Monday, July 21, 2014

Bonus Raya dan Tidak Bersyukur

Awal bulan hari tu kecoh dekat facebook yang semua pekerja kerajaan nak dapat bonus hari raya RM500. Lepas tu keluar lah pula yang kerajaan negeri Selangor dapat bonus sebulan gaji. Lepas tu orang Melaka pun post pasal bonus, orang Penang pun tidak ketinggalan nak post juga pasal bonus. Semua orang post bonus, bonus, bonus.

Ada tak pernah terfikir, macam mana dengan orang yang tak dapat bonus raya? Semua macam show off,

"Ouh bonus aku lagi banyak daripada orang lain."

Apa ni?

But, sekarang banyak company bagi duit raya pada staff berdasarkan KPI. Kalau dah berdasarkan KPI, dah tentu lah tak berapa nak banyak nak banding dengan tahun-tahun lepas yang dapat sehingga mencecah 10 bulan gaji. Oleh kerana duit raya tahun ini tak berapa nak banyak, mereka mula mengomel macam ini pula--

"Duit raya tahun nie sikit je"--

"Aku dapat dalam 5 bulan gaji sahaja"--

"Multiplier sikit je tahun ni"

Bersyukur lah. Saya yang dua tahun temporary ni, sakit hati dengar. Saya tak dapat bonus macam orang lain. Sekurang-kurang nya dapat lima bulan gaji, takkan masih tak cukup? Bagaimana dengan orang yang tidak dapat apa-apa? Kalau nak cakap awak nak guna duit itu untuk kahwin, dah plan nak beli rumah, nak beli kereta, habis saya tak ada planning masa depan? Tak semua kita nak kita dapat, Tuhan selalu bagi apa yang kita perlu. Rezeki kita tuhan dah tetap kan di mana-mana, banyak mana, macam mana. Kenapa nak mengomel dan bising?

Syukur lah--
Itu pun susah ke nak buat?

4 comments: