Saturday, November 29, 2014

Little stories: That stranger

Entah kali ke berapa mimpi kahwin dengan orang tak dikenali dan pabila tersedar, terus lupa orang tu rupa macam mana. 

Hurm--

Thursday, November 27, 2014

Androphobia

This might sounds stupid, but I think I have a phobia--

To men.

Kebelakangan ini saya sering kali diajukan dengan soalan, "bila nak kahwin?" Rasa macam nak jawab dengan soalan, "bila awak nak mati?"

Anyway, phobia. To be honest, I am a little bit scared, thinking on what happens to me after getting married. Contoh nya--

Am I going to be happy or not?
Is he the right man?
Will he showers me with love?
Will he stays till the end?

Saya selalu jumpa lelaki yang salah. Mereka rasa mereka lelaki, mereka gah di mata orang. Tapi, title lelaki bukanlah tiket sebenarnya untuk menjatuhkan perempuan.

Macam mana kalau dia pukul saya lepas kahwin kalau saya buat salah?
Kalau dia maki hamun setiap kali masakan tak sedap?
Kalau dia cari wanita lain setiap kali saya sibuk?

Kadang-kadang saya terfikir, umi dengan baba ni begitu yakin ke nak lepaskan saya pada lelaki yang tak dikenali? Ibu bapa yang baik tak semestinya ada anak yang baik.

Ada je ibu bapa yang baik tapi anak penagih dadah.
Ada juga ibu bapa yang baik tapi anak kaki perempuan.
Ada juga ibu bapa yang baik tapi anak suka pukul perempuan.

Saya pernah dipukul, dihina, dicaci, dimaki, dikutuk. Lebih memilukan depan orang ramai. Atas alasan, saya takkan jumpa lagi orang itu di masa akan datang. Tambahan lagi, bukan dengan lelaki yang sama. Malah lelaki yang berlainan.

Jadi, percaya kah umi dengan baba untuk menyerahkan saya kepada seseorang yang tak pasti akan dapat membahagiakan saya?

Sunday, November 23, 2014

Little things: isu berbangkit

Pada saya, orang yang mengungkit perkara lepas adalah orang kurang cerdik. 

Diingatkan bahawa content di dalam blog ini adalah luahan hati dari tahun-tahun lepas. Kerana itu lah blog ini diberi nama katahatidarty. Kalau tarikhnya adalah tahun 2011, tak perlu nak jadikan isu berbangkit hari ini kerana itu cuma akan menampakkan anda bodoh sebab mengungkit perkara lalu.

This is me now. I am now is better than before. Please take note.

Friday, November 14, 2014

Bekal


Kecoh di media sosial tentang menteri ini yang katanya tidak berfikir panjang dan suka mengeluarkan penyataan yang sering kali tidak masuk akal seperti "jangan makan ayam jika harga ayam mahal". Jadi bila dia keluarkan statement; "jom bawa bekal", rakan sekerja di pejabat saya mula perli saya. 

Ya.
Sudah berbulan lamanya saya bawa bekal ke pejabat. Malah, hampir setiap hari saya tidak keluarkan belanja untuk makan. 

Dan ya.
Sebenarnya saya jimat banyak dengan membawa bekal. Bukan senang nak cari tempat makan yang murah di bandar metropolitan ini. Paling murah saya tahu adalah Mc Donald. Seriously, tak mungkin kita mahu makan Mc Donald sebab ia adalah makanan segera dan tidak sihat.

Untuk satu happy meal (kebiasaannya saya beli happy meal) chicken burger dengan fruit cup, selepas tax, harga nya lebih kurang RM6.30. Kalau 21 hari waktu bekerja untuk sebulan?

RM6.30 x 21 hari = RM132.30

Ini cuma untuk satu meal. Tak mungkin anda mahu makan Mc Donald sahaja setiap hari kan? Ada hari mahu sushi, kadang-kadang nasi, kadang-kadang mengidam KFC. Daripada sebulan kita boleh jimat RM132.30, dapat jimat lebih lagi jika kita membawa bekal.

After all, kalau masak sendiri kan lebih sihat. Maka, pilihan di tangan anda. Nak dengan tak nak sahaja. Mengomel panjang pun tak guna.