Tuesday, July 12, 2011

Simple update

Bersih 2.0? Sendiri tengok. Sendiri fikir. Sendiri nilai.





Friday, July 01, 2011

Solat

Hari Khamis memang kebiasaannya tak ramai pelanggan di Jusco Bukit Raja. Biasa la tu, hari bekerja. Seperti biasa, bila sudah masuk waktu, saya pergi sembahyang di surau. Ada beberapa orang perempuan sedang sembahyang, dua orang sedang berwuduk. Sedang saya berwuduk, masuk seorang wanita lewat 40-an mmakai baju berbunga-bunga berwarna biru, tudung biru gelap, memegang topi berceloreng askar, membawa beg tangan.

Tiba-tiba dia menegur gadis yang sedang duduk di tepi dinding. "Awak dah solat?" Nyaring suara dia. Gadis itu cuma menjawab, "sudah." Tanpa perlu ditanya, dia bersuara kembali; "Mak cik letak selipar mak cik di sini ye, takut letak dekat luar nanti hilang, tak ada selipar nak pakai balik."

Selepas dia meletakkan seliparnya di dalam surau, dia duduk di satu sudut hadapan surau itu sambil membelek telefonnya. Datang seorang gadis yang baru selesai mengambil wuduk menghampar sejadah dan bersiap memakai telekung. Tiba-tiba mak cik tadi bersuara dengan suara yang nyaring seperti tadi; "Jangan sembahyang dekat mak cik! Mak cik bukan tuhan ko nak sembah."

Gadis tadi beralih ke tepi sedikit. Selesai saya sembahyang, saya lihat, mak cik tadi masih berada di sudut itu. Kali ini sedang menyapu bedak di muka. Dia tersenyum sendiri. Gadis-gadis di dalam surau itu semakin lama, semakin beredar. Setelah selesai saya bersiap, mak cik itu pun bangun, menghadap cermin, betulkan tudung, memakai topinya kembali. Bila saya keluar, dia pun turut sama keluar dari surau itu.

Pointnya, kenapa dia masuk ke dalam surau itu dan menegur hampir semua orang sedangkan ada kerusi di luar untuk orang yang tidak solat duduk untuk menunggu?