Monday, August 26, 2013

Little Stories: Makan ketupat sambil mengumpat

Hidup.

Dalam dunia ini bukan cuma kita sahaja yang hidup sebagai manusia. Ada berjuta-juta manusia. Setiap hari kita akan jumpa orang yang berlainan di sekeliling kita.

Kita berkawan bukan cuma seorang. Kita masuk sekolah rendah, kita jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Kita besar sikit masuk sekolah menengah, kita jumpa kawan yang lain. Ada yang datang, ada yang pergi. Sepanjang kita hidup, kita akan kenal dengan ramai orang. Tak bermakna kawan kita si A, cuma kenal kawan kita si B. Mungkin si A kenal dengan si C, tapi si B tidak.

Paham?

Jangan cepat melenting. Jangan jadi bodoh. Saya punya banyak lagi benda nak dibincangkan dengan kawan saya daripada mengumpat awak. Bazir masa bazir air liur tahu mengumpat orang? Bazir pahala dapat dosa ada lah. Belajar jadi matang. Jangan perasan genius kalau sebenarnya minda masih tak nak fikir di luar kotak.

Daripada saya berborak mengumpat tentang awak, baik saya berborak mengumpat tentang business yang saya nak buat. Lagi boleh tambah ilmu. Jangan perasan cuma ada awak dalam hidup saya dan kawan saya. 

Hakikatnya

----------

Awak dah tak wujud pun sebenarnya. 

Oh ya.

Hidup dia.
Dia pilih untuk kekal kawan dengan saya. Bukan awak yang buat keputusan untuk dia. Sekurang-kurangnya hidup dia tak penuh dengan dendam dan benci macam awak.

Kasihan---

Little Things: Seminggu

Cuti cuma tinggal lagi seminggu. Kemudian masuk kerja balik dan outstation, outstation dan outstation. Bermakna, post selepas ini akan di tag sebagai travel.

Bosan lah kamu semua baca post saya selepas ini. Haha. 

Monday, August 19, 2013

Check-list

Saya dah start kena buat check-list ni. Banyak sangat benda nak dibeli. Kena start kira budget. Nafsu kena tolak tepi dulu. Priority kena no 1. Adik-adik ni kerja nak paw kakak dia yang sorang ni je. Caca marba dah duit. Saving entah ke mana, nafsu entah ke mana. Pandai kamu semua eh. Nasib baik lah dapat kakak yang kerja nak manjakan korang je. Dalam duk bebel-bebel tu, beli tetap beli. Aduh.


Malas nya nak buat senarai!
Ya Allah!

Wednesday, August 14, 2013

Little Stories: Form Berapa?

Situasi: Reunion Alumni University of Arizona

Watak: 
Kawan-kawan Umi dan Baba
Umi
Saya

Lokasi: Kenduri kahwin abang Zubair (son of Pak cik Zul and Mak cik Katrul)

Kawan 1: Anak you berapa orang?
Umi: Lima. Tapi yang mengikut tiga sahaja. 
Kawan 2: Lagi dua?
Umi: Seorang belajar dekat Jordan memang tak balik. Seorang lagi tak nak ikut.
Kawan 1: Ini anak no berapa? (Point out pada boy)
Umi: Yang ini no dua (point out to me). Yang ini no empat (point out to boy). Yang ini bongsu (point out to adik)
Kawan 1: Yang no empat ni belajar dekat mana sekarang?
Umi: Belajar di kolej dekat Melaka.

---------
Selepas beberapa ketika

Kawan 1: Awak form berapa sekarang?
Saya: *big grin* Saya dah kerja lah

---------
Dia tak ingat ke tadi dah cakap?

Pending.

Little Stories: Bunuh dan Harta

Terasa seperti mahu membunuh orang.

Bodoh.

Aku bukan lah kaya. Yang berharta itu ayah aku. Aku menumpang kesenangan hidup dia dan cuba perlahan-lahan belajar berdikari. Tak perlu ingatkan aku yang aku hidup atas ihsan ayah aku. Aku sedar. At least aku x hidup meminta ratusan ringgit untuk perbelanjaan harian sedangkan mengikut islam seorang anak gadis adalah tanggungan ayahnya sehingga dia berkahwin. Dan menjadi tanggungjawab ayahnya mengahwinkan anak nya.

Ah melayu. Sempit.

Dan manusia bodoh macam kau yang suka mengambil kesempatan. Aku harap kau mati!

Go pro hero 3 black edition, tunggu.
Lambat sikit. Tengah sesak.

Saturday, August 10, 2013

Little Things: Selamat Hari Raya

Hye. 

Selamat hari raya.
Mungkin ada yang termakan hati, terasa di mana-mana, maaf dihulurkan.

Maaf zahir dan batin semuanya. :)

Saturday, August 03, 2013

Little Things: We Can't Stop

Remember only God can judge ya
Forget the haters cause somebody love ya
-Miley Cyrus

You know, kita tak boleh buat semua orang suka dekat kita. Even kita sendiri takkan suka semua orang. Just be you. For every haters who hates you, there'll be somebody who loves you for what you are. Most important, love yourself. :)