Friday, January 21, 2011

Walk-in Baskin Robbins

Walk-in dekat Baskin Robbin rosak semalam. Kek semua cair. Ais-krim tak payah cakap la. Pegang tub pun dah terasa lembik. Ah. Oleh sebab saya, Wanie and Faizul kerja malam, so, kami kena kemas walk-in itu. Ya Tuhan, tok sah cakap lah, walk-in itu dah macam kolam renang ais-krim.

Punya banyak ais krim meleleh dekat rak, dekat lantai. Tub-tub ais-krim sudah di bawa pulang ke HQ jam 6 petang lagi. So, tinggal kek-kek yang dah cair ais-krimnya, juga kek-kek yang belum buat lagi, kotak-kotak untuk air fusion yang berat gila, frozen strawberry topping, whipping cream, partial-partial ais-krim. Argh!

Mula-mula geli tu tak ingat la. Bajet macam anak raja, anak menteri-menteri besar, geli tak mahu pegang ais-krim cair. Bajet bagus. Biasa lah tu. Lama-lama, dah timbul rasa kesian, takkan nak suruh Faizul angkat seorang-seorang, nanti lagi lambat kami balik tak pasal-pasal. Dah dengan selamba, masuk walk-in, angkat bekas-bekas ais-krim yang dah cair tu, letak dalam plastik, kira sekali, angkat habis semua kotak-kotak air fusion, topping, argh! Tangan saya sampai ke siku, penuh dengan ais-krim!

Sejam kami duk mengemas Baskin Robbin semalam, itu pun semua orang dah penat gila angkat kotak-kotak dari dalam pindah keluar. Haih. Nasib baik tak pengsan semua orang. Huhu. Balik rumah, kena basuh baju pula, adui la. Letih, letih. Ini kalau gaji sikit, mesti saya rasa down gila. Dah lah tu, bulan ini punya gaji lambat pula nak masuk. Adui la. Kopak dah ni. Cepat lah 28 hb. Haih.

11 comments:

  1. dart dan gaji xdpt dipisahkn.. =P

    ReplyDelete
  2. ihsan; sangat tak boleh dipisahkan.
    afni; huh. tu la. sgt syg. isk3.

    ReplyDelete
  3. ye mmg... potostat rm29 pom suda mau nanges.. kn kn =)

    ReplyDelete
  4. cute la bce kamo complain mcm2... it's cute to see a lil girl conduct her life.. wardati ‎(⊙⊙,)

    ReplyDelete
  5. ady-dart yg rjin mncri nafkah diri sndri >.<

    ReplyDelete