Saturday, February 28, 2015

Unfriended

Cuti raya cina saya adalah satu waktu yang paling tak best. 

I lost my best friend again.

Kadang-kadang saya suka duduk terperap di rumah dari bersosial seperti waktu dulu kerana saya tak suka melayan hati dan perasaan yang diremuk oleh diri sendiri sebab hilang satu per satu kawan baik. 

Ya. Saya kerap kehilangan kawan baik. Selepas seorang, seorang pula yang pergi. Semua semata kata-kata yang terlepas cakap. Ah.

Dulu saya ada kawan baik perempuan. Sewaktu zaman sekolah. Tapi selepas kata-kata yang dilepaskan tanpa usul periksa juga kerana terlalu pentingkan diri, saya tinggalkan dia begitu sahaja. Masa tu saya cuma fikir, kenapa simpan kawan yang seorang itu sedangkan ramai lagi yang boleh dibuat kawan.

Kemudian masuk ke alam lepas sekolah. Saya ada kawan baik baru. Lelaki. Dia tinggalkan saya kerana saya tak percayakan kata cinta yang ditaburkannya hanya semata sebab dia mempunyai teman wanita. Tapi dia kembali. Sebagai kawan baik. Dan setiap kali kembalinya kepada saya, setiap kali itulah kami akan bergaduh semata kerana hati dan perasaan.

Masuk ke alam universiti, kawan baik baru muncul. Perempuan. Dia ditatang seperti minyak yang penuh. Semua saya turutkan semata tak mahu kehilngan seorang kawan baik. Tapi bagai sudah tertulis, dia meninggalkan saya kerana mulut yang tak dapat dikawal. Teguran yang tak dapat dia terima. Mungkin terlalu kasar. Mungkin sebab saya dah ada boyfriend, jadi saya buang dia. Ah. Tak matang sungguh.

Di alam universiti juga saya dapat seorang lagi kawan baik. Ada yang menyatakan lelaki tidak boleh berkawan baik dengan perempuan. Ada benarnya di situ, seperti kawan baik lelaki yang lama, hal berkaitan hati dan perasaan akan menjadi isu. Kami baik, kami perang dingin. Sehingga 4 bulan lepas kami benar-benar rapat. Tetapi, hanya kerana telah terluka dengan ramai lelaki-lelaki tak guna sebelum ini, saya selalu meragui kata hatinya. Dan minggu raya cina itu adalah saksi perang dingin kami. Lagi. Call tak dijawab, mesej tak dibaca. Setiap kali melihat whatsapp yang sudah dihantar tapi tidak dibaca, benar-benar merobek jantung saya sehingga berkecai perlahan-lahan. Mungkin ini perang dingin terakhir. Mungkin dia tak mahu berkawan lagi.

Kadang-kadang kakak angkat saya cakap, "dart kalau putus kawan lebih dari putus dengan teman lelaki". Betapa teruk saya menangis meraung seorang diri. 

Here I am. Unfriended. Unwanted.

Oh Tuhan. Aku cuma mahu mereka kembali.

Terutama sekali kamu, Wanie dan Bobby.

1 comment: