Thursday, September 19, 2013

Travel: Toronto ke Tronoh?

Salam readers.


As usual, saya memang gemar tenggelam timbul macam ini. Bukan apa, hidup di negeri orang ini susah sikit nak online. Hotel pun bukannya ada wifi. Hotel baru belum lengkap serba serbi. Harus terima dengan hati terbuka sebab benda free. Wajib bersyukur, at least duduk hotel yang ditanggung.


Bercakap tentang bersyukur dan benda free, ada beberapa perkara yang saya tak gemar dengan perangai sesetengah orang Melayu. Dulu saya ada kawan, dia selalu pesan, "tolong jangan jadi Melayu sangat boleh tak?" Mula-mula memang saya marah. Almaklumlah, dah lah kutuk Melayu, bahan pula UiTM itu adalah untuk orang Melayu yang manja katanya. I was like "eh budak ni, bajet kau omputih ke?" 


Tapi---


Bila dah kerja baru saya faham, apa maksud dia jangan jadi Melayu sangat. Kita semua tak sempurna, ya, itu betul. Tapi takkan atas semua kesalahan kita, kita nak salahkan yang kita memang tak sempurna? Saya bangga jadi Melayu, banyak kelebihan. Tapi saya tak bangga jadi Melayu yang terlalu Melayu secara general-nya. 

Macam mana hendak mula--

Biar saya terangkan--

Orang Melayu manja. Semua di beri kelebihan. Itu dah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hak-hak istimewa orang Melayu. Tapi seramai mana orang Melayu itu tahu bersyukur? Dapat masuk belajar tempat murah, buat Ijazah Kedoktoran cuma dengan bayaran RM500 satu semester. Tak perlu bayar hostel. Elaun makan juga diberi. Mohon lagi PTPTN. Semua dapat. Sejauh mana kamu bersyukur? Belajar entah ke mana, duit entah ke mana.

Bila dah kerja, lagi jelas perangai student Melayu. Roughly, kerja saya merangkumi Kementerian Pelajaran, budget, student, training, class, etc. Training akan dibuat di IPTA dan Politeknik. Kelas diberi oleh pihak universiti/poli. Bajet diberi oleh kementerian. Training lebih kurang RM5K - RM8K seorang, setakat nak bayar accomodation sendiri yang cuma RM200 pun nak berkira? 

Sepanjang saya bekerja 10 bulan, setiap kali saya call student untuk confirmation, student Cina akan minta buffer time sementara mereka nak uruskan accomodation tapi Melayu? Ayat pertama akan keluar, 
  
"accomodation di sediakan tak?"
"elaun dapat tak?"
"makan minum tak sediakan ke?"

Ya Allah. Nampak tak perangai Melayu macam mana? Habis kuat pun, nanti lah saya fikirkan. End up esok nya;

"tak jadi lah cik, tak dapat accomodation."
"tak jadi lah cik, tak dapat elaun"

Amboi. Budak-budak tempat kaya memang sebegini ya perangai nya?

No comments:

Post a Comment