Monday, January 17, 2011

Tiada tajuk

Bila difikir-fikirkan balik,saya ni selfish orangnya.Kadang-kadang saya tak sedar, 80% waktu hidup saya seharian adalah untuk diri sendiri. Lagi 20% mungkin untuk orang lain. Itupun untuk family. Ah. To be specific untuk adik kut. Sebab most of the time dengan adik sahaja. Waktu bila? Kejut dia bangun pagi, gosokkan baju dia, sediakan makanan sebelum ke sekolah, membebel pasal buku, baju, nak bawa bekal ke tak, blablabla. Sampai Wanie cakap gaya bebel dah macam bibik. -.-"

Kenapa 80% adalah untuk diri sendiri? Example. Bangun pagi, kejut adik, gosok baju adik, blablabla. Okay, ini bukan untuk diri sendiri. Lets see part untuk diri sendiri. Lepas ambil boy balik sekolah, pergi kerja. Tujuan kerja? Untuk dapatkan duit. Balik kerja, masuk bilik, online, main game, mandi, tidur. Before gaji masuk, calculate dulu, berapa ringgit nak kena tolak untuk bayar hutang, bakinya nak beli apa. For the time being, dah beli lens untuk diri sendiri. Tapi sekarang dah tak pakai. Sebab lens itu besar kemungkinan dah terkena infection, sebab bila nak pakai itu sakit. So, selfish di situ.

Tujuan kerja sebab mostly untuk menampung segala perbelanjaan untuk kepuasan diri sendiri. Ah. Sekarang cakap la tak perlu lah buat itu, ini, tak perlu beli itu, ini, blablabla. Habis bila lagi nak merasa semuanya? Esok-esok ada anak 4-5 orang, nak pakai jeans pun jadi malu sebab punggung besar sejambak! Haha. Sekarang pun dah runsing, makan banyak sikit perut jadi buncit. Nanti takut-takut esok lusa kawan-kawan kata buncit. Argh! Nightmare. Berat dah naik 41.7kg, harus kawal perut dengan segera.

Okay. Habis mukadimah. Bukan nak cerita pasal beranak ke, buncit ke, berat ke, gemok ke, apa-apa lah. Point nya pasal selfish. Ah. I realize that I'm the most complicated person on earth. Because, I didn't even knew myself. Contoh, kadang-kadang saya selfish. Selalu nak semua orang faham saya. Tapi kadang-kadang saya pun tak tahu apa yang saya nak diorang faham. Ah. Keji. Jadi diri sendiri pun tak faham. Sibuk canang seluruh dunia, semua orang tak faham diri kita. Haih Dart.

Kadang-kadang sebelum tidur saya fikir balik. Apa benda paling saya inginkan dalam dunia ini. Masa itu, keluar habis semua benda yang saya mahu. Kereta, rumah, degree, blablabla. Tapi kadang-kadang, saya tak boleh nak fikir apa-apa. Macam tak tahu apa yang saya mahu. Macam tak ada tujuan. Resulting of being staying up termenung fikirkan apa yang dah dibuat hari ini. Apa nak buat esok. Ah. End up perkara yang sama juga dibuat setiap hari. Ouh yeah, bosan. I know.

Kadang-kadang saya tak faham, kenapa saya keji betul dengan kaum lelaki ini. Betapa saya keji kata-kata sayang dari lelaki, betapa saya keji cara diorang caring, betapa saya keji kesungguhan diorang. Kadang-kadang, bukan selalu. Betapa saya tak faham, kenapa saya boleh begitu menghina kaum lelaki terutama sekali lepas saya mula menduga dan sangkaan saya semuanya benar. Ah lelaki. Canang habis seluruh dunia bahawa kau cintakan dia, tapi sejauh mana kesungguhan kau untuk dapatkan dia kan? Layak lah kau dikeji dengan aku. Saya rasa perkataan sayang-cinta lelaki itu cuma manis dibibir. Sejujur mana mereka boleh buktikan kata-kata mereka tu?

Benar, saya orangnya adalah hipokrit. Saya boleh pretend to be happy but in the end of the day, saya tetap rasakan kata-kata lelaki itu cuma sampah. Kenapa? Sebab depan mata saya sendiri saya nampak, pergh. Bukan main kata nya manis mulut di bibir. Tapi, hatinya menidakkan kata-kata nya. Ah sungguh, kalau dia benar ikhlas dan jujur, sudah tentu kita boleh rasakan apa yang dia cakap. Canang habis satu dunia, tulis dekat wall apa segala sayang apa sampah, tapi ayat itu cuma mainan. Jijik la.

Entri tak berpenghujung. Sewaktu menaip, saya tak sedar apa saya taip. Ini semua luahan. Bukan pandangan. Nampak sangat dah lama saya pendam benda ini. Saya tahu, pasti ada mulut-mulut lepas ini cakap pada saya, tak baik cakap macam itu pada lelaki. Tiada lelaki, tiada lah wanita. Tiada Adam, tiadalah Hawa. Tapi, lelaki sekarang samakah dengan lelaki dahulu? And hey, every successful man has a woman behind him. But behind every successful woman, there's a story. Apa pun, daddy saya is the best! Paling handsome, paling kacak, paling baik, paling kelakar dan segala paling adalah untuk dia.