Friday, February 27, 2015

Tentang 7 tahun 7 hari

Semalam ambil parcel di poslaju Glenmerie. Saya macam biasa lah beli barang online. Saya tak suka pergi shopping mall untuk membeli. Ramai yang akan datang menyendeng, "ya cik, boleh saya bantu"

Parcel dibuka and there it is "7 tahun 7 hari" dan "Tentang" juga 2 helai t-shirt.

Mungkin sesetengah kamu tahu apa yang saya maksudkan. Saya bukan lah peminat Diana Nuzuin. Saya cuma stalker dia. Hahahahahahahaha. Habislah aku kalau Awin baca.

Bila baca penulisan dia dan Amé dalam 7 tahun 7 hari, buat saya terfikir betapa Tuhan itu Maha Mulia. Diduga bermacam dugaan untuk jumpa jodoh yang sebenar. (Part ni banyak kali padam taip sebab tak jumpa ayat yang sesuai)

Dan ya, I did cry few times especially part Amé begitu tenang menghadap Awin. Tak tahu pula ada lelaki Melayu macam ni. Ingat kan zaman sekarang dah tak ada. Tapi betul juga tentang you have to kiss lots of toads and frogs to found your prince.

No comments:

Post a Comment