Saturday, February 12, 2011

Tentang kereta, megi dan adik.

Punya lama tak update blog. well. Nothing much happen. Setiap hari benda sama jadi. Siapa heran pun. Ah. Hari ade cerita menarik sikit. Sikit je lah pun.

Well, hari ini kena buka kedai. Selalu sampai awal kalau nak kena buka kedai. Tadi bawa lah mini cooper kesayangan yang dah uzur tu. Boleh pula on the way pergi kerja mati tengah jalan. Duh. Jantung macam dah berhenti berdegup. Kedai wajib buka sebelum 10.30. Jam dah 10 lebih. Panik. Call baba. Call manager. Habis semua orang call. Then last sekali call taxi. Suruh hantar balik rumah.

Took another car. Drove to Jusco Klang. Time tu kalau ada speed trap, saya rasa dah kena saman kut. Gila. Sampai Baskin 10.50. Abang guard tu tak ada mercy langsung. Terus bagi surat warning. Alamak. Jantung makin slow. Takut kena saman Jusco pun ada. Gila kau. RM500. Mana nak cari? Tolak gaji setiap bulan, macam mana nak saving untuk diri sendiri?

Hantar surat pada management Jusco. Dia cakap, kenapa tak bagi resit kereta rosak? Ouh. Kalau ada resit, boleh lepas ke? Dia kata, kukuh lah sikit. Oke. Fine. Esok saya bawa resit baiki kereta.

Ah. Habis cerita tentang kereta. Cerita tentang adik pula. Ouh adik. Dia dapat tawaran MRSM. Jauh lah sikit dari rumah. Dekat Kuala Berang, Terengganu. Well, not practically jauh sikit. Jauh banyak. On 7th February, Baba and Umi hantar adik pergi MRSM. They flew all the way from KL to Terengganu. Ah. Sehari lepas hantar adik, Baba tulis dekat wall facebook adik, "Missing you already." Yeah. We all did.

Belum cukup seminggu, Baba dengan Umi pergi melawat adik dekat asrama. Adik bongsu, harus faham lah. Ah. Baba kata, adik oke je. Adik jadi dealer megi. How cool is that? Yang belinya, form 5 pula tu. Boleh pula dia jual sepaket megi tu rm2. Kata baba, dia jual sepaket rm1 kalau locker buka. Kalau locker tutup, sepaket jadi rm2. Sebab kena bayar upah membuka locker. Great! Siap beli stok baru 4 packet besar. Total ada 20 packet. Otak business. Hebat! :)

Anyway, he's been well there. We're do miss him a lot.

6 comments: