Friday, December 21, 2012

Little Things: Finally

Salam.

Dah enam bulan tak update blog. Malas. Malas. Malas. Malas. Malas. Life have been too busy lately. I don't even get a chance to date or clean my room. Or even hang out with my families. Too much responsibilities when you grow older huh? Tak kelakar.

So, fast update before I wrote about things later. I just turn 24, last month on 25th November. Also, I just graduated from UiTM , earlier this month. Finally. Yep. Finally. Hurm. What else? Ouh. I just got a job. In Cyberjaya. Will talk about that later because there is so much things to write about this job.

Anyway, best regards from me.

Friday, June 29, 2012

Travel: EURO 2012 - more than just a football

Salam.

Hye all. Ouh yah. I actually couldn't remember this. Mungkin saya pernah bagitahu tentang escape vacation or mungkin juga tidak. Saya pun dah lupa. Sebab saya kan malas nak tulis blog. Bukan malas, cuma tak ada masa. Tapi baca blog orang lain itu memang rajin. :)

Anyway, some of you might have been wondering where had I been last month. Well some of you lah. Itu pun kalau ada yang tertanya-tanya. Haha. Ye lah. Nak cerita lah ni. Last month I went to Europe, again. Yeah. Again. Macam dah tak ada tempat lain nak pergi. Europe juga yang saya nak pergi. Haha. Well, Europe tu besar, bukan kecil ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Lagipun ini cerita budget trip. Bukan trip mewah ala-ala artis antarabangsa seperti Paris Hilton yang tidur di hotel 5 bintang, makan di restoran mewah dan shopping di Louis Vuitton. Pergh statement. This is a budget trip where you actually camping in a tent, paying for laundry and hot shower and eating breakfast and dinner using a plastic plate. Tak percaya?

So here is my budget trip. 8 countries in 16 days. Pay less for more. :)


Budget trip tak tidur hotel. Kita tidur dalam khemah, makan nasi kawah.
How was that?

The most important thing to see in Holland.
The Windmill.

Dasar mengamalkan cara hidup dan pemikiran bebas.
Sex pun ada museum?
Learning how to make cheese in cheese factory.



Adik and the clogs. 


Irene-Hoeve.
One of the cheese and clogs factory in Holland


Volendam, Holland
Pekan tepi laut.
Tempat shopping yang boleh tahan murah.





Here we are.
Heidel Castle in Heidelberg, Germany.

Hohenschwangau Castle located in Fussen, Germany.

Marienbr├╝ck.
Jambatan yang dibina bersetentang dengan Neuschwanstein Castle.

Neuschwanstein Castle in Fussen, Germany.
Owned by King Ludwig II.
Tapi tak sempat duduk sebab dia mati dulu.

You can read the sign.
Located in Innsbruck, Austria.

Semua orang nak tangkap gambar Hard Rock Cafe.
This is located in Venice, Italy.

School of Lace, Venice, Italy.

Terik-terik naik Gondola?
Pelik. Tapi at least dapat merasa.

Vatican City. (Pusat umat Catholics)
Smallest country in Europe.
Area: approximately 110 acres.
Population: up to 800 people.

Castel Angelo.
Pope's Castle in Rome, Italy.

Colloseo (English: Colloseum)
Located in Rome, Italy.

Foro Romano. (English: Roman Forum)
Located in Rome, Italy
Fontana di Trevi (English: Trevi Fountain)
Ye. Muka sunburn. Tahu.
Pisa, Italy.



Jungfraujoch, Switzerland.
Top of Europe.

Playing the sleigh.
Disneyland. 

Eiffel I'm in love heh?
So that's it. Haven't I told you before? Less for more is the best! :)

Anyway, everyone could have this trip. It's only worth £649. You guys can check the availability at www.kelanaconvoy.co.uk.

Friday, May 11, 2012

Little Things: Emosi

Aku mengalami masalah emosi sejak 2-3 hari ini.

Kesian mereka-mereka yang terkena tempias aku. Bukan senang nak simpan rahsia. Jadi, maaf sahaja yang aku minta.

Hujung bulan akan ada another escape vacation. Location; rahsia lagi.

Saturday, April 14, 2012

Little Things: Mari

Mari kita melangkah ke tahun yang penuh dengan kenduri kahwin sana sini. Mari hujani aku dengan kad-kad undangan kerana aku tak suka invitation facebook. Mari makan nasi minyak sampai kenyang. Mari borak beriuh rendah dengan gelak tawa sampai petang. Ah. Setiapnya kawan ku yang bakal menjadi milik orang, jangan dilupa kan kita yang dahulu. Semoga yang terbaik sahaja untuk kalian. Semoga masjid yang dibina kekal ke syurga. Tahniah.

Saturday, March 24, 2012

Little Stories: Vehicle outside your door

I had once read about this. Please. Think deeply.Kalau fikir betul-betul, ada betulnya. Untuk adik-adik yang baru ambil result SPM.
Ini bukan tulisan saya. Sekali lagi, ini BUKAN tulisan saya.
I took this from Fynn Jamal:

"SPM is just your front door. 
and your result is your vehicle parked right in front. 
ada orang dapat porche.
ada orang cuma EX5. 
ada orang dapat basikal. 
ada orang TAK ADA langsung.


life is just that. full of cruel ironies.
luck.

kadang2 kita belajar macam orang gila pun--
result kita tahi.
kadang2 kawan kita tak pernah baca pun--
result dia seksi.

rezeki.
bukan di tangan kita.
mana tahu, nasib kita dapat penanda yang sedang tak ada mood dan hati.
siapa sangka, taqdir kita tertulis lain dari yang kita fikir kita bagi.

whatever it is--
with whatever vehicle parked right in front of that door of yours--
be happy.

kalau tidak pun;
nangis puas2,
let it go--
and bounce back--
and be happy.

kereta apa sekali pun di depan rumah tadi;
soalan yang paling mahal adalah
siapa sampai destinasi.

ada kereta besar-- betul; boleh sampai paling lekas sekali.
TAPI. kadang2 jadi lalai. bawak sampai kemalangan mati. bawak dengan bongkak diri. bawak dengan keyakinan terlalu tinggi.

kan?
so they have better chances.
awak cuma ada kaki.
so what.

hanya orang2 yang pernah merasa rugi tahu harga sesuatu yang dibeli.
ya. sakit. bila kita buka pintu rumah dan cuma lihatkan kenderaan kita tak sehebat yang kita mimpi.

but such is life.
LEARN FROM IT.

kamu cuma ada dua pilihan.
love what you have. redha dan rela.
dan kata: how ever long this journey would take me-- i am UP FOR IT. aku cabar diri aku sendiri.

atau.

play it safe. masuk balik. duduk atas sofa. buka tv. dan tonton semua kejayaan orang melalui siaran yang kamu langgani.

adik2,
rempuh saja onak duri.
benda senang takkan sama manisnya dengan apa yang terpaksa kita kerah peluh darah deminya.

benar.
duit takkan bikin kita bahagia.
tapi.
itu ayat defensive orang tak rajin.
sudah malas--
main terima dan hadap saja.

orang rajin--
SAMPAI MATI akan rajin.
banyak sikit untung bukan dadahnya.
tapi perasaan MENGETAHUI dia sudah berusaha--
cuma terpulang pada tuhan untuk memberi:

ITU candunya.

apa yang aku belajar dahulu:
beramal bagai esok mau mati.
berharta bagai hidup seribu tahun lagi.

*pause*

tapi ye lah.
usaha NAK berharta seribu tahun.
NAK.

harta hari ini--
nak hidup sampai lusa pun macam nak semput.
HAHAHAAH."

Tuesday, February 14, 2012

Little Stories: Perangai budak lepasan SPM

Lama saya tak update blog. Memang lama betul. Mana kan tidak, setiap kali nak up date, sibuk la nak tidur. Maka nya, tidak terupdate lah blog ini.

Saya memang tak banyak cerita menarik. Sungguh. Setiap hari perkara yang sama sahaja berlaku. Pergi kerja, balik kerja. Kalau rajin sikit, pergi lepak makan malam dengan cik Wanie. Haish. But I do have a story to share.

As you all know, saya masih lagi kerja di Baskin Robbins. Reason, masih tak dapat kerja lain. Bosan kerja dekat sini lama-lama. Bosan menghadap perangai budak-budak baru. Serious.

This is where all the story began;

Kami tak cukup staf. Biasa lah. Ramai dah berhenti. Kami mesti cari staf baru. Sebagai orang paling lama kerja yang available, memang saya rajin tolong manager interview orang. So here is a boy. Dia semangat nak kerja. Sungguh. Kami pun ambil lah dia bekerja. Everything went so well sehinggalah dia dapat panggilan dari ibu dia. Saying that dia dapat PLKN. Dia punya perangai tak mahu bagitahu semua orang. Why? Just because tak nak semua orang bersedih. Last day dia kerja, baru dia ada keberanian nak bagitahu manager kami. Ika oke je. Sebab awak tu dapat PLKN. Takkan nak marah kan? So, dia berhenti.

One fine day, dia call saya. I really thought yang dia memang pergi PLKN. Tapi, hari selasa, macam mana boleh pegang phone? Dia cerita, dia dah balik rumah. Dia beli surat doktor untuk perlepasan PLKN menggunakan gaji dia. Lantak dia lah. Tak mahu nak layan. Tapi still, kami kekurangan pekerja. Kami tanya dia, nak kerja balik tak? Ya Allah. Sungguh kami tak marahkan dia berhenti hari itu. Tapi dia cakap, dia segan. What do you expect from a boy that had  just finished his high school? At first dia kata, tengok dulu. Fine, jadual dah buat. So, saya kena kerja dengan dia satu pagi, hari rabu.

Pagi rabu tu, memang hati kuat kata, budak nie takkan datang. So, saya buka kedai macam biasa. Tunggu, punya tunggu, sampai dah pukul 12, dia tak datang! Hari itu memang rasa nak menangis je. Tapi tak apa, saya kan  KUAT! Haruslah tabah. Sehinggalah manager mesej minta tolong naik stor untuk kira stok. Saya reply; "Tak boleh naik stor, budak tu tak datang." Dah kena marah pula. Sebab tak bagi tahu budak itu tak datang. Sabar je la. Cerita tak habis dekat situ. Budak tu dengan berani nya call lagi malam tu, tanya "OK tak?" Macam mana lah dia boleh tanya soalan itu? Of course lah tak oke! I'm doing the opening alone! And it is Wednesday! Haish!

Dia minta maaf. Fine it is. Dia cakap, suruh kawan dia kerja. Sebab kawan dia tak kerja. So, saya bbm lah kawan dia nie. At first budak tu kata, oke, dia masuk. So, saya buat lah jadual dia. Starting Chinese New Year. Then saya tanya, "boleh tak masuk kerja Raya Cina nie?" And guess what? Kawan dia ni tak reply!
Kami dah putus harapan. Jadi kami biar je. Selepas seminggu, dia dengan berani nya bbm, "Kak, bila saya boleh masuk kerja?" Ewah kau, ingat awak tu anak tokey ke? Sabar je lah.

Peringatan untuk semua orang terutama sekali budak baru habis sekolah. Jangan lah buat perangai. Dunia kerja tak sama dengan dunia belajar. Kerja dan belajar is two different thing. Stop la being too childish. Grow up la. Tak ada orang nak kan pekerja yang macam ini. Buat hal sesuka hati. Macam kita nak kan sangat dia bekerja. Haish. Tak lah saya kata semua budak lepasan SPM itu sama. Adik saya pun tak perangai macam itu. Rajin bekerja. Kalau boleh hari-hari nak full day. Tapi saya cuma nak mengingatkan.

Friday, January 06, 2012

Little Stories: The wedding ring

Bila dah masuk tahun 2012, rasa umur semakin meningkat naik. Eh. Baru 2 bulan lepas celebrate birthday yang ke 23. sekarang dah nak masuk 24 tahun. Hukhuk. Bila nak kahwin ni? Haih. Anyway, manager did said something about getting married. Katanya, harga emas dah naik sekarang. Oke lah. Emas 916 setakat 29 Disember RM187. Cuba fikir kalau lagi 2-3 tahun? Hue. Mahal tu.

I don't know about you guys, but I rasa, you guys dah patut start membeli cincin dan gelang or whatsoever untuk wedding you guys. Tak kira lah kahwin nya lambat lagi ke, still, kalau tak beli sekarang, sampai bila pun takkan terbeli. Serius. Why? Sebab even harga barang tak naik pun, harga emas tetap akan naik. Gaji korang kalau naik pun, berapa percent je setahun. Itu pun kalau nasib baik lah naik. Kalau tak, semua perempuan pun cari penoreh getah sebab penoreh getah lebih kaya. Haha! *evil laugh*

Good Luck lah ye lelaki-lelaki di luar sana. :P