Thursday, November 27, 2014

Androphobia

This might sounds stupid, but I think I have a phobia--

To men.

Kebelakangan ini saya sering kali diajukan dengan soalan, "bila nak kahwin?" Rasa macam nak jawab dengan soalan, "bila awak nak mati?"

Anyway, phobia. To be honest, I am a little bit scared, thinking on what happens to me after getting married. Contoh nya--

Am I going to be happy or not?
Is he the right man?
Will he showers me with love?
Will he stays till the end?

Saya selalu jumpa lelaki yang salah. Mereka rasa mereka lelaki, mereka gah di mata orang. Tapi, title lelaki bukanlah tiket sebenarnya untuk menjatuhkan perempuan.

Macam mana kalau dia pukul saya lepas kahwin kalau saya buat salah?
Kalau dia maki hamun setiap kali masakan tak sedap?
Kalau dia cari wanita lain setiap kali saya sibuk?

Kadang-kadang saya terfikir, umi dengan baba ni begitu yakin ke nak lepaskan saya pada lelaki yang tak dikenali? Ibu bapa yang baik tak semestinya ada anak yang baik.

Ada je ibu bapa yang baik tapi anak penagih dadah.
Ada juga ibu bapa yang baik tapi anak kaki perempuan.
Ada juga ibu bapa yang baik tapi anak suka pukul perempuan.

Saya pernah dipukul, dihina, dicaci, dimaki, dikutuk. Lebih memilukan depan orang ramai. Atas alasan, saya takkan jumpa lagi orang itu di masa akan datang. Tambahan lagi, bukan dengan lelaki yang sama. Malah lelaki yang berlainan.

Jadi, percaya kah umi dengan baba untuk menyerahkan saya kepada seseorang yang tak pasti akan dapat membahagiakan saya?

No comments:

Post a Comment