Thursday, January 13, 2011

Kononnya saya adalah andartu

Adik kandung kata muka saya dah tua. Saya juga kononnya dah jadi anak dara lanjut usia walaupun sebenarnya umur saya baru masuk 22 tahun masa bulan 11 hari itu. Sebab mengikut prinsip dia,jika pada umur 20 belum kahwin, sudah termasuk dalam kategori andartu. Semuanya gara-gara dia menjadikan usia Umi kahwin dulu ialah 19 tahun sebagai satu sempadan tahap kematangan kot.

Ah. Anyway,bila saya cakap dekat dia, "ouh! Kawan aku cakap nak masuk meminang." Dia bermati-matian tak setuju. Baru cerita. Baru sembang kosong. Belum betul-betul nak masuk meminang pun. Bising suruh saya reject.

Jadi,sedikit confius. Dia nak kahwin dulu kot?


-via N900


2 comments: