Tuesday, December 30, 2014

Little things: Rumit

Ramai pula orang sibuk tanya bila nak kahwin?

Meh nak tanya balik--
Tak ada yang nak berkenalan untuk masuk meminang ke?

Kecoh betul--

Monday, December 15, 2014

Suri rumah dan kerja

Dulu saya pernah berangan nak jadi suri rumah konon nya bila sudah berkahwin.

Mungkin niat itu perlu dibatalkan. Sebab even cuti sehari pun tak senang duduk di rumah.

Haih--

Monday, December 01, 2014

Little things: Gloomy Monday

Zaman sekarang, apakah perkara yang di ambil berat dalam pekerjaan--
1. Kaki kipas
2. Kerja keras

Bincangkan.

Saturday, November 29, 2014

Little stories: That stranger

Entah kali ke berapa mimpi kahwin dengan orang tak dikenali dan pabila tersedar, terus lupa orang tu rupa macam mana. 

Hurm--

Thursday, November 27, 2014

Androphobia

This might sounds stupid, but I think I have a phobia--

To men.

Kebelakangan ini saya sering kali diajukan dengan soalan, "bila nak kahwin?" Rasa macam nak jawab dengan soalan, "bila awak nak mati?"

Anyway, phobia. To be honest, I am a little bit scared, thinking on what happens to me after getting married. Contoh nya--

Am I going to be happy or not?
Is he the right man?
Will he showers me with love?
Will he stays till the end?

Saya selalu jumpa lelaki yang salah. Mereka rasa mereka lelaki, mereka gah di mata orang. Tapi, title lelaki bukanlah tiket sebenarnya untuk menjatuhkan perempuan.

Macam mana kalau dia pukul saya lepas kahwin kalau saya buat salah?
Kalau dia maki hamun setiap kali masakan tak sedap?
Kalau dia cari wanita lain setiap kali saya sibuk?

Kadang-kadang saya terfikir, umi dengan baba ni begitu yakin ke nak lepaskan saya pada lelaki yang tak dikenali? Ibu bapa yang baik tak semestinya ada anak yang baik.

Ada je ibu bapa yang baik tapi anak penagih dadah.
Ada juga ibu bapa yang baik tapi anak kaki perempuan.
Ada juga ibu bapa yang baik tapi anak suka pukul perempuan.

Saya pernah dipukul, dihina, dicaci, dimaki, dikutuk. Lebih memilukan depan orang ramai. Atas alasan, saya takkan jumpa lagi orang itu di masa akan datang. Tambahan lagi, bukan dengan lelaki yang sama. Malah lelaki yang berlainan.

Jadi, percaya kah umi dengan baba untuk menyerahkan saya kepada seseorang yang tak pasti akan dapat membahagiakan saya?

Sunday, November 23, 2014

Little things: isu berbangkit

Pada saya, orang yang mengungkit perkara lepas adalah orang kurang cerdik. 

Diingatkan bahawa content di dalam blog ini adalah luahan hati dari tahun-tahun lepas. Kerana itu lah blog ini diberi nama katahatidarty. Kalau tarikhnya adalah tahun 2011, tak perlu nak jadikan isu berbangkit hari ini kerana itu cuma akan menampakkan anda bodoh sebab mengungkit perkara lalu.

This is me now. I am now is better than before. Please take note.

Friday, November 14, 2014

Bekal


Kecoh di media sosial tentang menteri ini yang katanya tidak berfikir panjang dan suka mengeluarkan penyataan yang sering kali tidak masuk akal seperti "jangan makan ayam jika harga ayam mahal". Jadi bila dia keluarkan statement; "jom bawa bekal", rakan sekerja di pejabat saya mula perli saya. 

Ya.
Sudah berbulan lamanya saya bawa bekal ke pejabat. Malah, hampir setiap hari saya tidak keluarkan belanja untuk makan. 

Dan ya.
Sebenarnya saya jimat banyak dengan membawa bekal. Bukan senang nak cari tempat makan yang murah di bandar metropolitan ini. Paling murah saya tahu adalah Mc Donald. Seriously, tak mungkin kita mahu makan Mc Donald sebab ia adalah makanan segera dan tidak sihat.

Untuk satu happy meal (kebiasaannya saya beli happy meal) chicken burger dengan fruit cup, selepas tax, harga nya lebih kurang RM6.30. Kalau 21 hari waktu bekerja untuk sebulan?

RM6.30 x 21 hari = RM132.30

Ini cuma untuk satu meal. Tak mungkin anda mahu makan Mc Donald sahaja setiap hari kan? Ada hari mahu sushi, kadang-kadang nasi, kadang-kadang mengidam KFC. Daripada sebulan kita boleh jimat RM132.30, dapat jimat lebih lagi jika kita membawa bekal.

After all, kalau masak sendiri kan lebih sihat. Maka, pilihan di tangan anda. Nak dengan tak nak sahaja. Mengomel panjang pun tak guna.

Friday, September 12, 2014

Little stories: Hero

In The Name Of Allah, The Most Gracious The Most Merciful.

Dulu masa waktu sekolah, saya masih ingat lagi saya pernah dapat tugasan untuk membuat portfolio "Idola Saya" . Masa tu semua orang sibuk pilih Tun Dr Mahathir Mohamad, Tuanku Abdul Rahman, dan beberapa lagi pemimpin negara yang menjadi pilihan. Mungkin mereka pilih pemimpin negara sebab senang nak Google agak nya.

Tetapi--

Saya tidak memilih pemimpin-pemimpin dan mana-mana ikon sebagai idola saya, saya memilih baba saya sebagai idola saya. Masa tu saya gigih cari article yang ada kaitan dengan baba saya. Semua pencapaian dia semasa belajar, dan sebagainya. Semua semata nak menjadiakan baba sebagai idola saya dalam projek kerja kursus.

Dulu masa sekolah saya suka cakap baba saya kerja driver. Driver bas. Saya suka menipu tentang pekerjaan dia sebab saya tak suka bila orang tanya saya kenapa dia selalu tiada. Kalau ambil kad kemajuan, selalu nya cuma umi sahaja yang datang sekolah. Kalau hantar kami ke sekolah pun jarang dia ada. Hari penyampaian hadiah apatah lagi. Kalau dia cuti baru dia berusaha untuk datang.

Baba saya jarang ada di rumah. Raya kami selalunya cuma dengan umi, raya ke-2 kadang-kadang baru dia pulang. Kami balik kampung dulu sebelum dia. Ada lah sekali-sekala dia dapat beraya pertama bersama kami. Selalu hari jadi kami pun jarang ada baba. Waktu kerja baba tak menentu. Kadang-kadang bila waktu kerja tengah malam, kami bangun pagi esok dia dah tak ada di rumah.

Dulu masa kecil-kecil kalau baba pergi kerja, kami akan tarik toto tidur beramai-ramai dalam bilik umi. Kononnya nak teman umi, kesian pada umi. Tapi sebenarnya kami nak tidur dalam aircond. Biasalah, budak-budak memang mengada. Bilik kami tak ada aircond. Haha.

Saya ingat lagi, masa tu sehari sebelum birthday saya. Saya tak sengaja accident kereta umi. Saya accident pagi, tengah hari baba dah call. Masa tu dia outstation. Gigih dia call jauh-jauh. Bukan main marah lagi. Zaman tu tak ada whatsapp. Jadi kena hantar gambar bumper kereta dekat e-mail dia. Bila dia balik rumah, dia pegang perfume bawa ke hulu-hilir cari ribbon, lepas tu letak depan saya dan cakap--


"Nah hadiah untuk accident kan kerta umi"--

Saya gelak. Baba susah nak marah, dia suka cakap lembut-lembut. Dia marah pun lembut-lembut. I was never a good child to him. Dari kecil macam-macam masalah saya buat. Tapi baba always forgive me. Now as I'm busy growing up, I watched him getting old. Dia cuba untuk mencari rezeki lagi untuk kesenangan keluarga kami.

Semasa nahas MH370, baba berada di rumah. Baba begitu risau dan serabut. Manakan tidak, MAS ibarat keluarga setelah 25 tahun perkhidmatannya dalam industri penerbangan. Setiap hari baba akan pergi ke Search and Rescue Centre yang beroperasi di Subang Skypark. Setiap hari kami menanti setiap update yang ditayangkan di kaca televisyen. Kadang-kadang baba sampai tak larat nak menjawab soalan kami kerana apa yang dia tahu adalah sama dengan apa yang ditayangkan di kaca televisyen. Sehinggalah pada ketika Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan--

“..Flight MH370 has ended”

Baba speechless. We all did.

Tiba-tiba Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian MH17. Saya berada di Melaka. Kelam kabut saya menelefon baba. Engaged. I was panicked. Jantung saya stop. Saya call umi.

“Umi, baba dekat mana?”

“Baba dekat rumah, kenapa?”

“Tak, tengok tv cakap MH17”

“Itu lah, baba cakap dah tadi”


Tengah hari jumaat, 18 Julai 2014, baba whatsapp kami, baba has to go to Kiev and then straight to Amsterdam untuk menghantar Smart team, speacialist, Imam-imam ke Ukraine. Baba tak kisah. He was okay as long as he could do anything he could to help.
Lama kami menanti jawapan dari baba. Semalaman. Tiba-tiba baba facetime umi. Baba nampak tak bermaya. He’s been fasting for 22 hour. Baba begitu commited dalam kerja dan agama.

Sumber ihsan: Google

Bagaimana mungkin begitu ramai orang boleh menunding jari tanpa membantu dalam kejadian ini. Jika kita tak boleh bantu apa-apa, lebih baik kita jangan cakap apa-apa. Stop pointing fingers to the pilots. MAS bukan semata sebuah syarikat penerbangan, MAS adalah sebuah keluarga, and I think all the airlines are include in 1 big family.

Baba, he’s my hero, he’s my king, always have, always be.


Happy 49th birthday my hero.

I always love you, always did, always have.
Angah.
Bukit Jelutong. 27 August 2014.

Saturday, July 26, 2014

Jodoh

Adik lelaki saya tanya, 

"Umi, I didn't grew up so well, in your opinion, when was the right time for me to get marry?"

"Jodoh ni macam rezeki. Benda ni macam rahsia Allah, bila sampai masanya jodoh awak, sampai lah tu."

Lega. 

So korang, siap sedialah jawapan untuk soalan bocor "bila nak kahwin?" tu.

Monday, July 21, 2014

Bonus Raya dan Tidak Bersyukur

Awal bulan hari tu kecoh dekat facebook yang semua pekerja kerajaan nak dapat bonus hari raya RM500. Lepas tu keluar lah pula yang kerajaan negeri Selangor dapat bonus sebulan gaji. Lepas tu orang Melaka pun post pasal bonus, orang Penang pun tidak ketinggalan nak post juga pasal bonus. Semua orang post bonus, bonus, bonus.

Ada tak pernah terfikir, macam mana dengan orang yang tak dapat bonus raya? Semua macam show off,

"Ouh bonus aku lagi banyak daripada orang lain."

Apa ni?

But, sekarang banyak company bagi duit raya pada staff berdasarkan KPI. Kalau dah berdasarkan KPI, dah tentu lah tak berapa nak banyak nak banding dengan tahun-tahun lepas yang dapat sehingga mencecah 10 bulan gaji. Oleh kerana duit raya tahun ini tak berapa nak banyak, mereka mula mengomel macam ini pula--

"Duit raya tahun nie sikit je"--

"Aku dapat dalam 5 bulan gaji sahaja"--

"Multiplier sikit je tahun ni"

Bersyukur lah. Saya yang dua tahun temporary ni, sakit hati dengar. Saya tak dapat bonus macam orang lain. Sekurang-kurang nya dapat lima bulan gaji, takkan masih tak cukup? Bagaimana dengan orang yang tidak dapat apa-apa? Kalau nak cakap awak nak guna duit itu untuk kahwin, dah plan nak beli rumah, nak beli kereta, habis saya tak ada planning masa depan? Tak semua kita nak kita dapat, Tuhan selalu bagi apa yang kita perlu. Rezeki kita tuhan dah tetap kan di mana-mana, banyak mana, macam mana. Kenapa nak mengomel dan bising?

Syukur lah--
Itu pun susah ke nak buat?

Tuesday, July 15, 2014

Number kena barred?

Perkara yang paling menyakitkan hati adalah kau buat report kepada celcom, dan mereka tidak boleh membuat apa-apa tindakan, dan akhirnya number kau kena barred sebab dah lebih limit tanpa kau sedari.

Aku menghadapi kemurungan hari ini.

Sekian.

Sunday, June 29, 2014

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa readers. 
Eh. Masih wujud lagi kah readers blog-blog?

Anyways, selamat menyambut Ramadhan!

Jom perbanyakkan amalan bulan puasa ni. 

Monday, June 23, 2014

100 days and still counting

107 days ago, have you ever wonder that--
 "Is it safe to fly by an airplane?"


Too many speculations, too many theory.


World Cup dah mula, jangan lah dilupa MH370 ni

Thursday, June 19, 2014

Saturday, May 24, 2014

Kurus dan seksi

Mana lagi baik? 
Gemuk dan menutup aurat--
Atau--
Kurus dan berpakaian seksi?

Sekarang kalau ada kawan-kawan cakap nak kurus, saya nak tanya balik, "untuk apa? Untuk seksi?"


Ah.


Friday, May 23, 2014

Little things: GoPro untuk selfie?

Ingat tak hari tu saya ada cakap nak beli GoPro?

Well--

Apperently, saya dah batalkan niat nak beli GoPro tu. Literally, batal kan niat. Sekarang rasa 70/30. 70% tak mahu beli, 30% nak beli.

Ouh why?

Sebab saya tengok orang lain beli sebab nak selfie, dan saya rasa itu dah mencabul kebolehupayaan kamera itu sendiri.

Please-- 

That camera, could do waaaayyyyy more than that. 

Tuesday, May 20, 2014

Travel: Home

Sekarang tak boleh mengadu tulis perkara pelik-pelik dalam blog. Banyak mata-mata yang membaca. Bak kata colleague saya lah kan, "be professional, Dart"

Sudah seminggu lebih balik dari site. Kali ini tak pergi bersendirian. Pergi satu team. Tak adalah lonely pun, sebab satu team 5 orang. Haha.

Eh. Dah lah, bye!

Wednesday, May 07, 2014

Congratulations Cousin!

Dear cousin,

Congratulations on your wedding.

I hope that you will

Be a good man to your wife--
As she had left everything just to be with you.
Be a good daddy to your children--
As their future is based on your guidance.
Be a good leader to your family--
As they all is depending on you.

I wish you all the best.






Little stories: Gemuk

Awak dah lama meninggalkan zaman persekolahan, suatu hari awak terjumpa seorang kawan sekolah yang dah bertahun-tahun awak tak jumpa. Awak pun excited lah ingat dia nak tanya khabar ke, nak belanja makan ke, tetapi soalan pertama yang keluar dari mulut puaka dia--

"Eh, apesal ko dah gemok ni?"

Masa tu awak rasa macam nak pergi beli cermin dan bagi kawan awak tengok sebab badan dia lagi besar dari awak.








P/S: Cermin diri sikit boleh?

Thursday, April 24, 2014

Aib

Bayangkan--

Amy (bukan nama sebenar) memuat naik gambar berpelukan dan bercium mulut dengan Ali (bukan nama sebenar) di facebook. Selepas sehari gambar yang di muat naik telah tersebar disetiap blog-blog dan forum-forum cari. Kemudian Amy muat naik status berbaur kemarahan tentang maruah nya yang telah tercalar.

Persoalannya--

Siapa yang bersalah?

Travel: Mimpi

Travel ke suatu tempat tanpa ruang laluan kepada internet adalah sangat menjengkelkan.

Semalam mimpi aneh,

Selamat malam dunia--
Semoga malam ini mimpi yang indah.

Friday, April 04, 2014

Little stories: Kaya kah?

Perangai online shopping ni ada musim-musim dia juga agaknya. Musim bila rasa macam kaya. *poyo*

Ya Allah--
Susah gila nak tahan nafsu online shopping. Kenapa semua orang jual jam-jam, handbags, kain cotton murah-murah nak dekat puasa ni ha? 

Argh!
*campak bantal dalam bilik*

Sunday, March 30, 2014

Little things: Update

Boleh tahan lama juga aku tak post apa-apa cerita dekat sini. Masalah aku, bila ada cerita nak tulis, mesti cakap dalam hati "nanti lah on laptop", kesudahannya, memang tak ada apa-apa update lah kan. 

Sekarang dah install apps dah. Kalau malas juga lepas ni, tak tahu lah nak cakap macam mana. 

Bye!
*lambai tangan*

Wednesday, January 15, 2014

Travel: Sabah



Soalan:
How was your life lately?

Hectic--

Anyway, some things have been came up at the office you know. 
Things such as in a short notice, I have to go to Sabah. 
Also, things such as we have to move to the new office in Putrajaya (currently our office is in Cyberjaya).

So, let's talk about Sabah

Long story short: Sales department minta tolong buat installation ke institusi di Sabah and Sarawak, so kami di hantar in pair ke setiap institusi. Keadaan jadi agak hectic bila kami perlu pergi dalam masa 2-3 hari tetapi tiket habis, jadi perlu tunggu lebih kurang seminggu sehingga tiket ada. 

For the first time ever, kami naik Malindo Air. Hui. Punya lawa stewardess dia. Like seriously comel je semua. Petite bak kata orang urban. Cewah.



So, bila dah pergi Sabah, tak sah kalau tak makan seafood. Ouh yummy. This is effinly good! Please please please, siapa pergi Sabah, tolong lah pergi makan seafood dia. Dah lah sedap, berbaloi okay!


Juga, tidak dilupakan, pisang goreng cheese. Alarh. Senang je nak buat. Goreng pisang, letak susu pekat sikit, tabur cheese. Tapi kalau dah pergi, try je dulu, tak salah pun. Sedap tahu?


Ini dua benda wajib makan dekat sana lah ni. Untuk souvenir pula, jangan lupa beli mutiara dia. Sana memang famous mutiara-mutiara ni. Cuma kena pandai beza, manik dengan mutiara, kalau tak, sia-sia kena tipu nanti. :)