Wednesday, December 18, 2013

Little things: Onesie

Hye semua.

I dah turn to 25 this year. Konon-konon dah bajet macam dewasa, tapi tak ada lah dewasa mana pun. Heh. Still ada sikit macam budak-budak sebab baru beli baju onesie. Ouh mengada betul. 


Both were mine. Adik pinjam satu, sampai lah belikan untuk dia juga. 


Imagine dragon kata nya. Haha. So, meh kita berborak tentang perihal kehidupan. Saya dah kerja. Semua orang tahu kan. Jadi, bila waktu berkerja ini saya tengok banyak benda berlaku di luar kotak pemikiran. Macam-macam manusia saya jumpa.

Let say, kita ada rakan sekerja. Nama pun rakan sekerja, obviously, dia tak bayar gaji kita, tapi kita satu team dengan dia. Wajar tak, kalau dia cakap, "Email me the document, Now"

Lagi sekali saya ulang, rakan sekerja, wajarkah kita diperlakukan sebegitu?

Awak nak minta sesuatu, sebagai rakan sekerja, treat others nicely. Kan elok ckp, "boleh tak minta tolong email kan document tu?"

Allah. Dia pun tahu la awak tengah meeting dan perlukan dokumen itu secepat mungkin. Apa la susah sangat nak cakap baik-baik minta tolong. Tak paham lah manusia "bossy" ni.

Manners mana lah hoi. Patut bagi kerja customer service baru paham erti kerjasama agaknya.



Thursday, November 21, 2013

Little stories : Oh Online Shopping

Dah nak dekat sebulan balik rumah dari Perak. Tak ada tanda-tanda outstation pun.

Haha.

Anyway, sebulan duduk dekat rumah, ada dekat 10x saya online shopping. Dah macam hampir 3 hari sekali sampai barang courier ke rumah. Over betul. Pening umi ngan baba dengan kerenah anak gadis dia seorang ni. Habis nak buat macam mana, pantang nampak sale. Lagipun, barang online lagi murah daripada kedai. 

Cuba imagine--

Fujifilm instax twinpack box, rm37.50 per box. Kalau dekat kedai dah RM50. Lebih kurang la. Acane? Memang hari-hari buka groupon, lazada, moredeals, instagram. Oh perempuan! Tak habis-habis shopping. Haha. 

Pelik-pelik je perangai kamu ni Dart--

                                          


Thursday, October 31, 2013

Little Stories: Earphone

I should be aware that I can't use earphone.

But--

Saya kan budak degil. Mana lah nak peduli. Bila sakit baru nak berhenti. 

It all start 5-6 years ago, when I used to love hardcore songs. Nak study je, lagu bingit. Nak study je, lagu keras. Sampai lah satu masa, telinga bengkak. You know what, badan kita banyak saluran and most of it connects together. So, salur telinga dengan kerongkong dan hidung berkait. Jadi, bila telinga bengkak, muka pun jadi bengkak. Mata sakit, tekak sakit. Masa tu doktor kata, jangan dengar lagu bingit-bingit.

But--

For the past few days, I mean, weeks, setiap hari dengar lagu guna earphone. What's more, dah tak bengkak, tapi berdarah terus.

Memang cari penyakit--

Bermula lah hidup menitikkan ubat titik dalam telinga like 5-6 years ago.

Nice. And ouh! I'm home dah seminggu. Hye orang Shah Alam! :)

Saturday, October 19, 2013

Suri. Nyawa kedua

Salam.
So, there will be another 3 days to go, here in Tronoh. Will be back home soon. Home in the meaning of back to Shah Alam for a while. But then outstation lagi. Ah. Biasa lah tu. 

Sepanjang saya dekat sini, I shall conclude that I'm over-stressed. But you know, girls. Cuma ada satu sahaja untuk cure kan sakit jiwa yang bernanah di dalam dada, apa lagi? Shopping! Sounds cliche, but after all, it's true duh.
I do need someone that can distract me from buying things just to makes me happy whenever I'm mad/stress. 
Ah~
But Suri, I never regret having you.



 
 

Thursday, September 19, 2013

Travel: Toronto ke Tronoh?

Salam readers.


As usual, saya memang gemar tenggelam timbul macam ini. Bukan apa, hidup di negeri orang ini susah sikit nak online. Hotel pun bukannya ada wifi. Hotel baru belum lengkap serba serbi. Harus terima dengan hati terbuka sebab benda free. Wajib bersyukur, at least duduk hotel yang ditanggung.


Bercakap tentang bersyukur dan benda free, ada beberapa perkara yang saya tak gemar dengan perangai sesetengah orang Melayu. Dulu saya ada kawan, dia selalu pesan, "tolong jangan jadi Melayu sangat boleh tak?" Mula-mula memang saya marah. Almaklumlah, dah lah kutuk Melayu, bahan pula UiTM itu adalah untuk orang Melayu yang manja katanya. I was like "eh budak ni, bajet kau omputih ke?" 


Tapi---


Bila dah kerja baru saya faham, apa maksud dia jangan jadi Melayu sangat. Kita semua tak sempurna, ya, itu betul. Tapi takkan atas semua kesalahan kita, kita nak salahkan yang kita memang tak sempurna? Saya bangga jadi Melayu, banyak kelebihan. Tapi saya tak bangga jadi Melayu yang terlalu Melayu secara general-nya. 

Macam mana hendak mula--

Biar saya terangkan--

Orang Melayu manja. Semua di beri kelebihan. Itu dah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hak-hak istimewa orang Melayu. Tapi seramai mana orang Melayu itu tahu bersyukur? Dapat masuk belajar tempat murah, buat Ijazah Kedoktoran cuma dengan bayaran RM500 satu semester. Tak perlu bayar hostel. Elaun makan juga diberi. Mohon lagi PTPTN. Semua dapat. Sejauh mana kamu bersyukur? Belajar entah ke mana, duit entah ke mana.

Bila dah kerja, lagi jelas perangai student Melayu. Roughly, kerja saya merangkumi Kementerian Pelajaran, budget, student, training, class, etc. Training akan dibuat di IPTA dan Politeknik. Kelas diberi oleh pihak universiti/poli. Bajet diberi oleh kementerian. Training lebih kurang RM5K - RM8K seorang, setakat nak bayar accomodation sendiri yang cuma RM200 pun nak berkira? 

Sepanjang saya bekerja 10 bulan, setiap kali saya call student untuk confirmation, student Cina akan minta buffer time sementara mereka nak uruskan accomodation tapi Melayu? Ayat pertama akan keluar, 
  
"accomodation di sediakan tak?"
"elaun dapat tak?"
"makan minum tak sediakan ke?"

Ya Allah. Nampak tak perangai Melayu macam mana? Habis kuat pun, nanti lah saya fikirkan. End up esok nya;

"tak jadi lah cik, tak dapat accomodation."
"tak jadi lah cik, tak dapat elaun"

Amboi. Budak-budak tempat kaya memang sebegini ya perangai nya?

Monday, August 26, 2013

Little Stories: Makan ketupat sambil mengumpat

Hidup.

Dalam dunia ini bukan cuma kita sahaja yang hidup sebagai manusia. Ada berjuta-juta manusia. Setiap hari kita akan jumpa orang yang berlainan di sekeliling kita.

Kita berkawan bukan cuma seorang. Kita masuk sekolah rendah, kita jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Kita besar sikit masuk sekolah menengah, kita jumpa kawan yang lain. Ada yang datang, ada yang pergi. Sepanjang kita hidup, kita akan kenal dengan ramai orang. Tak bermakna kawan kita si A, cuma kenal kawan kita si B. Mungkin si A kenal dengan si C, tapi si B tidak.

Paham?

Jangan cepat melenting. Jangan jadi bodoh. Saya punya banyak lagi benda nak dibincangkan dengan kawan saya daripada mengumpat awak. Bazir masa bazir air liur tahu mengumpat orang? Bazir pahala dapat dosa ada lah. Belajar jadi matang. Jangan perasan genius kalau sebenarnya minda masih tak nak fikir di luar kotak.

Daripada saya berborak mengumpat tentang awak, baik saya berborak mengumpat tentang business yang saya nak buat. Lagi boleh tambah ilmu. Jangan perasan cuma ada awak dalam hidup saya dan kawan saya. 

Hakikatnya

----------

Awak dah tak wujud pun sebenarnya. 

Oh ya.

Hidup dia.
Dia pilih untuk kekal kawan dengan saya. Bukan awak yang buat keputusan untuk dia. Sekurang-kurangnya hidup dia tak penuh dengan dendam dan benci macam awak.

Kasihan---

Little Things: Seminggu

Cuti cuma tinggal lagi seminggu. Kemudian masuk kerja balik dan outstation, outstation dan outstation. Bermakna, post selepas ini akan di tag sebagai travel.

Bosan lah kamu semua baca post saya selepas ini. Haha. 

Monday, August 19, 2013

Check-list

Saya dah start kena buat check-list ni. Banyak sangat benda nak dibeli. Kena start kira budget. Nafsu kena tolak tepi dulu. Priority kena no 1. Adik-adik ni kerja nak paw kakak dia yang sorang ni je. Caca marba dah duit. Saving entah ke mana, nafsu entah ke mana. Pandai kamu semua eh. Nasib baik lah dapat kakak yang kerja nak manjakan korang je. Dalam duk bebel-bebel tu, beli tetap beli. Aduh.


Malas nya nak buat senarai!
Ya Allah!

Wednesday, August 14, 2013

Little Stories: Form Berapa?

Situasi: Reunion Alumni University of Arizona

Watak: 
Kawan-kawan Umi dan Baba
Umi
Saya

Lokasi: Kenduri kahwin abang Zubair (son of Pak cik Zul and Mak cik Katrul)

Kawan 1: Anak you berapa orang?
Umi: Lima. Tapi yang mengikut tiga sahaja. 
Kawan 2: Lagi dua?
Umi: Seorang belajar dekat Jordan memang tak balik. Seorang lagi tak nak ikut.
Kawan 1: Ini anak no berapa? (Point out pada boy)
Umi: Yang ini no dua (point out to me). Yang ini no empat (point out to boy). Yang ini bongsu (point out to adik)
Kawan 1: Yang no empat ni belajar dekat mana sekarang?
Umi: Belajar di kolej dekat Melaka.

---------
Selepas beberapa ketika

Kawan 1: Awak form berapa sekarang?
Saya: *big grin* Saya dah kerja lah

---------
Dia tak ingat ke tadi dah cakap?

Pending.

Little Stories: Bunuh dan Harta

Terasa seperti mahu membunuh orang.

Bodoh.

Aku bukan lah kaya. Yang berharta itu ayah aku. Aku menumpang kesenangan hidup dia dan cuba perlahan-lahan belajar berdikari. Tak perlu ingatkan aku yang aku hidup atas ihsan ayah aku. Aku sedar. At least aku x hidup meminta ratusan ringgit untuk perbelanjaan harian sedangkan mengikut islam seorang anak gadis adalah tanggungan ayahnya sehingga dia berkahwin. Dan menjadi tanggungjawab ayahnya mengahwinkan anak nya.

Ah melayu. Sempit.

Dan manusia bodoh macam kau yang suka mengambil kesempatan. Aku harap kau mati!

Go pro hero 3 black edition, tunggu.
Lambat sikit. Tengah sesak.

Saturday, August 10, 2013

Little Things: Selamat Hari Raya

Hye. 

Selamat hari raya.
Mungkin ada yang termakan hati, terasa di mana-mana, maaf dihulurkan.

Maaf zahir dan batin semuanya. :)

Saturday, August 03, 2013

Little Things: We Can't Stop

Remember only God can judge ya
Forget the haters cause somebody love ya
-Miley Cyrus

You know, kita tak boleh buat semua orang suka dekat kita. Even kita sendiri takkan suka semua orang. Just be you. For every haters who hates you, there'll be somebody who loves you for what you are. Most important, love yourself. :)

Saturday, July 27, 2013

Little things: 8 Sebab Kenapa Saya Gadis Jerangkung

Assalamualaikum. Saya dah pulang. Dah seminggu di rumah. Baju masih belum basuh. Malas. The most hardest part about travelling as usual, the packing and the unpacking part. So, that does explain why half of my clothes is in the bag while half of it is still in the plastic bag to get wash. Maybe esok baru nak cuci. Fuh. Itu baru maybe. Belum tentu buat. Hadui. 

Back to the topic: Jerangkung. Kawan-kawan, sudah-sudah lah tu tanya kenapa aku kurus kering. Letih bebenor nak explain. Let me get things straight. Reason why saya kurus kering;

1. Saya tak suka makan. Saya adalah antara manusia yang malas nak makan. Bukan mengkufuri nikmat Tuhan bagi, tapi saya jenis orang yang malas nak turun pergi buka peti ais and hope for a magic to happen yang peti ais itu akan penuh dengan makanan yang sudah siap dimasak. Eh? Haha.

2. Metabolisma tinggi. Ohoi. Jangan lah tanya kenapa metabolisma tinggi. Tuhan buat manusia itu berbeza-beza. Dapat pada saya, metabolisma saya tinggi. If saya makan banyak, cukup 1 malam, saya akan masuk toilet dan membuang balik makanan yang sudah diproses. So? Takkan gemok lah macam tu!

3. Cuba makan ikut piramid makanan. I know piramid makanan tu banyak kelas makanan. Cuba try cukupkan zat yang perlu dimakan. CUBA. Bukan paksa. Lama-lama jadi biasa la. 

4. Memilih. Ohoi. Saya lah manusia paling cerewet bab makanan. Saya tak suka makan makanan yang terlalu berminyak. Sebab kembang tekak. Mee goreng, kueh teow goreng, kfc, itu adalah antara makanan yang buat tekak jadi kembang semangkuk. Nasi kandar dan nasi lemak boleh buat sakit perut sebab sambal dan kari yang tak sesuai dengan citarasa perut.

5. Banyakkan minum air masak. Sejak dah besar (ehem, dah besar), I don't really favor sweet drink. Bukan tak minum langsung, minum juga tapi sekali sehari. Minumlah banyak air masak. Bukan kah kita sepatutnya minum 2 liter air masak sehari? Amalkan. Bagus untuk digestion. I also practice minum air masak selepas minum air manis. Korang tak rasa kembang tekak ke minum air manis?

6. Cuba cari makanan berkhasiat! Yang ini kita susah nak buat. Cuba jangan makan fast food sangat. Makan McD, KFC setiap hari, berkhasiat ke? Burger McD set dengan fries dah berapa banyak kalori di situ? Tapi nandos or kenny rogers boleh diguna pakai. Kenapa? Ayam dia dibakar. Banyak free radical? Tak apa, pilih side dishes sayur. Boleh neutralkan balik. Sebab itu sate orang jual dengan timun dan nasi impit. Got the point there?

7. Jangan makan banyak snek. Snek kita boleh pilih ingredient dia sebenarnya. Baca belakang label. Ada tulis fat calori semua. Chocolate tak menggemukkan! White chocolate yes! Ais krim Baskin Robbins tak menggemukkan! Fact is, ais krim baskin guna susu, bukan air dan minyak macam ais krim lain. Fat pun sikit. Unless vanilla based. Kalau awak makan vanilla memang boleh gemuk. Sebab ada 14% fat dalam aiskrim dia.

8. Last! Genetic! Kalau dah namanya genetik saya kurus-kurus, what-to-do? Terima lah hakikat. And don't ask me to buy your product! I love being me! 

Boleh terima tak reason saya? Jangan tanya dah. Letih nak jawab, cuma mampu senyum je. Karang ada juga saya cakap, "nanti aku ambil straw coolblog sedut lemak ko" korang juga yang terasa.

Thursday, July 04, 2013

Travel: Terengganu

Manusia memang tak tahu erti syukur. Astaghfirullahalazim.

Hye there. Me again. Sekarang dah outstation dekat Terengganu pula. Surprisingly, hari itu pulang cuma 4 hari. Terus shoot outstation. Can't wait to be back home again. How I miss home so much. But Terengganu more or less is my home after all. This is where I was born though. This is where my hometown is.

Basically, all my mother's siblings is here, so, it won't be any problem if I am homesick. :)

Ah, Habis semua adik-beradik saya lawati. Makan freeeeee. Kerja site sini sedikit bosan. Kerja mudah, kelas tak banyak, almost semua kerja dah disiapkan, masalah pun tak banyak. Manusia memang tak tahu bersyukur. Tak baik Dart. Astaghfirullahalazim. Alhamdulillah Tuhan, untuk kesenangan hari ini. :)

Friday, June 14, 2013

Travel: Home. Again.

Home again.

Assalamualaikum. Saya sudah pulang tapi cuma untuk 4 hari, kemudian travel ke Johor dan Terengganu. So far kerja dekat Perlis okay. Admin saya sejak akhir-akhir ini semakin bagus. Kerja siap. Mana tak nya, habis air liur membebel dekat dia. Alhamdulillah.

Hari itu dapat whatsapp dari umi kononnya nak pergi Krabi. Lewat petang umi cakap, tak jadi pergi Krabi sebab passport umi ada dalam bank. Punah ranah harapan.Tak apa lah. Tak ada rezeki. Planning bertukar ke Langkawi. Pergi Langkawi lagi kecewa. Tanah besar panas terik, tapi Langkawi hujan. 70% hari habis dalam bilik je. Apakah? Tak syok langsung. Tak apa, tunggu ada duit sikit, nak beli camera go pro. baru boleh pergi snorkeling. :)

 

Isnin dah nak gerak pergi Johor untuk registration. Sampai Rabu, Khamis dah kena pergi Terengganu. Hidup macam Nomad.

Friday, May 10, 2013

Travel: Perlis, again.

Hello earthlings. Dah masuk seminggu saya dekat site. Outstation ke Perlis lagi. Lagi nampaknya. Setakat ini semua benda macam turns out to be sedikit kelam kabut. Sedikit kelam kabut ye. Almaklumlah, first and second day. What do you expect though. Normal.

Outstation setakat ini makan duit banyak. Almaklumlah, kau kerja dengan 2 orang staf lelaki. Makan wajib 3x sehari. Tak cukup, susah hidup kau. Haaaaa. Nanti cerita lagi tentang sini. Mengantuk lah tunggu jam 3 petang! Nak update profile untuk exam student nie.





*pejam mata*
zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Monday, April 29, 2013

Neeruza Ozawa

Lagu ini macam dadah pada aku. Kenapa? Sebab tak bosan dengar ulang, ulang, ulang, ulang setiap kali aku rasa seperti sedang hancur. Lagu ini macam hantu. Sebab bila dengar, aku rasa jantung aku macam berhenti dan jatuh berderai. Dan sakit. Tapi sakit yang sempurna. Yang boleh buat rasa macam nak kutip balik deraian jantung yang dah bersepah. Seperti dalam bait-bait lagunya;

Cukuplah sekadar satu~
Senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku

Listen.

Modread - Neeruza Ozawa


Saturday, April 27, 2013

Little Things: Alice

Nampak sangat Jumaat bukan hari yang rajin nak update. Almaklumla, bengang banyak kerja dekat office. Selasa minggu depan kena outstation sampai bulan Jun. Sudah tentu lah kerja bertimbun ditambah pula kau dah dapat teammate yang tak reti nak bertanya. Yang mulut berat ibarat ada sejongkong emas dalam mulut. Tapi tangan ligat melayari laman-laman sosial dan Youtube. Ah kau. Orang tengah sibuk, kau boleh bersenang lenang. Tak apa. Nasib baik kau dapat teammate yang garang tapi baik macam aku, tolong siapkan separuh kerja kau.

Alice. Ah. Hari itu nak cerita pasal Alice kan? So, here is Alice. My new born baby. Seriously, I really want to adopt it as soon as I saw it on the net. She's so brilliant. Why do I say that actually? Because I made her jammed for about a few times but she's still working fine. And I don't have to restart her. That's the main part actually. Why? Sebab saya jenis orangnya menjahanamkan teknologi (that's what people said). Well actually, I'm just trying to make full used of whatever it can do. I mean, kalau awak beli sesuatu device, tapi awak cuma guna basic use. Ibarat membeli smartphone, tapi guna untuk call dan mesej. Habis kuat, main facebook. Well hello, kalau nak call dengan mesej, 3310 pun boleh what. Beli smartphone kenapa? Sebab semua orang guna smartphone sekarang? Duh -.-"

Ouh Alice. I love you.



I don't know what exactly to write here to describe how perfect she is because I'm a person that wasn't that good to explain on things.
For more info about Blackberry Z10; visit here. :)

Tuesday, April 23, 2013

Little Things: Menarik

Kenapa aku rasa blog aku ni macam tak menarik? Sebab aku dah malas nak menaip ke? Or sebab aku memang dah tak punya cerita-cerita menarik? Tak apa. Aku cuba at least merajinkan diri buka laptop untuk menaip at least satu dua cerita sebulan. Ok ke tak? Huhu.

Lupa. Aku baru dapat bayi baru. Alice nama diberi. Yep. Aku namakan dia sempena gadis yang ranap hari tu. Sebab dia cantik dan sexy. Haha.

Nanti sahaja aku upload gambar Alice. Mungkin siapa-siapa follow twitter aku boleh agak siapa Alice. Tunggu sahaja. Esok outstation. UUM, Sintok. Lusa UTM Skudai sampai Khamis. Doakan kerajinan aku update tentang Alice hari Jumaat nanti. Haha!

Sunday, April 14, 2013

Little Stories: Heart broken

Salam.

As I grew older many things that came up to my mind. How life has so much more the unexpected things than what we expected. There's so much things happen lately.

I've been trying to wrote about this topic for a long time. Seriously. Not that I felt heartbroken though. It's just a topic. Let me start with a girl. Basically things like this is such a big problem to a girl. Let me do that again, BIG problem. As we all knew that boys doesn't care too much about heart. Ouh well, at least they don't cry for the rest of the week after their heart being broke. At least they're trying to find distraction. But girls, no matter how much distraction they would find, once they've done with it, it's always about the boy they would think of.

Come to think about this, every girl (I'm pretty sure about this) in this world, if she loves a boy, she would find so many excuses blaming herself if a boy dump her or cheated on her or starting to ignore her, etc. Ouh well, girls. If the heart isn't tired, she wouldn't stop trying. Believe me. I knew.

Forget about the girl. Let's talk about people around her. On second thought, if the girl is heartbroken, at this moment, people around her would say anything just to cheer her up, just to make her laugh, just to distract her. But, careful with your words, dude! By saying things like "Chill babe, you'd always used to be heartbroken, he's nothing compares to what you've been through". Please dude. It won't help. I think that is so rude you know. No matter how many boys she's been through the feeling doesn't always been the same. Or maybe she's barely forgot how does it feels to be heartbroken or ever thought of how she felt heartbroken.

Let's start from scratch. A girl named Alice, falls in love with Jacob, they've been together, suddenly Jacob dumped her. Alice is heart broken. After she's been through with broken hearted, she found Alex. Alex made her in love again. He made her forget how she used to feel when she's with Jacob back then. One fine day, Alex cheated her with other girl. Again, her heart has been broken. So she calls her friend, telling them how upset she feels. How broken she'd be. End up her friends told her, "You've been heart broken before, why are you so sad?"

Get what I meant? How does she feels when she doesn't has a strength to build up her soul and you said things to her? What if this happens to you? Will you laugh? Alice, the girl who had totally forget how does it feels when she's with Jacob, turns up to be heart broken by Alex and yet, her friends that suppose to support her said those craps to her? What happen to this world? Like seriously? Why do we had to be so cruel to each other?

This girl, she falls into pieces. All she could see is her heart is falling onto the ground break into pieces when things happen. When she turns to her friends to help her gaining back her strength to pick up all the pieces, all she could see that they crush her heart with their feet.

Please. I bet you wouldn't want to feels the same if the situation goes back to you.

Help her.

To those who feels like Alice;
This is for you.

In hoping you always have a strength to pick up the pieces.

Friday, March 01, 2013

Little Things: Hormones

Saya ada masalah.
Bila usia semankin meningkat, masalah hormon agak merunsingkan.

Penat. Secara jujurnya, saya penat.
Keluar masuk klinik. Hadap muka doktor lagi.
Setiap kali pergi, doktor akan cakap
"kita tunggu lagi 3 bulan, jika berterusan macam ini, baru kita boleh diagnosis kamu ada penyakit apa"
In the mean time, kena kurangkan stress, minum air banyak, rehat yang cukup.

Cukup 3 bulan, everything were back to normal.
Tiba-tiba something happen, and everything were back like it used to be.
Apa ingat seronok ke period sebulan dua kali?
Darah banyak hilang kot.
Adik kandung pun dah letih nak layan kakak dia yang seorang ini.
Serba tak kena.

Tak larat dah stress macam ini.


Monday, January 28, 2013

Little Things: 2013 Hello!

Happy New Year All!

It's a brand new year, and I've been busy for almost a month now. I will be busy till next month.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan ku."

Hope you guys have a wonderful year ahead. :)