Tuesday, January 04, 2011

Jazz merah huh?

Semalam Kak Izma minta tolong ambilkan dry ice untuk kek customer yang nak ambil jam 7 malam dekat Baskin Robbins Bukit Tinggi. So, sebelum pergi kerja, saya gerak lah pergi Bukit Tinggi. Ah. Semalam naik katak biru. So, agak classy sikit. Siap pasang lagu Jangan Tinggal Daku versi Seven Collar T-shirt. Meredah bandar Klang yang agak sibuk sebab baru lepas hujan.

Agak-agak dah depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah tu, saya dengan Wanie buka lah tingkap. Tiba-tiba ada jazz merah slow je jalan follow kami dari tepi. Eh, apahal? Tak apa, kita naik mini cooper, kita kena cool. Mana boleh gelabah-gelabah. Bila nak masuk je area Bukit Tinggi, mamat naik jazz merah tu main baling kertas pula. Hampeh.

Wanie dengan gelak besar, pergi buka kertas diorang baling. So, here it goes.

Nah. Dua sekali nombor phone. Siapa nak, boleh salin. Kalau nampak. Haha.

6 comments: