Friday, November 14, 2014

Bekal


Kecoh di media sosial tentang menteri ini yang katanya tidak berfikir panjang dan suka mengeluarkan penyataan yang sering kali tidak masuk akal seperti "jangan makan ayam jika harga ayam mahal". Jadi bila dia keluarkan statement; "jom bawa bekal", rakan sekerja di pejabat saya mula perli saya. 

Ya.
Sudah berbulan lamanya saya bawa bekal ke pejabat. Malah, hampir setiap hari saya tidak keluarkan belanja untuk makan. 

Dan ya.
Sebenarnya saya jimat banyak dengan membawa bekal. Bukan senang nak cari tempat makan yang murah di bandar metropolitan ini. Paling murah saya tahu adalah Mc Donald. Seriously, tak mungkin kita mahu makan Mc Donald sebab ia adalah makanan segera dan tidak sihat.

Untuk satu happy meal (kebiasaannya saya beli happy meal) chicken burger dengan fruit cup, selepas tax, harga nya lebih kurang RM6.30. Kalau 21 hari waktu bekerja untuk sebulan?

RM6.30 x 21 hari = RM132.30

Ini cuma untuk satu meal. Tak mungkin anda mahu makan Mc Donald sahaja setiap hari kan? Ada hari mahu sushi, kadang-kadang nasi, kadang-kadang mengidam KFC. Daripada sebulan kita boleh jimat RM132.30, dapat jimat lebih lagi jika kita membawa bekal.

After all, kalau masak sendiri kan lebih sihat. Maka, pilihan di tangan anda. Nak dengan tak nak sahaja. Mengomel panjang pun tak guna.

No comments:

Post a Comment