Saturday, February 19, 2011

Makan itu satu pembaziran?

Ouh hey earthlings.

Last few days, i did posted on facebook on how eating is a waste for me. Thus, all my friends commented on how syirik I am. Plus, how stupid I am. Now let me tell you why I'm saying like that.

Here's the situation:
Every Monday, Baba akan bagi saya RM50 untuk perbelanjaan selama 7 hari sehingga Ahad. Pagi Selasa saya pergi kerja. Saya beli roti di dalam bakeri Jusco (La Boheme) berharga RM5.40. Kemudia saya membeli air gas RM2.80. Bila tiba waktu tengah hari, saya membeli makanan dan minuman di Food Court berharga RM7.20. Sebelum balik, makan cendol berharga RM1.80 dan minum petang berharga RM5. Total up, saya spent untuk hari itu, RM22.20.

Bazir.

Esok hari nya, saya konon lah target, nak makan RM1.80 sahaja sehari. Sebab nak beli roti dekat Jusco itu sahaja. Sekali dah beli roti dekat luar, RM1.40. Tinggal baki RM0.40. Nak beli apa makan tengah hari? Lapar gila dah kut. Pergi Baskin Robbins, nampak Banana Royale. Pergh. Nafsu. Tolak niat hati nak belanja RM1.80 sehari itu. Terus beli. Habis RM12.70. Total spent for Wednesday, RM14.10.

Bazir lagi.

Nah. Untuk dua hari, saya dah spent RM36.30. Itu baru hari Rabu. Ada lagi 4 hari, tinggal duit RM 13.70. Apa nak makan?

Berlapar sahaja lah nampak nya. Duh~

Saturday, February 12, 2011

Tentang kereta, megi dan adik.

Punya lama tak update blog. well. Nothing much happen. Setiap hari benda sama jadi. Siapa heran pun. Ah. Hari ade cerita menarik sikit. Sikit je lah pun.

Well, hari ini kena buka kedai. Selalu sampai awal kalau nak kena buka kedai. Tadi bawa lah mini cooper kesayangan yang dah uzur tu. Boleh pula on the way pergi kerja mati tengah jalan. Duh. Jantung macam dah berhenti berdegup. Kedai wajib buka sebelum 10.30. Jam dah 10 lebih. Panik. Call baba. Call manager. Habis semua orang call. Then last sekali call taxi. Suruh hantar balik rumah.

Took another car. Drove to Jusco Klang. Time tu kalau ada speed trap, saya rasa dah kena saman kut. Gila. Sampai Baskin 10.50. Abang guard tu tak ada mercy langsung. Terus bagi surat warning. Alamak. Jantung makin slow. Takut kena saman Jusco pun ada. Gila kau. RM500. Mana nak cari? Tolak gaji setiap bulan, macam mana nak saving untuk diri sendiri?

Hantar surat pada management Jusco. Dia cakap, kenapa tak bagi resit kereta rosak? Ouh. Kalau ada resit, boleh lepas ke? Dia kata, kukuh lah sikit. Oke. Fine. Esok saya bawa resit baiki kereta.

Ah. Habis cerita tentang kereta. Cerita tentang adik pula. Ouh adik. Dia dapat tawaran MRSM. Jauh lah sikit dari rumah. Dekat Kuala Berang, Terengganu. Well, not practically jauh sikit. Jauh banyak. On 7th February, Baba and Umi hantar adik pergi MRSM. They flew all the way from KL to Terengganu. Ah. Sehari lepas hantar adik, Baba tulis dekat wall facebook adik, "Missing you already." Yeah. We all did.

Belum cukup seminggu, Baba dengan Umi pergi melawat adik dekat asrama. Adik bongsu, harus faham lah. Ah. Baba kata, adik oke je. Adik jadi dealer megi. How cool is that? Yang belinya, form 5 pula tu. Boleh pula dia jual sepaket megi tu rm2. Kata baba, dia jual sepaket rm1 kalau locker buka. Kalau locker tutup, sepaket jadi rm2. Sebab kena bayar upah membuka locker. Great! Siap beli stok baru 4 packet besar. Total ada 20 packet. Otak business. Hebat! :)

Anyway, he's been well there. We're do miss him a lot.