Thursday, January 27, 2011

Fast Update

Fast update.

Balik ambil wanie tadi nak pergi makan cendol dengan laksa. So, drove to hakim baru. Sebab dekat situ je yang sedap. Along the way masa nak U-turn tu, saya dah nampak kereta saga belakang agak laju. So, saya tekan break slowly, sebab kereta depan dah berhenti. Bila fully break, dia tak sempat nak break kut, dia mengelak, langgar tepi kereta katak biru ku. Ambil kau! Kan dah bercalar kereta kau! Pandai. Kelam kabut berhenti tepi jalan check kereta.

Cerdik sangat, kereta depan saya tu besar kut. Takkan dia tak nampak kereta depan dah berhenti? Besar mana sangat lah katak biru tu nak banding dengan Pajero dekat depan tu. Itulah lelaki. Nak kejar apa ntah. Lantak kau lah. Nasib baik mini cooper tu tak calar sikit pun. Kalau calar. Memang saya dah pergi berhenti sound habis-habis kereta tu. Silap. Tuan punya kereta tu.

Another story, balik dari makan. Tengah ikut lane nie. Dah ambil lane paling kiri. Sebab sedar diri mini cooper lah kan. Tiba-tiba ada kereta Putra yang bodoh tukar lane secara mengejut tanpa signal, dah kelam kabut saya tekan break. Nasib baik tak langgar dia. Kurang ajar punya kereta. Memang kurang ajar.

Punya berhemah saya bawa mini cooper. Eh babe. Tolong percaya saya bawa mini cooper tu berhemah. Sebab we are talking about mini cooper oke. Habis tekan minyak kat highway pun berapa laju je pun dia boleh pergi oke. Setakat 100km/j boleh lah. Itu pown still duduk lane paling kiri. Tolong faham. Korang bawa kereta Malaysia je pun. Tak perlu nak berlagak laju. Bukan dekat highway pun. Kawasan perumahan lagi. -.-" Signal tu, tolong bagi la. Signal tu bukan dicipta untuk hiasan la pandai. Duh~

Wednesday, January 26, 2011

New year's resolution?

Never skipped class had never been my new year's resolution. :)

Friday, January 21, 2011

Walk-in Baskin Robbins

Walk-in dekat Baskin Robbin rosak semalam. Kek semua cair. Ais-krim tak payah cakap la. Pegang tub pun dah terasa lembik. Ah. Oleh sebab saya, Wanie and Faizul kerja malam, so, kami kena kemas walk-in itu. Ya Tuhan, tok sah cakap lah, walk-in itu dah macam kolam renang ais-krim.

Punya banyak ais krim meleleh dekat rak, dekat lantai. Tub-tub ais-krim sudah di bawa pulang ke HQ jam 6 petang lagi. So, tinggal kek-kek yang dah cair ais-krimnya, juga kek-kek yang belum buat lagi, kotak-kotak untuk air fusion yang berat gila, frozen strawberry topping, whipping cream, partial-partial ais-krim. Argh!

Mula-mula geli tu tak ingat la. Bajet macam anak raja, anak menteri-menteri besar, geli tak mahu pegang ais-krim cair. Bajet bagus. Biasa lah tu. Lama-lama, dah timbul rasa kesian, takkan nak suruh Faizul angkat seorang-seorang, nanti lagi lambat kami balik tak pasal-pasal. Dah dengan selamba, masuk walk-in, angkat bekas-bekas ais-krim yang dah cair tu, letak dalam plastik, kira sekali, angkat habis semua kotak-kotak air fusion, topping, argh! Tangan saya sampai ke siku, penuh dengan ais-krim!

Sejam kami duk mengemas Baskin Robbin semalam, itu pun semua orang dah penat gila angkat kotak-kotak dari dalam pindah keluar. Haih. Nasib baik tak pengsan semua orang. Huhu. Balik rumah, kena basuh baju pula, adui la. Letih, letih. Ini kalau gaji sikit, mesti saya rasa down gila. Dah lah tu, bulan ini punya gaji lambat pula nak masuk. Adui la. Kopak dah ni. Cepat lah 28 hb. Haih.

Monday, January 17, 2011

Tiada tajuk

Bila difikir-fikirkan balik,saya ni selfish orangnya.Kadang-kadang saya tak sedar, 80% waktu hidup saya seharian adalah untuk diri sendiri. Lagi 20% mungkin untuk orang lain. Itupun untuk family. Ah. To be specific untuk adik kut. Sebab most of the time dengan adik sahaja. Waktu bila? Kejut dia bangun pagi, gosokkan baju dia, sediakan makanan sebelum ke sekolah, membebel pasal buku, baju, nak bawa bekal ke tak, blablabla. Sampai Wanie cakap gaya bebel dah macam bibik. -.-"

Kenapa 80% adalah untuk diri sendiri? Example. Bangun pagi, kejut adik, gosok baju adik, blablabla. Okay, ini bukan untuk diri sendiri. Lets see part untuk diri sendiri. Lepas ambil boy balik sekolah, pergi kerja. Tujuan kerja? Untuk dapatkan duit. Balik kerja, masuk bilik, online, main game, mandi, tidur. Before gaji masuk, calculate dulu, berapa ringgit nak kena tolak untuk bayar hutang, bakinya nak beli apa. For the time being, dah beli lens untuk diri sendiri. Tapi sekarang dah tak pakai. Sebab lens itu besar kemungkinan dah terkena infection, sebab bila nak pakai itu sakit. So, selfish di situ.

Tujuan kerja sebab mostly untuk menampung segala perbelanjaan untuk kepuasan diri sendiri. Ah. Sekarang cakap la tak perlu lah buat itu, ini, tak perlu beli itu, ini, blablabla. Habis bila lagi nak merasa semuanya? Esok-esok ada anak 4-5 orang, nak pakai jeans pun jadi malu sebab punggung besar sejambak! Haha. Sekarang pun dah runsing, makan banyak sikit perut jadi buncit. Nanti takut-takut esok lusa kawan-kawan kata buncit. Argh! Nightmare. Berat dah naik 41.7kg, harus kawal perut dengan segera.

Okay. Habis mukadimah. Bukan nak cerita pasal beranak ke, buncit ke, berat ke, gemok ke, apa-apa lah. Point nya pasal selfish. Ah. I realize that I'm the most complicated person on earth. Because, I didn't even knew myself. Contoh, kadang-kadang saya selfish. Selalu nak semua orang faham saya. Tapi kadang-kadang saya pun tak tahu apa yang saya nak diorang faham. Ah. Keji. Jadi diri sendiri pun tak faham. Sibuk canang seluruh dunia, semua orang tak faham diri kita. Haih Dart.

Kadang-kadang sebelum tidur saya fikir balik. Apa benda paling saya inginkan dalam dunia ini. Masa itu, keluar habis semua benda yang saya mahu. Kereta, rumah, degree, blablabla. Tapi kadang-kadang, saya tak boleh nak fikir apa-apa. Macam tak tahu apa yang saya mahu. Macam tak ada tujuan. Resulting of being staying up termenung fikirkan apa yang dah dibuat hari ini. Apa nak buat esok. Ah. End up perkara yang sama juga dibuat setiap hari. Ouh yeah, bosan. I know.

Kadang-kadang saya tak faham, kenapa saya keji betul dengan kaum lelaki ini. Betapa saya keji kata-kata sayang dari lelaki, betapa saya keji cara diorang caring, betapa saya keji kesungguhan diorang. Kadang-kadang, bukan selalu. Betapa saya tak faham, kenapa saya boleh begitu menghina kaum lelaki terutama sekali lepas saya mula menduga dan sangkaan saya semuanya benar. Ah lelaki. Canang habis seluruh dunia bahawa kau cintakan dia, tapi sejauh mana kesungguhan kau untuk dapatkan dia kan? Layak lah kau dikeji dengan aku. Saya rasa perkataan sayang-cinta lelaki itu cuma manis dibibir. Sejujur mana mereka boleh buktikan kata-kata mereka tu?

Benar, saya orangnya adalah hipokrit. Saya boleh pretend to be happy but in the end of the day, saya tetap rasakan kata-kata lelaki itu cuma sampah. Kenapa? Sebab depan mata saya sendiri saya nampak, pergh. Bukan main kata nya manis mulut di bibir. Tapi, hatinya menidakkan kata-kata nya. Ah sungguh, kalau dia benar ikhlas dan jujur, sudah tentu kita boleh rasakan apa yang dia cakap. Canang habis satu dunia, tulis dekat wall apa segala sayang apa sampah, tapi ayat itu cuma mainan. Jijik la.

Entri tak berpenghujung. Sewaktu menaip, saya tak sedar apa saya taip. Ini semua luahan. Bukan pandangan. Nampak sangat dah lama saya pendam benda ini. Saya tahu, pasti ada mulut-mulut lepas ini cakap pada saya, tak baik cakap macam itu pada lelaki. Tiada lelaki, tiada lah wanita. Tiada Adam, tiadalah Hawa. Tapi, lelaki sekarang samakah dengan lelaki dahulu? And hey, every successful man has a woman behind him. But behind every successful woman, there's a story. Apa pun, daddy saya is the best! Paling handsome, paling kacak, paling baik, paling kelakar dan segala paling adalah untuk dia.

Saturday, January 15, 2011

Saya adalah andartu part II

Nah. Sambungan kisah kononnya saya adalah andartu.

click to enlarge

Selepas habis berborak merepek-repek di YM, adik kandung mula buat perkara pelik. Tulis di wall bob. Just to say dia restu bob jadi abang ipar. Sangat merepek. Ah. Buang tebiat punya adik kandung. Haih.

Gurau pun nak ambil serious. Macam lah saya tua sangat nak kena kahwin cepat. Haih.

Thursday, January 13, 2011

Kononnya saya adalah andartu

Adik kandung kata muka saya dah tua. Saya juga kononnya dah jadi anak dara lanjut usia walaupun sebenarnya umur saya baru masuk 22 tahun masa bulan 11 hari itu. Sebab mengikut prinsip dia,jika pada umur 20 belum kahwin, sudah termasuk dalam kategori andartu. Semuanya gara-gara dia menjadikan usia Umi kahwin dulu ialah 19 tahun sebagai satu sempadan tahap kematangan kot.

Ah. Anyway,bila saya cakap dekat dia, "ouh! Kawan aku cakap nak masuk meminang." Dia bermati-matian tak setuju. Baru cerita. Baru sembang kosong. Belum betul-betul nak masuk meminang pun. Bising suruh saya reject.

Jadi,sedikit confius. Dia nak kahwin dulu kot?


-via N900


Wednesday, January 12, 2011

Antara belajar dan duit

Hello dunia.

Mood tidak berapa nak baik hari ini. Bajet pagi tadi nak pergi print notes. Bila siap print 2 chapter, semua sekali berharga rm29, terus hilang mood sepanjang hari. Terus rasa pening-pening lalat. Bajet macam rm29 tu banyak gila. Hoi. Banyak la rm29 tu. Ini semua kerana tak reti nak print di kedai la nie. Argh! Gila stress!

Habis duit nak makan seminggu ini. Haih. RM29 boleh makan untuk 3 hari tahu tak? Hampeh. Sekarang dah rasa macam lame gila. Haih. Kajian oleh diri sendiri menunjukkan, *ah. Kajian baru buat tadi.* waktu paling banyak seorang manusia itu menghabiskan duit ialah pada waktu belajar. Eh. Jangan cepat melatah. Belum habis cakap. Waktu belajar, tak kira waktu sendiri berada dalam proses belajar, atau, adik-adik tengah nak belajar, atau, anak-anak ke, as long as waktu belajar, semua itu guna duit yang banyak.

Hah. Siapa kata bayi lagi banyak gunakan duit sebenarnya? Memang la lagi banyak gunakan duit. Lets see. Bila seorang bayi mahu belajar berjalan, parents dia akan mula belikan baby walker untuk dia bergerak ke sana-sini. Itu adalah proses pembelajaran bukan? Still saya consider sebagai waktu belajar. By the way, hidup ini kan satu pentas pembelajaran. Everyday you're learning things in order to face the future. Ah. Apasal semuanya perlukan duit sekarang ini ha? Itu duit, ini duit. Semua pun duit. Benci lah macam ni haih. -.-"

Sebut pasal belajar. Kelas habis jam 10.30 pagi, try call adik. Ye lah, sekolah dia jam 12 dah kena pergi. Entah bangun ke tidak. Penat je call, tak berangkat. Terus drive balik rumah. Sampai dekat rumah jam 11, adik masih tidur. Aduila. Nasib baik lah saya balik, kalau tak, confirm ponteng nie. Haih adik.

Tuesday, January 11, 2011

Tabiat kononnya

Tabiat baru dan pelik.

Ah. Baru perasan, setiap kali nak melarikan diri dari menjawab soalan-soalan yang membunuh, saya suka menggaru-garu belakang kepala sambil menarik-narik rambut di bahagian belakang, ala-ala seorang lelaki yang konon rasa bersalah.

Ah. apa nak buat? Rambut hensem macam ni, gaya mesti hensem sekali. :P

Monday, January 10, 2011

Terima kasih semuanya

Hye dunia.
Doa bersama saya tahun ini menjadi tahun terbaik untuk kita.
Terima kasih untuk semua yang sudi berdiri teguh disisi saya tanpa peduli penat lelah melayan saya.










Terutama sekali awak, Muhammad Afiq Zaharin.

Sunday, January 09, 2011

Split Personality

Perempuan yang kadang-kadang tak tahu keinginan hati sendiri.
Kadang-kadang tak bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Kadang-kadang boleh jadi split personality.
Esok lusa saya rasa, saya akan jadi seteruk hari ini.
Mungkin.

Kamu.
Tolong berdiri teguh di belakang saya.
Sebab saya perlukan keteguhan kamu.
Kerana mungkin saya tak sekuat saya hari ini.
Untuk kembali jadi saya yang dulu-dulu.
Semasa ada kamu.

Friday, January 07, 2011

Untitled

Belajar lama-lama pun tak guna juga, at the end kena duduk dalam rumah simpan dalam almari.

Belajar sampai degree sampai kena extend FYP pun tak jadi apa juga. At the end kena jadi babysitter dengan suri rumah.

Baiklah lepas SPM tak payah sambung belajar.

Thursday, January 06, 2011

2011 Mission

Bosan tunggu wanie habes kerja, pergi gunting rambut sependek yang mungkin. Misi tahun baru yang pertama dah selesai. Next, misi menyelesaikan hutang. :)

Wednesday, January 05, 2011

Skeleton

Everyone have skeletons in their the closet.

Tuesday, January 04, 2011

Jazz merah huh?

Semalam Kak Izma minta tolong ambilkan dry ice untuk kek customer yang nak ambil jam 7 malam dekat Baskin Robbins Bukit Tinggi. So, sebelum pergi kerja, saya gerak lah pergi Bukit Tinggi. Ah. Semalam naik katak biru. So, agak classy sikit. Siap pasang lagu Jangan Tinggal Daku versi Seven Collar T-shirt. Meredah bandar Klang yang agak sibuk sebab baru lepas hujan.

Agak-agak dah depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah tu, saya dengan Wanie buka lah tingkap. Tiba-tiba ada jazz merah slow je jalan follow kami dari tepi. Eh, apahal? Tak apa, kita naik mini cooper, kita kena cool. Mana boleh gelabah-gelabah. Bila nak masuk je area Bukit Tinggi, mamat naik jazz merah tu main baling kertas pula. Hampeh.

Wanie dengan gelak besar, pergi buka kertas diorang baling. So, here it goes.

Nah. Dua sekali nombor phone. Siapa nak, boleh salin. Kalau nampak. Haha.

Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun yang Baru

Malam new year sibuk di Baskin.
Kerja.
Suara hampir tiada hari ini.

Malam new year seorang kawan kemalangan.
Ego. Dendam.
Tak mahu pergi melawat.

Hari ini hari baru.
Semoga saya tak lupa saya yang lama.
Semoga hari-hari mendatang, saya yang lama menjadi pengajaran untuk saya yang baru.

Esok pergi melawat kawan kemalangan.
Busuk macam mana pun dia, saya juga tak sempurna.
Betul kan?