Tuesday, June 07, 2011

Belajar cuba berkongsi cerita

Antara benda paling saya risau ialah bila adik perempuan saya mula mendiamkan diri. Sebab kalau buat salah sikit, dia akan melenting macam orang kena sawan. Lebih risau sebab dia sebenarnya ada masalah tetapi dia tak pernah mahu berkongsi.

Mula risau kalau dia berkata dengan nada mendatar seperti menanggung beban yang terlalu berat. What else can i do though if she doesn't want to share anything with me?

Kadang-kadang kita tak nampak, Tuhan jadikan orang disekeliling kita untuk kita berkongsi. Bukan simpan sendiri. Kadang-kadang kita juga tak sedar. Bila nanti suatu hari, kawan-kawan yang kita sayang lama-lama akan tinggalkan kita lebih-lebih lagi waktu kita jatuh dan tiada siapa nak hulurkan tangan untuk bantu kita bangun. Rupa-rupanya yang akan kutip kita di bawah itu, keluarga kita sendiri. Kan?

Haih. Perempuan. Perempuan.

No comments:

Post a Comment