Tuesday, February 14, 2012

Little Stories: Perangai budak lepasan SPM

Lama saya tak update blog. Memang lama betul. Mana kan tidak, setiap kali nak up date, sibuk la nak tidur. Maka nya, tidak terupdate lah blog ini.

Saya memang tak banyak cerita menarik. Sungguh. Setiap hari perkara yang sama sahaja berlaku. Pergi kerja, balik kerja. Kalau rajin sikit, pergi lepak makan malam dengan cik Wanie. Haish. But I do have a story to share.

As you all know, saya masih lagi kerja di Baskin Robbins. Reason, masih tak dapat kerja lain. Bosan kerja dekat sini lama-lama. Bosan menghadap perangai budak-budak baru. Serious.

This is where all the story began;

Kami tak cukup staf. Biasa lah. Ramai dah berhenti. Kami mesti cari staf baru. Sebagai orang paling lama kerja yang available, memang saya rajin tolong manager interview orang. So here is a boy. Dia semangat nak kerja. Sungguh. Kami pun ambil lah dia bekerja. Everything went so well sehinggalah dia dapat panggilan dari ibu dia. Saying that dia dapat PLKN. Dia punya perangai tak mahu bagitahu semua orang. Why? Just because tak nak semua orang bersedih. Last day dia kerja, baru dia ada keberanian nak bagitahu manager kami. Ika oke je. Sebab awak tu dapat PLKN. Takkan nak marah kan? So, dia berhenti.

One fine day, dia call saya. I really thought yang dia memang pergi PLKN. Tapi, hari selasa, macam mana boleh pegang phone? Dia cerita, dia dah balik rumah. Dia beli surat doktor untuk perlepasan PLKN menggunakan gaji dia. Lantak dia lah. Tak mahu nak layan. Tapi still, kami kekurangan pekerja. Kami tanya dia, nak kerja balik tak? Ya Allah. Sungguh kami tak marahkan dia berhenti hari itu. Tapi dia cakap, dia segan. What do you expect from a boy that had  just finished his high school? At first dia kata, tengok dulu. Fine, jadual dah buat. So, saya kena kerja dengan dia satu pagi, hari rabu.

Pagi rabu tu, memang hati kuat kata, budak nie takkan datang. So, saya buka kedai macam biasa. Tunggu, punya tunggu, sampai dah pukul 12, dia tak datang! Hari itu memang rasa nak menangis je. Tapi tak apa, saya kan  KUAT! Haruslah tabah. Sehinggalah manager mesej minta tolong naik stor untuk kira stok. Saya reply; "Tak boleh naik stor, budak tu tak datang." Dah kena marah pula. Sebab tak bagi tahu budak itu tak datang. Sabar je la. Cerita tak habis dekat situ. Budak tu dengan berani nya call lagi malam tu, tanya "OK tak?" Macam mana lah dia boleh tanya soalan itu? Of course lah tak oke! I'm doing the opening alone! And it is Wednesday! Haish!

Dia minta maaf. Fine it is. Dia cakap, suruh kawan dia kerja. Sebab kawan dia tak kerja. So, saya bbm lah kawan dia nie. At first budak tu kata, oke, dia masuk. So, saya buat lah jadual dia. Starting Chinese New Year. Then saya tanya, "boleh tak masuk kerja Raya Cina nie?" And guess what? Kawan dia ni tak reply!
Kami dah putus harapan. Jadi kami biar je. Selepas seminggu, dia dengan berani nya bbm, "Kak, bila saya boleh masuk kerja?" Ewah kau, ingat awak tu anak tokey ke? Sabar je lah.

Peringatan untuk semua orang terutama sekali budak baru habis sekolah. Jangan lah buat perangai. Dunia kerja tak sama dengan dunia belajar. Kerja dan belajar is two different thing. Stop la being too childish. Grow up la. Tak ada orang nak kan pekerja yang macam ini. Buat hal sesuka hati. Macam kita nak kan sangat dia bekerja. Haish. Tak lah saya kata semua budak lepasan SPM itu sama. Adik saya pun tak perangai macam itu. Rajin bekerja. Kalau boleh hari-hari nak full day. Tapi saya cuma nak mengingatkan.