sunday, August 07, 2011

Seventh of August



It's 7th August again this year.

Dear Zack,
You are stupid, you fail, you're weird, you're not perfect. But, it's oke. I'm like that too. We laugh at the randomest things. You know my ugliest side. Even though we disagree sometimes, but we still get back together again. When I'm sad, you always there to make sure I'm oke. Thanks for being there for me.
I Love You.


My best friend is the craziest idiot I ever known, but still I love him. :)
Happy Birthday dear Muhammad Afiq bin Zaharin.

Fifth of August




Even though I am the worst among all, she's always be the one to stand besides me.

Thank you for all the loves, the cares, the joy, and everything that you brought into my life.



Happy Birthday. I Love You Umi.
05.08.2011

Second August


How much I try, I still couldn't stop him from being grown up.

Happy Birthday dearest Adik.
A year older, a year wiser.

I Love You So Much.
02.08.2011

Saturday, August 06, 2011

Puasa

Salam.
Selamat Berpuasa to all of you. Pergh. Lama gila tak update. I do feels awkward when I start to write on this one. I know it's been a bit late, but still, Happy Fasting everyone. Nothing much on me.

How's fasting so far dear readers? It's been six days already right? Me? Puasa pertama dah bergegas berbuka di masjid. Habis nak macam mana lagi? Kerja di Baskin Robbins pada waktu pagi memerlukan saya menunggu budak shift petang masuk. Anyway, jam 7 juga saya pulang and berbuka minum air kosong di rumah. Ever since there was nobody's at home, berkejar saya ke masjid dengan Wanie. Jumpa Umi, makan and terawikh sekali. Best buka di masjid. lauk pun sedap. Asam pedas ikan pari, ayam goreng. Slurrrpppp. How cool is that? :)

Puasa kedua, tak sempat nak buka di Masjid. Ramai-ramai berbuka di Baskin. Mc Donald sahaja cukup. Fuh. Hectic sungguh. Tengah berbuka lah ramai customer yang tak reti bahasa datang membeli ais-krim. If they have sense of respect. They do understand. But those who doesn't? Adui. Letih betul. Puasa ke-3, again, di Baskin. But sempat menempah Laksa dari budak yang ke bazar. :D

Puasa ke-4. Again, balik rumah. Punya speeding, terus pergi masjid. Tapi tak sempat terawikh. Why? Wanie dah period. Plus, Adik on the way balik dari Terengganu. Have to pick him from the Airport. And the 5th day was the worst day. Saya period. Hoho. Sayang. Dah pukul 4 masa tu. Tapi nak buat macam mana. I need to be truth to myself. Best thing is, tak perlu rushing balik rumah. Drive slow pun tak apa. Haha. Makan nasi kukus. Staff shift petang belikan. Yummy~

Puasa ke-6. Even though hari ini tak puasa. Kekasih ajak berbuka di Steamboat. :) I Love you yang. Thank you belanja today. :)

So, what about you guys readers?

Tuesday, July 12, 2011

Simple update

Bersih 2.0? Sendiri tengok. Sendiri fikir. Sendiri nilai.





Friday, July 01, 2011

Solat

Hari Khamis memang kebiasaannya tak ramai pelanggan di Jusco Bukit Raja. Biasa la tu, hari bekerja. Seperti biasa, bila sudah masuk waktu, saya pergi sembahyang di surau. Ada beberapa orang perempuan sedang sembahyang, dua orang sedang berwuduk. Sedang saya berwuduk, masuk seorang wanita lewat 40-an mmakai baju berbunga-bunga berwarna biru, tudung biru gelap, memegang topi berceloreng askar, membawa beg tangan.

Tiba-tiba dia menegur gadis yang sedang duduk di tepi dinding. "Awak dah solat?" Nyaring suara dia. Gadis itu cuma menjawab, "sudah." Tanpa perlu ditanya, dia bersuara kembali; "Mak cik letak selipar mak cik di sini ye, takut letak dekat luar nanti hilang, tak ada selipar nak pakai balik."

Selepas dia meletakkan seliparnya di dalam surau, dia duduk di satu sudut hadapan surau itu sambil membelek telefonnya. Datang seorang gadis yang baru selesai mengambil wuduk menghampar sejadah dan bersiap memakai telekung. Tiba-tiba mak cik tadi bersuara dengan suara yang nyaring seperti tadi; "Jangan sembahyang dekat mak cik! Mak cik bukan tuhan ko nak sembah."

Gadis tadi beralih ke tepi sedikit. Selesai saya sembahyang, saya lihat, mak cik tadi masih berada di sudut itu. Kali ini sedang menyapu bedak di muka. Dia tersenyum sendiri. Gadis-gadis di dalam surau itu semakin lama, semakin beredar. Setelah selesai saya bersiap, mak cik itu pun bangun, menghadap cermin, betulkan tudung, memakai topinya kembali. Bila saya keluar, dia pun turut sama keluar dari surau itu.

Pointnya, kenapa dia masuk ke dalam surau itu dan menegur hampir semua orang sedangkan ada kerusi di luar untuk orang yang tidak solat duduk untuk menunggu?

Tuesday, June 28, 2011

Adil

Tuhan itu Maha Adil. Cuma manusia sahaja yang tidak pernah tahu berlaku adil.


Argh! Aku bencikan ketidak adilan. :|











*Tahan nafas*
*lepas perlahan-lahan*

Saya rasa, baiklah dilupakan tentang katil-idaman-yang-memang-takkan-menjadi-kenyataan.

Semua itu takkan berlaku.

Sunday, June 26, 2011

Tertipu dengan jam

Bangun tidur tengok jam dinding, ouh, pukul 7. awal lagi. tidur balik.
Bangun lagi, ouh. baru 30 minit. tidur balik.
Bangun lagi, hurm. takkan baru kul 9?
*jeling handphone*

What? dah pukul 11.30? Tengok jam bilik, pergh! Tak ada bateri rupanya.

Friday, June 24, 2011

Hari menggila

Hari ini mungkin hari gila sedunia. Pergh.

Reason:
  1. Adik pergi sekolah berbaju sukan, ditahan oleh cikgu dan tidak dibenarkan masuk ke kelas, juga dikunci dalam bilik disiplin. He called, mintak tolong hantarkan seluar sebelum pergi kerja. Seluar dihantar, tetapi rupa-rupanya zip rosak dan senteng. Cikgu suruh balik. Gila.
  2. Hari ini J-card Day di Jusco Bukit Raja. Free parking for all customer. Tetapi nak masuk Jusco department store and supermarket WAJIB ada J-card, siap pak guard check before masuk. Keadaan yang sesak gila sampai parking pun tak cukup. Customer siap beli barang berkotak-kotak. Macam borong jualan gudang. BIG SALE. What do you expect? Gila tu.
  3. Telefon Baskin Robbins Bandar Puteri minta fax inter-store cake semalam. Belum sempat cakap terima kasih dia dah hempas telefon. Uit? Orang belum habis cakap. Oke cool. Relax. At least jangan hempas phone. Orang dengar. Pantang betul.
  4. HQ Baskin Robbins call. Dia tanya manager, cuti. tanya assistant, tak ada assistant. Siapa in-charge? Ouh, malam baru ada orang in-charge. *Pang.* Hempas telefon lagi. Uit? Apa kes semua orang hari ini?
Argh? Why do they act so crazy today? Mereka semua mengalami PMS ke?

Thursday, June 23, 2011

Katil bujang

Baba kata katil yang saya nak tu tak sesuai. Meh nak bagi baba tidur dalam bilik ini bila ada katil queen. Haih.

The need of the bed. Oke.
  1. Bilik ini kecil, barang terlalu banyak. Jadi saya sebagai anak perempuan, perlukan ruang yang luas untuk bergerak ke sana ke mari. Oke.
  2. Katil itu ada underbed. Which is a suitable bed for my friends to have a sleepover. Oke. Specifically, Wanie la. Dah dia pun bukan ada hati nak duduk rumah sewa. Bosan katanya.
  3. Underbed juga boleh digunakan bila adik balik ke rumah, and tidur di dalam bilik saya. Oke. At least dia tak ada la nak tidur berdua-duaan dengan saya especially he is getting older.
  4. Even though adik semakin membesar, he can sleep at Nana's room. While she sleeps in mine. Itu lah gunanya underbed. Oke.
  5. Underbed tak digunakan sangat. So boleh simpan di bawah katil. That's why namanya underbed lah kan.
  6. If i'm getting married, the bed can be given to Adik or Nana. Tak kisah pun siapa. Tak pun letak je dalam bilik tu, and bila saya tidur dalam bilik itu, baru lah guna katil itu.
Otak dah jam nak fikir idea. Kejap lagi nak fikir sahur apa pula. Anyway, Baba please. I need the bed. Takkan nak letak single bed tanpa underbed sedangkan bukan saya seorang tidur dalam bilik ini? Oke apa alasan saya ni. Huhu.

Tuesday, June 21, 2011

Pecah katil

Merujuk kepada cerita bilik kecil, katil besar sebelum ini, saya telah membuat keputusan. By hook or by crook, saya akan buang juga katil besar dalam bilik saya. Even though masa saya cakap dekat baba nak single bed, baba replied back to me "Nanti hujung tahun kahwin, kena beli queen size balik."

Oke. That ain't funny at all.

So, semalam bermula la proses membuka katil dan mengemas bilik tidur. Starting jam 1 pagi, sampai 5 pagi. Berhempas pulas saya buka katil satu-satu, sementara wanie pula basuh bilik air. Haha. Rasa macam tulis ayat karangan pula. Don't you guys think so? Oke. Berbalik kepada cerita tadi. Now, rasa macam nak golek-golek je atas lantai bilik ini. Huargh! Syok ouh bilik dah luas balik!

Oke dah. Bila nak beli katil baru ni?

Sunday, June 19, 2011

King

One day, I will find my Prince.
But baba will always be my King!

Happy Father's Day to all daddies in the world. :)

Thursday, June 16, 2011

Bilik kecil, katil besar

Dua minggu dah hari-hari kerja pagi. Pagi-pagi nak buka kedai pun tak ada mood. Mata kuyu, asyik mengantuk je.

Bilik semak habis. Serabut katil besar-besar dekat tengah-tengah alam. Rasa nak buka semua skru then buang ke luar. Haih. Bila nak beli katil single ni? Ouh yah. Semalam balik kerja petang, pergi Ikea kejap. Saja nak usha katil. Pergh. Dah jumpa dah idaman kalbu. *cair* Oke. Tunggu baba balik, then ajak baba pergi beli katil pula. Buat apa katil besar-besar kalau bilik kecil. Nak pula anak dara, barang penuh satu bilik. Wa mana cukup der kalau bilik kecil-kecil nak letak semua barang wa duh.

Ouh! Ouh! Jatuh cinta sama ini katil. Sungguh.


And then, siap ada underbed. In case la kan, kalau kawan datang rumah ke, boleh tarik underbed. Eh tak payah kawan lah. Wanie datang pun dah cukup. :)


Terbaik katil ni. Dah la smart. Cantik pula. Yang paling penting, jimat ruang oke. Itu paling penting. Ouh. Baba cepat lah balik. Nak beli katil nie. Haih.

Sunday, June 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Cik Tunang.

Shah Alam-Bukit Mertajam-Pulau Pinang-Shah Alam.

In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful.
Kami ke kenduri kahwin Wan Nursyafawati bersama Asmawi. Konvoi dua biji kereta. Bertolak jam 9 pagi, tiba jam 1 petang.



Bila dah sampai, terus masuk dalam rumah cari pengantin. Ya Tuhan, panas sungguh Pulau Pinang. Ingatkan Shah Alam dah cukup panas, never thought that Penang would be much more hotter. Ouh. By the way, pengantin pergi make-up, tapi kami pula yang duduk dalam rumah. Sangat tak malu. Tak ada orang yang jemput masuk pun sebenarnya. Haha.



Lama duduk, kami keluar makan. Elok je siap makan, pengantin sampai. OMG! She's gorgeous. Never seen her put on make up on her face. Well, she's beautiful indeed. Bersanding tak sampai 10 minit, lepas itu pengantin keluar makan. Bila dah pelamin kosong, kami pun menyemak la dekat pelamin. Haha. Sampai bosan duduk atas pelamin, kami pun tunggu pengantin masuk.



Ye la. Masing-masing nak bergambar dengan pengantin. Ouh yah. Saya pun nak bergambar dengan pengantin juga. Dah tentu tak boleh lepaskan peluang ni. Dekat facebook pun tulis engaged to: Capa Corp. Gambar dengan tunang harus lah ada kan. ;)



Anyway, Selamat Pengantin Baru Puan Wan Nursyafawati dan Asmawi. Semoga bahagia kekal ke anak cucu. Semoga hubungan yang dibina diberkati Tuhan kekal sampai tua, sampai bila-bila. ;)

Tuesday, June 07, 2011

Belajar cuba berkongsi cerita

Antara benda paling saya risau ialah bila adik perempuan saya mula mendiamkan diri. Sebab kalau buat salah sikit, dia akan melenting macam orang kena sawan. Lebih risau sebab dia sebenarnya ada masalah tetapi dia tak pernah mahu berkongsi.

Mula risau kalau dia berkata dengan nada mendatar seperti menanggung beban yang terlalu berat. What else can i do though if she doesn't want to share anything with me?

Kadang-kadang kita tak nampak, Tuhan jadikan orang disekeliling kita untuk kita berkongsi. Bukan simpan sendiri. Kadang-kadang kita juga tak sedar. Bila nanti suatu hari, kawan-kawan yang kita sayang lama-lama akan tinggalkan kita lebih-lebih lagi waktu kita jatuh dan tiada siapa nak hulurkan tangan untuk bantu kita bangun. Rupa-rupanya yang akan kutip kita di bawah itu, keluarga kita sendiri. Kan?

Haih. Perempuan. Perempuan.

Monday, June 06, 2011

Jet lag belum habis

Jet lag belum habis, dah kena kerja. Cool. Biological clock, please be nice to me oke? I'm begging you.

Boo, kenapa ko pergi kerja buat tayar tu ha? Adui la. Letih aku bercuti belum habis lagi. Hukhuk. :'(

Another escapade

Just got back from London. Another escapade if you ask me. Haha.

Going to London for 9 days. Having a love-hate moment with family. You know which part of hate do I refer to. This comes when you had 4 beds, but 5 people in a room. Haha.

Anyway, I do enjoy the trip this time. Very much. Especially when I needed to lie about my age. I'm supposed to act as a teenager. Either 16, 15, or 17 y.o. All because i'm smaller than my brother. Really funny when you're holding a ticket stated child rather than adult.

Had a little shopping of myself. Things were very expensive there. You can barely buy anything there. Haih.

Anyway, I wont upload much picture this time as I don't get a chance to ask my parents for pictures from their camera. So, here is me at City of Bath.

Wednesday, May 18, 2011

Wednesday, May 04, 2011

Hate

Bas Wanie sepatutnya sampai jam 9 malam.
Tunggu punya tunggu.
Hampir 2jam baru bas dia sampai.
Ingatkan dah terlepas bas.
Rupa-rupanya stuck dalam jammed.
Patutlah.
Hari ini kan kerja.
Semua orang yang balik kampung sibuk lah balik bandar semula.
Itu pun boleh nak kata saya menipu?
Nak tipu apa?
Takkan tak dengar radio jalan jammed?
Takkan tak boleh nak fikir bas sangkut dekat jammed?
Nak tipu buat apa?
Bukan dapat sejuta ringgit pun.

Hari ini exam.
Pukul 2.
Dah lambat nak pergi exam.
Tiba-tiba kena hantar barang pergi kiosk.
Memang tak sempat.
Called member.
On the way pergi exam ambil adik dekat bus stand sebab dia tak ada tuisyen.
Then pesan pada member, TOLONG hantarkan barang pergi kiosk, hantar adik balik rumah.
Abang ada kat rumah sebelum keluar tadi.
Lepas exam ada mesej dekat handphone.



Great!
Who's lying now?
Me?
Memang saya tak hantar dia balik rumah.
BUT MY FRIEND DID!
Perlu ke marah-marah, tuduh-tuduh macam-macam?




Lepas ini saya nak suruh Boy buat sumpah laknat macam Datuk Eskay buat terhadap tuduhan kes video seks Anwar.
Try tengok jadi macam mana pula.


Damn.
I hate my life.

Thursday, April 28, 2011

Adik

Demam panas seminggu dah semakin baik. Cuma tinggal selsema sikit, batuk sikit. Macam tak ada beza pun makan ubat dengan tak makan ubat. Still, seminggu juga demam tak hilang. -.-"

Anyway, Adik balik dari MRSM. Cuti 5 hari. Heaven dia. Tak habis-habis tidur berpelukan sampai tak bernafas saya. Haha. I love you lah adik!

Sunday, April 24, 2011

Stranger



Semalam post video jatuh cinta. hari ini post video breaking up pula. Video ni habis semua orang post dekat facebook. So you might have watch this before.

Lepas tengok video ini, mungkin ada yang berkata,
"Marissa ni teruk tinggalkan Josh."

Ada pula cakap,
"hah! perempuan memang macam ini, sikit-sikit melenting, lepas tu tak nak bagitahu apa nak buat."

Sounds familiar?

Well, if you look deep enough. bila dia tulis, 5 months ago somewhere near the end of stage 4.
Bila perempuan itu tanya pasal kahwin atau break up,perhatikan jawapan lelaki itu.

If you serious enough, you'll be sure that she's the one for you.
If not, you'll end up like this, and you'll be regret forever.

Love by SRH

Sakit jantung tengok video nie. Buat hati sedih malam-malam macam ini.

video

Friday, April 22, 2011

Faham

I hate me. I hate my life.













Bila moral down, benda kita paling nak ialah orang kita sayang ada untuk kita.
Tapi kalau orang kita sayang pun cuma boleh berkata;
"Have a rest, saya faham."
Sebenarnya mereka tak pernah faham.

Then, leave them!

Thursday, April 21, 2011

The future

"Never ask a technologist, a scientist, a physicians, a biologist, a chemist, about the future.
No!
Don't ask somebody who's writing the codes.
But if you want to know what the future looks like in 20 years.
Ask a kindergarten teacher.
They know.
In fact, asked the experienced one."


Tuesday, April 19, 2011

Cela



Verse:
Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah
Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara
*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit
Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api
Chorus:
Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
(Repeat *)
(Repeat chorus)
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?
Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

-boneca : cela

Manusia memang fitrahnya mencari yang sempurna sedangkan tiada siapa yang sempurna.

In a relationship huh?



If a relationship has to be a secret, then you shouldn't be in it.

-credit to mimi.

Sunday, April 17, 2011

Jumpa sudah(?)

Continued from the story of a guy met a girl.

Dah jumpa.
Baba dengan umi macam biasa je.







Atau diorang sebenarnya tak suka?
Mungkin perlu suruh dia stop trying?
Haih.

I'm confused!
*pengsan*

Friday, April 15, 2011

He's back on track!

Remember my Mr Dunhill that broke down and made me feels like an emptiness? Ah. Life's with Si Merah would never be the same as with Mr Dunhill. It's been three years with him. How could I ever replaced the love I have for him and change it for Si Merah?

For the past 5 months ever since that his heart, I mean the motherboard to be exact that putting him into the closet. Now I'm broke. It's all for him to survive from the illness. RM230. Ah. And if it's not because of Mr A that would pay half of it, I might be broke to death. Okay, I lied. It's not that I would be dying for not having any money right? What else shall I say? I love you more Mr Dunhill. I always do. And yeah, I love your girlfriend too.

Anyway love;
Welcome home, Dear Dunhill.

Monday, April 11, 2011

5 Deadly term used by a woman

‎5 DEADLY TERMS USED BY A WOMAN.


(1) FINE - this is the word women use to end an argument when they know they are RIGHT & YOU need to SHUT UP.

(2) NOTHING - means SOMETHING & u need to be WORRIED.

(3) GO AHEAD - this is a dare, not permission, DO NOT DO IT.

(4) WHATEVER - is a woman's way of saying SCREW YOU.

(5) THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistake

source: somewhere on the net.

Sunday, April 03, 2011

Soon

Bismillahirahmanirrahim.


He did called Baba.
Long story short.
They didn't got a chance to meet yet.
But soon. And I mean it SOON.
They will meet.











Cause he seems so serious about this thing.

Thursday, March 24, 2011

Call him by yourself

Hello World!

Today's topic; "boyfriend". I used to have a boyfriend. Our relationship lasts for about one year++. Then I started to feel like there's no ending in our relationship which leads me to break up with him. Ouh. The main reason why do I made such a decision is, I feels like I had wasted half of my life for a relationship that wouldn’t guaranteed me anything.

So, while having some time busy with my own selves, and working as well, there was this guy. Let’s just called him, A. He used to be my classmate at school. I’m barely knew him. He was like someone that came from the outer space or something. Like coming from out of nowhere claiming that he liked me.

Few weeks back, he asked me to be his girlfriend which I refused to. And I was like; “If you do like me, ask from my dad.” And now he’s asking me, when he can meet up my dad, he wants to ask for a marriage with me. Huh? Erm. “Ah. Okay. So here is Baba’s phone number, called him. You can ask him yourself. “

What else there to be said?
Just wait and see.

Wednesday, March 23, 2011

Penipu kelas pertama

Status di facebook semalam agak kontroversi. Where I had stated about men. Which quote "Lelaki. Mereka pelakon dan penipu kelas pertama."

Amboi. Laju je lelaki-lelaki ini comment. Mula-mula nak gelak. But at one time. Rasa meluat lak. Haih. Orang Malaysia ini memang cepat melatah kan? Baru tulis sikit. Belum condemned habis-habisan. Kenapa perlu argue? Obviously, kalau tak buat, kenapa nak melatah? Bak kata orang, tak ada angin, masakan pokok bergoyang? Siapa makan cili, terasa la kepedasannya.

Kalau dah tak buat, tak perlu argue. By the way. I'm just saying in general. Tak perlu nak sound kata tuhan itu pemaaf lah apa lah bagai la. Tak ada apa pun berlaku pada saya sebenarnya. Tak ada siapa pun menipu saya. Kenapa nak sound macam lah I ni anti-lelaki. Well hello! Saya tak cakap pun perempuan semuanya suci. Yep. Saya pun pernah menipu. Well who doesn't?

Nah! Baca balik apa korang tulis. Yep. Manusia memang takkan mengaku salah sendiri. They blame others for their mistake. Ibaratnya macam hidup seharian, berjalan tersepak batu, batu yang salah. Diri sendiri tak nak mengaku salah tak nampak batu.


[click to enlarge]

Tuesday, March 22, 2011

beautiful girl

Behind every beautiful girl, there's a guy who did the wrong and made her strong.

Friday, March 18, 2011

coklat

asal anniversary, coklat.
asal birthday, coklat.
asal gaduh, coklat.
asal jumpa, coklat.











orang lelaki nie tak ada benda lain dah ke nak bagi?
bagi la pizza ke.
big apple ke.
mcD ke.
baskin robbins ke.

-.-"

Tuesday, March 08, 2011

Happy women's day

For men who think..

"A women's place is in the kitchen"
Just remember,









that's where the knives are kept.

Happy women's day everyone.

Sunday, March 06, 2011

Excuse

Masa untuk diri sendiri pun tak ada, apatah lagi nak bercinta.



Siapa-siapa yang terkena tipu helah saya ada pilihan hati.
That guy doesn't exist.
It's just an excuse to my heart.
Sorry.



Haih. Except the fact Dart.

Friday, March 04, 2011

Jam

03.03.11

Jam dia hilang.
Tertinggal dalam toilet.
Beberapa minggu lepas.
Semalam saya bagi hadiah jam baru
Dia kata dia suka.
















Happy Birthday Nor Alwani Omar. :)

Saturday, February 19, 2011

Makan itu satu pembaziran?

Ouh hey earthlings.

Last few days, i did posted on facebook on how eating is a waste for me. Thus, all my friends commented on how syirik I am. Plus, how stupid I am. Now let me tell you why I'm saying like that.

Here's the situation:
Every Monday, Baba akan bagi saya RM50 untuk perbelanjaan selama 7 hari sehingga Ahad. Pagi Selasa saya pergi kerja. Saya beli roti di dalam bakeri Jusco (La Boheme) berharga RM5.40. Kemudia saya membeli air gas RM2.80. Bila tiba waktu tengah hari, saya membeli makanan dan minuman di Food Court berharga RM7.20. Sebelum balik, makan cendol berharga RM1.80 dan minum petang berharga RM5. Total up, saya spent untuk hari itu, RM22.20.

Bazir.

Esok hari nya, saya konon lah target, nak makan RM1.80 sahaja sehari. Sebab nak beli roti dekat Jusco itu sahaja. Sekali dah beli roti dekat luar, RM1.40. Tinggal baki RM0.40. Nak beli apa makan tengah hari? Lapar gila dah kut. Pergi Baskin Robbins, nampak Banana Royale. Pergh. Nafsu. Tolak niat hati nak belanja RM1.80 sehari itu. Terus beli. Habis RM12.70. Total spent for Wednesday, RM14.10.

Bazir lagi.

Nah. Untuk dua hari, saya dah spent RM36.30. Itu baru hari Rabu. Ada lagi 4 hari, tinggal duit RM 13.70. Apa nak makan?

Berlapar sahaja lah nampak nya. Duh~

Saturday, February 12, 2011

Tentang kereta, megi dan adik.

Punya lama tak update blog. well. Nothing much happen. Setiap hari benda sama jadi. Siapa heran pun. Ah. Hari ade cerita menarik sikit. Sikit je lah pun.

Well, hari ini kena buka kedai. Selalu sampai awal kalau nak kena buka kedai. Tadi bawa lah mini cooper kesayangan yang dah uzur tu. Boleh pula on the way pergi kerja mati tengah jalan. Duh. Jantung macam dah berhenti berdegup. Kedai wajib buka sebelum 10.30. Jam dah 10 lebih. Panik. Call baba. Call manager. Habis semua orang call. Then last sekali call taxi. Suruh hantar balik rumah.

Took another car. Drove to Jusco Klang. Time tu kalau ada speed trap, saya rasa dah kena saman kut. Gila. Sampai Baskin 10.50. Abang guard tu tak ada mercy langsung. Terus bagi surat warning. Alamak. Jantung makin slow. Takut kena saman Jusco pun ada. Gila kau. RM500. Mana nak cari? Tolak gaji setiap bulan, macam mana nak saving untuk diri sendiri?

Hantar surat pada management Jusco. Dia cakap, kenapa tak bagi resit kereta rosak? Ouh. Kalau ada resit, boleh lepas ke? Dia kata, kukuh lah sikit. Oke. Fine. Esok saya bawa resit baiki kereta.

Ah. Habis cerita tentang kereta. Cerita tentang adik pula. Ouh adik. Dia dapat tawaran MRSM. Jauh lah sikit dari rumah. Dekat Kuala Berang, Terengganu. Well, not practically jauh sikit. Jauh banyak. On 7th February, Baba and Umi hantar adik pergi MRSM. They flew all the way from KL to Terengganu. Ah. Sehari lepas hantar adik, Baba tulis dekat wall facebook adik, "Missing you already." Yeah. We all did.

Belum cukup seminggu, Baba dengan Umi pergi melawat adik dekat asrama. Adik bongsu, harus faham lah. Ah. Baba kata, adik oke je. Adik jadi dealer megi. How cool is that? Yang belinya, form 5 pula tu. Boleh pula dia jual sepaket megi tu rm2. Kata baba, dia jual sepaket rm1 kalau locker buka. Kalau locker tutup, sepaket jadi rm2. Sebab kena bayar upah membuka locker. Great! Siap beli stok baru 4 packet besar. Total ada 20 packet. Otak business. Hebat! :)

Anyway, he's been well there. We're do miss him a lot.

Thursday, January 27, 2011

Fast Update

Fast update.

Balik ambil wanie tadi nak pergi makan cendol dengan laksa. So, drove to hakim baru. Sebab dekat situ je yang sedap. Along the way masa nak U-turn tu, saya dah nampak kereta saga belakang agak laju. So, saya tekan break slowly, sebab kereta depan dah berhenti. Bila fully break, dia tak sempat nak break kut, dia mengelak, langgar tepi kereta katak biru ku. Ambil kau! Kan dah bercalar kereta kau! Pandai. Kelam kabut berhenti tepi jalan check kereta.

Cerdik sangat, kereta depan saya tu besar kut. Takkan dia tak nampak kereta depan dah berhenti? Besar mana sangat lah katak biru tu nak banding dengan Pajero dekat depan tu. Itulah lelaki. Nak kejar apa ntah. Lantak kau lah. Nasib baik mini cooper tu tak calar sikit pun. Kalau calar. Memang saya dah pergi berhenti sound habis-habis kereta tu. Silap. Tuan punya kereta tu.

Another story, balik dari makan. Tengah ikut lane nie. Dah ambil lane paling kiri. Sebab sedar diri mini cooper lah kan. Tiba-tiba ada kereta Putra yang bodoh tukar lane secara mengejut tanpa signal, dah kelam kabut saya tekan break. Nasib baik tak langgar dia. Kurang ajar punya kereta. Memang kurang ajar.

Punya berhemah saya bawa mini cooper. Eh babe. Tolong percaya saya bawa mini cooper tu berhemah. Sebab we are talking about mini cooper oke. Habis tekan minyak kat highway pun berapa laju je pun dia boleh pergi oke. Setakat 100km/j boleh lah. Itu pown still duduk lane paling kiri. Tolong faham. Korang bawa kereta Malaysia je pun. Tak perlu nak berlagak laju. Bukan dekat highway pun. Kawasan perumahan lagi. -.-" Signal tu, tolong bagi la. Signal tu bukan dicipta untuk hiasan la pandai. Duh~

Wednesday, January 26, 2011

New year's resolution?

Never skipped class had never been my new year's resolution. :)

Friday, January 21, 2011

Walk-in Baskin Robbins

Walk-in dekat Baskin Robbin rosak semalam. Kek semua cair. Ais-krim tak payah cakap la. Pegang tub pun dah terasa lembik. Ah. Oleh sebab saya, Wanie and Faizul kerja malam, so, kami kena kemas walk-in itu. Ya Tuhan, tok sah cakap lah, walk-in itu dah macam kolam renang ais-krim.

Punya banyak ais krim meleleh dekat rak, dekat lantai. Tub-tub ais-krim sudah di bawa pulang ke HQ jam 6 petang lagi. So, tinggal kek-kek yang dah cair ais-krimnya, juga kek-kek yang belum buat lagi, kotak-kotak untuk air fusion yang berat gila, frozen strawberry topping, whipping cream, partial-partial ais-krim. Argh!

Mula-mula geli tu tak ingat la. Bajet macam anak raja, anak menteri-menteri besar, geli tak mahu pegang ais-krim cair. Bajet bagus. Biasa lah tu. Lama-lama, dah timbul rasa kesian, takkan nak suruh Faizul angkat seorang-seorang, nanti lagi lambat kami balik tak pasal-pasal. Dah dengan selamba, masuk walk-in, angkat bekas-bekas ais-krim yang dah cair tu, letak dalam plastik, kira sekali, angkat habis semua kotak-kotak air fusion, topping, argh! Tangan saya sampai ke siku, penuh dengan ais-krim!

Sejam kami duk mengemas Baskin Robbin semalam, itu pun semua orang dah penat gila angkat kotak-kotak dari dalam pindah keluar. Haih. Nasib baik tak pengsan semua orang. Huhu. Balik rumah, kena basuh baju pula, adui la. Letih, letih. Ini kalau gaji sikit, mesti saya rasa down gila. Dah lah tu, bulan ini punya gaji lambat pula nak masuk. Adui la. Kopak dah ni. Cepat lah 28 hb. Haih.

Monday, January 17, 2011

Tiada tajuk

Bila difikir-fikirkan balik,saya ni selfish orangnya.Kadang-kadang saya tak sedar, 80% waktu hidup saya seharian adalah untuk diri sendiri. Lagi 20% mungkin untuk orang lain. Itupun untuk family. Ah. To be specific untuk adik kut. Sebab most of the time dengan adik sahaja. Waktu bila? Kejut dia bangun pagi, gosokkan baju dia, sediakan makanan sebelum ke sekolah, membebel pasal buku, baju, nak bawa bekal ke tak, blablabla. Sampai Wanie cakap gaya bebel dah macam bibik. -.-"

Kenapa 80% adalah untuk diri sendiri? Example. Bangun pagi, kejut adik, gosok baju adik, blablabla. Okay, ini bukan untuk diri sendiri. Lets see part untuk diri sendiri. Lepas ambil boy balik sekolah, pergi kerja. Tujuan kerja? Untuk dapatkan duit. Balik kerja, masuk bilik, online, main game, mandi, tidur. Before gaji masuk, calculate dulu, berapa ringgit nak kena tolak untuk bayar hutang, bakinya nak beli apa. For the time being, dah beli lens untuk diri sendiri. Tapi sekarang dah tak pakai. Sebab lens itu besar kemungkinan dah terkena infection, sebab bila nak pakai itu sakit. So, selfish di situ.

Tujuan kerja sebab mostly untuk menampung segala perbelanjaan untuk kepuasan diri sendiri. Ah. Sekarang cakap la tak perlu lah buat itu, ini, tak perlu beli itu, ini, blablabla. Habis bila lagi nak merasa semuanya? Esok-esok ada anak 4-5 orang, nak pakai jeans pun jadi malu sebab punggung besar sejambak! Haha. Sekarang pun dah runsing, makan banyak sikit perut jadi buncit. Nanti takut-takut esok lusa kawan-kawan kata buncit. Argh! Nightmare. Berat dah naik 41.7kg, harus kawal perut dengan segera.

Okay. Habis mukadimah. Bukan nak cerita pasal beranak ke, buncit ke, berat ke, gemok ke, apa-apa lah. Point nya pasal selfish. Ah. I realize that I'm the most complicated person on earth. Because, I didn't even knew myself. Contoh, kadang-kadang saya selfish. Selalu nak semua orang faham saya. Tapi kadang-kadang saya pun tak tahu apa yang saya nak diorang faham. Ah. Keji. Jadi diri sendiri pun tak faham. Sibuk canang seluruh dunia, semua orang tak faham diri kita. Haih Dart.

Kadang-kadang sebelum tidur saya fikir balik. Apa benda paling saya inginkan dalam dunia ini. Masa itu, keluar habis semua benda yang saya mahu. Kereta, rumah, degree, blablabla. Tapi kadang-kadang, saya tak boleh nak fikir apa-apa. Macam tak tahu apa yang saya mahu. Macam tak ada tujuan. Resulting of being staying up termenung fikirkan apa yang dah dibuat hari ini. Apa nak buat esok. Ah. End up perkara yang sama juga dibuat setiap hari. Ouh yeah, bosan. I know.

Kadang-kadang saya tak faham, kenapa saya keji betul dengan kaum lelaki ini. Betapa saya keji kata-kata sayang dari lelaki, betapa saya keji cara diorang caring, betapa saya keji kesungguhan diorang. Kadang-kadang, bukan selalu. Betapa saya tak faham, kenapa saya boleh begitu menghina kaum lelaki terutama sekali lepas saya mula menduga dan sangkaan saya semuanya benar. Ah lelaki. Canang habis seluruh dunia bahawa kau cintakan dia, tapi sejauh mana kesungguhan kau untuk dapatkan dia kan? Layak lah kau dikeji dengan aku. Saya rasa perkataan sayang-cinta lelaki itu cuma manis dibibir. Sejujur mana mereka boleh buktikan kata-kata mereka tu?

Benar, saya orangnya adalah hipokrit. Saya boleh pretend to be happy but in the end of the day, saya tetap rasakan kata-kata lelaki itu cuma sampah. Kenapa? Sebab depan mata saya sendiri saya nampak, pergh. Bukan main kata nya manis mulut di bibir. Tapi, hatinya menidakkan kata-kata nya. Ah sungguh, kalau dia benar ikhlas dan jujur, sudah tentu kita boleh rasakan apa yang dia cakap. Canang habis satu dunia, tulis dekat wall apa segala sayang apa sampah, tapi ayat itu cuma mainan. Jijik la.

Entri tak berpenghujung. Sewaktu menaip, saya tak sedar apa saya taip. Ini semua luahan. Bukan pandangan. Nampak sangat dah lama saya pendam benda ini. Saya tahu, pasti ada mulut-mulut lepas ini cakap pada saya, tak baik cakap macam itu pada lelaki. Tiada lelaki, tiada lah wanita. Tiada Adam, tiadalah Hawa. Tapi, lelaki sekarang samakah dengan lelaki dahulu? And hey, every successful man has a woman behind him. But behind every successful woman, there's a story. Apa pun, daddy saya is the best! Paling handsome, paling kacak, paling baik, paling kelakar dan segala paling adalah untuk dia.

Saturday, January 15, 2011

Saya adalah andartu part II

Nah. Sambungan kisah kononnya saya adalah andartu.

click to enlarge

Selepas habis berborak merepek-repek di YM, adik kandung mula buat perkara pelik. Tulis di wall bob. Just to say dia restu bob jadi abang ipar. Sangat merepek. Ah. Buang tebiat punya adik kandung. Haih.

Gurau pun nak ambil serious. Macam lah saya tua sangat nak kena kahwin cepat. Haih.

Thursday, January 13, 2011

Kononnya saya adalah andartu

Adik kandung kata muka saya dah tua. Saya juga kononnya dah jadi anak dara lanjut usia walaupun sebenarnya umur saya baru masuk 22 tahun masa bulan 11 hari itu. Sebab mengikut prinsip dia,jika pada umur 20 belum kahwin, sudah termasuk dalam kategori andartu. Semuanya gara-gara dia menjadikan usia Umi kahwin dulu ialah 19 tahun sebagai satu sempadan tahap kematangan kot.

Ah. Anyway,bila saya cakap dekat dia, "ouh! Kawan aku cakap nak masuk meminang." Dia bermati-matian tak setuju. Baru cerita. Baru sembang kosong. Belum betul-betul nak masuk meminang pun. Bising suruh saya reject.

Jadi,sedikit confius. Dia nak kahwin dulu kot?


-via N900


Wednesday, January 12, 2011

Antara belajar dan duit

Hello dunia.

Mood tidak berapa nak baik hari ini. Bajet pagi tadi nak pergi print notes. Bila siap print 2 chapter, semua sekali berharga rm29, terus hilang mood sepanjang hari. Terus rasa pening-pening lalat. Bajet macam rm29 tu banyak gila. Hoi. Banyak la rm29 tu. Ini semua kerana tak reti nak print di kedai la nie. Argh! Gila stress!

Habis duit nak makan seminggu ini. Haih. RM29 boleh makan untuk 3 hari tahu tak? Hampeh. Sekarang dah rasa macam lame gila. Haih. Kajian oleh diri sendiri menunjukkan, *ah. Kajian baru buat tadi.* waktu paling banyak seorang manusia itu menghabiskan duit ialah pada waktu belajar. Eh. Jangan cepat melatah. Belum habis cakap. Waktu belajar, tak kira waktu sendiri berada dalam proses belajar, atau, adik-adik tengah nak belajar, atau, anak-anak ke, as long as waktu belajar, semua itu guna duit yang banyak.

Hah. Siapa kata bayi lagi banyak gunakan duit sebenarnya? Memang la lagi banyak gunakan duit. Lets see. Bila seorang bayi mahu belajar berjalan, parents dia akan mula belikan baby walker untuk dia bergerak ke sana-sini. Itu adalah proses pembelajaran bukan? Still saya consider sebagai waktu belajar. By the way, hidup ini kan satu pentas pembelajaran. Everyday you're learning things in order to face the future. Ah. Apasal semuanya perlukan duit sekarang ini ha? Itu duit, ini duit. Semua pun duit. Benci lah macam ni haih. -.-"

Sebut pasal belajar. Kelas habis jam 10.30 pagi, try call adik. Ye lah, sekolah dia jam 12 dah kena pergi. Entah bangun ke tidak. Penat je call, tak berangkat. Terus drive balik rumah. Sampai dekat rumah jam 11, adik masih tidur. Aduila. Nasib baik lah saya balik, kalau tak, confirm ponteng nie. Haih adik.

Tuesday, January 11, 2011

Tabiat kononnya

Tabiat baru dan pelik.

Ah. Baru perasan, setiap kali nak melarikan diri dari menjawab soalan-soalan yang membunuh, saya suka menggaru-garu belakang kepala sambil menarik-narik rambut di bahagian belakang, ala-ala seorang lelaki yang konon rasa bersalah.

Ah. apa nak buat? Rambut hensem macam ni, gaya mesti hensem sekali. :P

Monday, January 10, 2011

Terima kasih semuanya

Hye dunia.
Doa bersama saya tahun ini menjadi tahun terbaik untuk kita.
Terima kasih untuk semua yang sudi berdiri teguh disisi saya tanpa peduli penat lelah melayan saya.










Terutama sekali awak, Muhammad Afiq Zaharin.

Sunday, January 09, 2011

Split Personality

Perempuan yang kadang-kadang tak tahu keinginan hati sendiri.
Kadang-kadang tak bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Kadang-kadang boleh jadi split personality.
Esok lusa saya rasa, saya akan jadi seteruk hari ini.
Mungkin.

Kamu.
Tolong berdiri teguh di belakang saya.
Sebab saya perlukan keteguhan kamu.
Kerana mungkin saya tak sekuat saya hari ini.
Untuk kembali jadi saya yang dulu-dulu.
Semasa ada kamu.

Friday, January 07, 2011

Untitled

Belajar lama-lama pun tak guna juga, at the end kena duduk dalam rumah simpan dalam almari.

Belajar sampai degree sampai kena extend FYP pun tak jadi apa juga. At the end kena jadi babysitter dengan suri rumah.

Baiklah lepas SPM tak payah sambung belajar.

Thursday, January 06, 2011

2011 Mission

Bosan tunggu wanie habes kerja, pergi gunting rambut sependek yang mungkin. Misi tahun baru yang pertama dah selesai. Next, misi menyelesaikan hutang. :)

Wednesday, January 05, 2011

Skeleton

Everyone have skeletons in their the closet.

Tuesday, January 04, 2011

Jazz merah huh?

Semalam Kak Izma minta tolong ambilkan dry ice untuk kek customer yang nak ambil jam 7 malam dekat Baskin Robbins Bukit Tinggi. So, sebelum pergi kerja, saya gerak lah pergi Bukit Tinggi. Ah. Semalam naik katak biru. So, agak classy sikit. Siap pasang lagu Jangan Tinggal Daku versi Seven Collar T-shirt. Meredah bandar Klang yang agak sibuk sebab baru lepas hujan.

Agak-agak dah depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah tu, saya dengan Wanie buka lah tingkap. Tiba-tiba ada jazz merah slow je jalan follow kami dari tepi. Eh, apahal? Tak apa, kita naik mini cooper, kita kena cool. Mana boleh gelabah-gelabah. Bila nak masuk je area Bukit Tinggi, mamat naik jazz merah tu main baling kertas pula. Hampeh.

Wanie dengan gelak besar, pergi buka kertas diorang baling. So, here it goes.

Nah. Dua sekali nombor phone. Siapa nak, boleh salin. Kalau nampak. Haha.

Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun yang Baru

Malam new year sibuk di Baskin.
Kerja.
Suara hampir tiada hari ini.

Malam new year seorang kawan kemalangan.
Ego. Dendam.
Tak mahu pergi melawat.

Hari ini hari baru.
Semoga saya tak lupa saya yang lama.
Semoga hari-hari mendatang, saya yang lama menjadi pengajaran untuk saya yang baru.

Esok pergi melawat kawan kemalangan.
Busuk macam mana pun dia, saya juga tak sempurna.
Betul kan?