Wednesday, October 28, 2015

Perempuan itu

Perempuan yang kau sakiti itu--
Dibahagiakan bermati-matian oleh ayahnya.

Lalu dengan mudah kau memohon maaf dan berlagak seperti tiada apa-apa?

Wednesday, September 30, 2015

Roti Majerin

Minum petang dengan roti majerin adalah satu kenikmatan.
Tapi tak sampai seminggu habis roti majerin yang dibeli.
Siap dapat order pula.
Sabar je lah. 



Friday, August 28, 2015

Eternity


Come home for this. My traveling day falls on my daddy's birthday. And I was in Johor on mummy's birthday, and their anniversary. I hope this will summarize everything eh? Happy 50th birthday to both my parents. Happy 31st anniversary. Thank you for everything my two lovebirds. I love you both to eternity. #5Aug #23Aug #27Aug #Augustsfamilyaffairs #happybirthday #happyanniversary

Sunday, August 23, 2015

Trapped

Someone's emailed me about one of my blog post. He's been so upset that my post about mentaliti keanak-anakan. 

I didn't mention any names. 

He said stuff. But, I know who I am. That was my past and I don't live there anymore. 

You're the one who trapped in your own game. Why am I the one to be blame? 


Parit Raja

Benda paling seronok outstation ialah dapat makan sedap-sedap. 😋

Mee racun

Bakso

Lempeng

Asam pedas

11 August 2015
Batu Pahat 

Thursday, August 06, 2015

Avex


Avex. 
Pergi mana?
Akak rindu. 
Balik lah. 
Dah 3 minggu ni.

Monday, June 29, 2015

Berkira

"Kau patut guna je akaun RHB aku. Kad bagi aku pegang. Aku paling boleh dipercayai kalau bab pegang duit orang"
"Tak nak lah. Tak nak akaun kau. Kenapa pula boleh dipercayai?"
"Sebab aku kira setiap keping duit yang aku ada termasuk setiap keping duit untung."
"Kau bukan kira duit. Kau berkira"
"Eh kenapa pula?"
"Sebab kau nak makan pun kau tanya berapa ringgit"

Adik perempuan buat summarization tentang perangai saya dan duit. Berkira katanya. 

Ah. 

Berjimat kan. Nanti nak guna duit waktu susah, mana nak cari duit?

Sunday, June 21, 2015

Kalau Ini Yang Terakhir?

Macam mana ramadhan kawan-kawan? Kalau ini ramadhan terakhir kamu semua sebagai single, how do you feel?
Mesti rindu mak kejut sahur, mak tolong masakkan sahur. Hahahahahahahaha. Jom manja dengan mak kita. Takut jodoh atau mati datang tiba-tiba tak sempat nak enjoy manja dengan mak.

Salam Ramadhan!


Thursday, June 18, 2015

Muntah hijau



Saya bukan lah orang yang boleh handle stress. Something's big is coming around and tiba-tiba soalan adik saya macam peluru M16. Laju dan bertubi-tubi. I couldn't handle it. Terus rasa nak muntah hijau. 

Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan

Dah nak puasa. 
Dah habis ganti puasa ke tak ni? 

Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan

Thursday, June 04, 2015

Mentaliti Yang Keanak-anakan

Situasi 1: seorang gadis remaja berusia 17 tahun ditinggalkan teman lelakinya.

Plot: Kerana kecewa dengan teman lelaki yang berselingkuh dibelakangnya, dia cuba untuk move-on. Gadis itu  pergi ke rumah teman lelakinya dan memulangkan semua hadiah yang diberikan oleh teman lelakinya itu.

Situasi 2: seorang lelaki berusia 27 tahun ditinggalkan teman wanitanya.

Plot: Oleh kerana kecewa dengan cinta yang dah ditinggalkan atas silap sendiri, sang lelaki ke rumah bekas teman wanita yang telah meninggalkannya itu dan memulangkan semua hadiah yang diberikan oleh gadis itu.

Plot cerita yang sama, situasi berbeza, usia juga berbeza. 

Mentaliti serupa--

What you did now is what I've done 10 years ago. You're 27, furthermore you're a man and God's gave you brain. 

I thank God that I left you. For I might regret of my decision later if I choose you.

Wednesday, May 20, 2015

Grief

Ada orang cakap, bila kita bahagia, cerita kita biasa. Bila kita sedih, itulah yang menarik. 

Sebab--
Everybody grief differently 

Wednesday, May 06, 2015

5kg Nuh-tell-la

Can you imagine how many brownies and cheese tarts that we can made out of this baby.


Thank you for this, babe.

Sunday, May 03, 2015

90 Hari Mencari Cinta

Baba cakap sebelum August kalau tak ada yang masuk meminang, dia akan buat decision.

Wow, sekarang misi mencari cinta ke macam mana ni?

August dah tak lama dah ni

Saturday, April 25, 2015

Dilemma

Aku dalam dilemma.

Semalam officemate telefon, dia tanya buat apa. Bila aku jawab duduk rumah, dia tanya nak tak masuk project lama, tapi contract 4 bulan macam biasa.

Dilemma sebab aku masih menunggu jawapan untuk contract 3 tahun yang belum tahu lagi bila akan mula.

Should I or shouldn't I take it?

Aaaaaaaaa--

Friday, April 24, 2015

7 hours

This different times zones I'm dealing with is so challenging even though it's just 7 hours. Ni aku bangun kawan baik aku tidur, aku tidur, dia pula bangun. Nak bercerita pun susah aih. Setiap hari ada sejam sahaja untuk borak which is sebelum dia keluar berjalan.

Have fun la best friend. Jangan lupa nutella besar saya, or I'll kill you when you gets home. Hahahahahahahaha 


Photo courtesy from Facebook Nizam MY

Oh how I miss Switzerland 

Wednesday, April 15, 2015

Kaca dan permata

Baru sedar rupanya selama ni aku buta tak nampak kasih sayang orang lain depan mata. Semua kerana menangkan kaca yang takkan sama dengan permata.

Eh. Bila aku buat keputusan untuk blah dari hidup kau, aku ingat aku sendiri. Rupanya, Tuhan hantar lagi ramai yang sayang aku dan manjakan aku dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Monday, April 06, 2015

Of Bet and Me

Kawan-kawan kerap mencabar saya dengan benda yang tak pasti. Contoh macam, budak laki tu confirm akan mesej saya selepas 2-3 hari.

Time frame cabaran selalunya seminggu. Saya macam orang gila juga la cuak takut dia betul-betul mesej. Dan selalunya saya akan menang. Sebab kawan-kawan (walaupun mereka lelaki), mereka juga tidak memahami lelaki.

Dosa tak main bet?

Friday, April 03, 2015

Changes in People

Kadang-kadang kalau difikirkan balik, betul ke people change?

Atau sebenarnya kita lebih kenal mereka?
Atau sebenarnya itu adalah mereka yang sebenar?

Sometimes things have to change and maybe sometimes they're for the better - Nani (Lilo and Stitch)


Thursday, April 02, 2015

People change

Tadi lepak dengan kawan yang dah 4 tahun tak jumpa. 4 tahun masa yang agak lama la sebab kami dulu sekelas, lepas beberapa tahun habis SPM baru jumpa balik. Lepas tu lost contact balik. Lepas tu jumpa balik. Haaaa. Berapa kali nak jumpa balik entah la.

Soalan normal cliché pertama, "how's life dude?"
Banyak sangat benda jadi sampai dia tak tahu nak mulakan dari mana. Jadi soalan kedua saya tanya. "Bini ko camne? Sehat?"
Jawapan dia "bini aku minta cerai dah setahun dah. End up aku suruh je dia pergi pejabat agama sendiri. Tapi dia tak pergi lagi"

Tiba-tiba saya kaget. I didn't expect that answer came out from him. Jadi saya tanya tentang kawan baik dia (baca sebagai, sepupu bini dia).

Jawapan dia; "dia pun dah lama blah dari hidup aku lepas dia gelapkan duit workshop"

"Tapi macam mana kau tahu dia?"

"Aku tahu lah. Sebab itu kan usaha bersama. Kitorang sama-sama partner nak buka workshop dulu"

Lama saya diam, tapi dia sambung lagi--
"Aku tak sangka sebab duit sejemput aku hilang kawan 15 tahun"

Masa tu saya pandang dia saya jawab; "people change, bro"

Berderai dia ketawa,"apasal kau tak cakap je life is sucks?"

"People change, sebab tu kau rasa life kau sucks"


Wednesday, April 01, 2015

Korban Cinta Remaja


Ini bukan cerita cinta fantasi lelaki korporat dengan gadis desa yang dibenci oleh ibu bapa mertua.
Tapi realiti cerita cinta yang tak semua bahagia.

"Kau percaya cinta pandang pertama?" 
- partner in crime; korban cinta remaja

Tuesday, March 31, 2015

Sejemput hello



I found this on instagram. Now that's explain everything.
Hanya 1 hello, rosak move on bertahun- tahun.

Monday, March 30, 2015

Akal

"U kena control u follow tak? Or just F it?"
"I told you, I'm stupid. So you rasa I ikut tak?"
"Tak tahu. Ikut lah tu kot"
"Haaa laaaaaa"
"You memang cinta mati la ni? Memang isteri solehah ke? Memang aim syurga bawah tapak kaki lelaki? Nampak gaya macam tu kot"
"Sendiri tanya sendiri jawab. You tak paham perempuan"

Bila kena perli macam ni baru nampak bodoh sendiri lepas tu salahkan spesis lain yang tak paham spesis kita.
Kadang-kadang bila bercinta buat aku lupa yang Tuhan bagi akal.

Bet

It's fun to keep looking at the clock and trying to get busy
In hoping that I don't lose the bet 

Friday, March 27, 2015

Sunday, March 15, 2015

Friday, March 06, 2015

Injection

Semalam pergi inject vaccine ACW135Y. Tak tahu nak cakap mengada ke apa ke, hari ni tak boleh nk angkat tangan. Kebas sengal sakit dia tak hilang lagi.

I should told the doctor that I'm allergic to injection (I guess). Sakit gilaaaaaa. Ni dah kali ke berapa dah ni. Paling teruk dulu masa BCG. Ada orang cakap makan telur, BCG jadi buruk. Tapi dulu doktor cakap my body couldn't handle any injection or wound. I have a cheloid. 

Badan dah start panas.
Hurm.

Tuesday, March 03, 2015

That uneven eyelid

Saya ada uneven eyelid. Yang mana buat saya bencikan diri sendiri.

Uneven eyelid ni adalah suatu kondisi sebelah mata ada kelopak dan sebelah lagi tiada. Boleh google sendiri gambar-gambar nya. Saya begitu yakin punca uneven eyelid ni adalah kesan dari ditumbuk suatu masa dahulu oleh seorang lelaki.

Ya. Ditumbuk. Adik saya bersungguh katakan, mungkin memang dari lahir kelopak mata saya tak sama. Mana mungkin! Selama 26 tahun saya hidup, takkan baru saya sedar sewaktu usia saya menginjak ke 26? Come on! Saya adalah orang yang meneliti setiap inci tubuh saya sendiri setiap pagi. Ya. Setiap pagi. Dari kecil kelopak mata tak sama adalah benda mustahil.

Ah.

Monday, March 02, 2015

Texting

I choose to text you than to whatsapp so that I don't ripped cut my own heart whenever I see you online but didn't read the message. 

Damn.

My best friend huh?  

Sunday, March 01, 2015

Blog ini

Few years back saya stop blogging. Saya cuba, tapi saya bagi alasan malas. Sebenarnya saya punya teman yang bencikan blog ini. Sebab: 

1. Semua orang boleh Google nama saya yang membawa ke blog ini
2. Isi kandungan blog ini adalah himpunan kisah dan cerita yang terjadi di tahun-tahun lepas melibatkan teman-teman karib lelaki

Tapi sebab saya pernah jadi naive suatu masa dahulu, saya turutkan. (Naive sebab takkan nak cakap diri sendiri bodoh)

Saya adalah juga cuba untuk menulis secara sembunyi. Asalkan tak bercerita pada dia. 

Ntah la.

Saturday, February 28, 2015

Unfriended

Cuti raya cina saya adalah satu waktu yang paling tak best. 

I lost my best friend again.

Kadang-kadang saya suka duduk terperap di rumah dari bersosial seperti waktu dulu kerana saya tak suka melayan hati dan perasaan yang diremuk oleh diri sendiri sebab hilang satu per satu kawan baik. 

Ya. Saya kerap kehilangan kawan baik. Selepas seorang, seorang pula yang pergi. Semua semata kata-kata yang terlepas cakap. Ah.

Dulu saya ada kawan baik perempuan. Sewaktu zaman sekolah. Tapi selepas kata-kata yang dilepaskan tanpa usul periksa juga kerana terlalu pentingkan diri, saya tinggalkan dia begitu sahaja. Masa tu saya cuma fikir, kenapa simpan kawan yang seorang itu sedangkan ramai lagi yang boleh dibuat kawan.

Kemudian masuk ke alam lepas sekolah. Saya ada kawan baik baru. Lelaki. Dia tinggalkan saya kerana saya tak percayakan kata cinta yang ditaburkannya hanya semata sebab dia mempunyai teman wanita. Tapi dia kembali. Sebagai kawan baik. Dan setiap kali kembalinya kepada saya, setiap kali itulah kami akan bergaduh semata kerana hati dan perasaan.

Masuk ke alam universiti, kawan baik baru muncul. Perempuan. Dia ditatang seperti minyak yang penuh. Semua saya turutkan semata tak mahu kehilngan seorang kawan baik. Tapi bagai sudah tertulis, dia meninggalkan saya kerana mulut yang tak dapat dikawal. Teguran yang tak dapat dia terima. Mungkin terlalu kasar. Mungkin sebab saya dah ada boyfriend, jadi saya buang dia. Ah. Tak matang sungguh.

Di alam universiti juga saya dapat seorang lagi kawan baik. Ada yang menyatakan lelaki tidak boleh berkawan baik dengan perempuan. Ada benarnya di situ, seperti kawan baik lelaki yang lama, hal berkaitan hati dan perasaan akan menjadi isu. Kami baik, kami perang dingin. Sehingga 4 bulan lepas kami benar-benar rapat. Tetapi, hanya kerana telah terluka dengan ramai lelaki-lelaki tak guna sebelum ini, saya selalu meragui kata hatinya. Dan minggu raya cina itu adalah saksi perang dingin kami. Lagi. Call tak dijawab, mesej tak dibaca. Setiap kali melihat whatsapp yang sudah dihantar tapi tidak dibaca, benar-benar merobek jantung saya sehingga berkecai perlahan-lahan. Mungkin ini perang dingin terakhir. Mungkin dia tak mahu berkawan lagi.

Kadang-kadang kakak angkat saya cakap, "dart kalau putus kawan lebih dari putus dengan teman lelaki". Betapa teruk saya menangis meraung seorang diri. 

Here I am. Unfriended. Unwanted.

Oh Tuhan. Aku cuma mahu mereka kembali.

Terutama sekali kamu, Wanie dan Bobby.

Friday, February 27, 2015

Tentang 7 tahun 7 hari

Semalam ambil parcel di poslaju Glenmerie. Saya macam biasa lah beli barang online. Saya tak suka pergi shopping mall untuk membeli. Ramai yang akan datang menyendeng, "ya cik, boleh saya bantu"

Parcel dibuka and there it is "7 tahun 7 hari" dan "Tentang" juga 2 helai t-shirt.

Mungkin sesetengah kamu tahu apa yang saya maksudkan. Saya bukan lah peminat Diana Nuzuin. Saya cuma stalker dia. Hahahahahahahaha. Habislah aku kalau Awin baca.

Bila baca penulisan dia dan Amé dalam 7 tahun 7 hari, buat saya terfikir betapa Tuhan itu Maha Mulia. Diduga bermacam dugaan untuk jumpa jodoh yang sebenar. (Part ni banyak kali padam taip sebab tak jumpa ayat yang sesuai)

Dan ya, I did cry few times especially part Amé begitu tenang menghadap Awin. Tak tahu pula ada lelaki Melayu macam ni. Ingat kan zaman sekarang dah tak ada. Tapi betul juga tentang you have to kiss lots of toads and frogs to found your prince.

Sunday, February 01, 2015

Sebulan Kemudian

Dah sebulan ni selepas azam tahun baru.
Kerja tak dapat lagi.
Susah nya--

Thursday, January 01, 2015

Tahun Baru

"In the name of Allah Most Gracious, Most Merciful"

Saya bukan lah jenis orang yang menetapkan resolusi di setiap awal tahun, tapi semenjak tamat belajar, boleh dikatakan paling kurang 1 resolusi yang ingin saya capai.

Jadi, tahun 2014 boleh saya simpulkan adalah tahun yang kosong. Sehingga hujung tahun, saya seperti tidak mampu untuk mencapai apa-apa. I'm a complete failure. 

Kerja tetap tak ada,
Rumah tangga jauh sekali.

But, I met so many beautiful people that taught me a lots of things. At least 1 thing that I could be sure of, I am a better me. 

Hari ini kena mula dengan mencari kerja baru.

So, what's your new year resolutions?