Friday, September 12, 2014

Little stories: Hero

In The Name Of Allah, The Most Gracious The Most Merciful.

Dulu masa waktu sekolah, saya masih ingat lagi saya pernah dapat tugasan untuk membuat portfolio "Idola Saya" . Masa tu semua orang sibuk pilih Tun Dr Mahathir Mohamad, Tuanku Abdul Rahman, dan beberapa lagi pemimpin negara yang menjadi pilihan. Mungkin mereka pilih pemimpin negara sebab senang nak Google agak nya.

Tetapi--

Saya tidak memilih pemimpin-pemimpin dan mana-mana ikon sebagai idola saya, saya memilih baba saya sebagai idola saya. Masa tu saya gigih cari article yang ada kaitan dengan baba saya. Semua pencapaian dia semasa belajar, dan sebagainya. Semua semata nak menjadiakan baba sebagai idola saya dalam projek kerja kursus.

Dulu masa sekolah saya suka cakap baba saya kerja driver. Driver bas. Saya suka menipu tentang pekerjaan dia sebab saya tak suka bila orang tanya saya kenapa dia selalu tiada. Kalau ambil kad kemajuan, selalu nya cuma umi sahaja yang datang sekolah. Kalau hantar kami ke sekolah pun jarang dia ada. Hari penyampaian hadiah apatah lagi. Kalau dia cuti baru dia berusaha untuk datang.

Baba saya jarang ada di rumah. Raya kami selalunya cuma dengan umi, raya ke-2 kadang-kadang baru dia pulang. Kami balik kampung dulu sebelum dia. Ada lah sekali-sekala dia dapat beraya pertama bersama kami. Selalu hari jadi kami pun jarang ada baba. Waktu kerja baba tak menentu. Kadang-kadang bila waktu kerja tengah malam, kami bangun pagi esok dia dah tak ada di rumah.

Dulu masa kecil-kecil kalau baba pergi kerja, kami akan tarik toto tidur beramai-ramai dalam bilik umi. Kononnya nak teman umi, kesian pada umi. Tapi sebenarnya kami nak tidur dalam aircond. Biasalah, budak-budak memang mengada. Bilik kami tak ada aircond. Haha.

Saya ingat lagi, masa tu sehari sebelum birthday saya. Saya tak sengaja accident kereta umi. Saya accident pagi, tengah hari baba dah call. Masa tu dia outstation. Gigih dia call jauh-jauh. Bukan main marah lagi. Zaman tu tak ada whatsapp. Jadi kena hantar gambar bumper kereta dekat e-mail dia. Bila dia balik rumah, dia pegang perfume bawa ke hulu-hilir cari ribbon, lepas tu letak depan saya dan cakap--


"Nah hadiah untuk accident kan kerta umi"--

Saya gelak. Baba susah nak marah, dia suka cakap lembut-lembut. Dia marah pun lembut-lembut. I was never a good child to him. Dari kecil macam-macam masalah saya buat. Tapi baba always forgive me. Now as I'm busy growing up, I watched him getting old. Dia cuba untuk mencari rezeki lagi untuk kesenangan keluarga kami.

Semasa nahas MH370, baba berada di rumah. Baba begitu risau dan serabut. Manakan tidak, MAS ibarat keluarga setelah 25 tahun perkhidmatannya dalam industri penerbangan. Setiap hari baba akan pergi ke Search and Rescue Centre yang beroperasi di Subang Skypark. Setiap hari kami menanti setiap update yang ditayangkan di kaca televisyen. Kadang-kadang baba sampai tak larat nak menjawab soalan kami kerana apa yang dia tahu adalah sama dengan apa yang ditayangkan di kaca televisyen. Sehinggalah pada ketika Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan--

“..Flight MH370 has ended”

Baba speechless. We all did.

Tiba-tiba Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian MH17. Saya berada di Melaka. Kelam kabut saya menelefon baba. Engaged. I was panicked. Jantung saya stop. Saya call umi.

“Umi, baba dekat mana?”

“Baba dekat rumah, kenapa?”

“Tak, tengok tv cakap MH17”

“Itu lah, baba cakap dah tadi”


Tengah hari jumaat, 18 Julai 2014, baba whatsapp kami, baba has to go to Kiev and then straight to Amsterdam untuk menghantar Smart team, speacialist, Imam-imam ke Ukraine. Baba tak kisah. He was okay as long as he could do anything he could to help.
Lama kami menanti jawapan dari baba. Semalaman. Tiba-tiba baba facetime umi. Baba nampak tak bermaya. He’s been fasting for 22 hour. Baba begitu commited dalam kerja dan agama.

Sumber ihsan: Google

Bagaimana mungkin begitu ramai orang boleh menunding jari tanpa membantu dalam kejadian ini. Jika kita tak boleh bantu apa-apa, lebih baik kita jangan cakap apa-apa. Stop pointing fingers to the pilots. MAS bukan semata sebuah syarikat penerbangan, MAS adalah sebuah keluarga, and I think all the airlines are include in 1 big family.

Baba, he’s my hero, he’s my king, always have, always be.


Happy 49th birthday my hero.

I always love you, always did, always have.
Angah.
Bukit Jelutong. 27 August 2014.