Saturday, April 25, 2015

Dilemma

Aku dalam dilemma.

Semalam officemate telefon, dia tanya buat apa. Bila aku jawab duduk rumah, dia tanya nak tak masuk project lama, tapi contract 4 bulan macam biasa.

Dilemma sebab aku masih menunggu jawapan untuk contract 3 tahun yang belum tahu lagi bila akan mula.

Should I or shouldn't I take it?

Aaaaaaaaa--

Friday, April 24, 2015

7 hours

This different times zones I'm dealing with is so challenging even though it's just 7 hours. Ni aku bangun kawan baik aku tidur, aku tidur, dia pula bangun. Nak bercerita pun susah aih. Setiap hari ada sejam sahaja untuk borak which is sebelum dia keluar berjalan.

Have fun la best friend. Jangan lupa nutella besar saya, or I'll kill you when you gets home. Hahahahahahahaha 


Photo courtesy from Facebook Nizam MY

Oh how I miss Switzerland 

Wednesday, April 15, 2015

Kaca dan permata

Baru sedar rupanya selama ni aku buta tak nampak kasih sayang orang lain depan mata. Semua kerana menangkan kaca yang takkan sama dengan permata.

Eh. Bila aku buat keputusan untuk blah dari hidup kau, aku ingat aku sendiri. Rupanya, Tuhan hantar lagi ramai yang sayang aku dan manjakan aku dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Monday, April 06, 2015

Of Bet and Me

Kawan-kawan kerap mencabar saya dengan benda yang tak pasti. Contoh macam, budak laki tu confirm akan mesej saya selepas 2-3 hari.

Time frame cabaran selalunya seminggu. Saya macam orang gila juga la cuak takut dia betul-betul mesej. Dan selalunya saya akan menang. Sebab kawan-kawan (walaupun mereka lelaki), mereka juga tidak memahami lelaki.

Dosa tak main bet?

Friday, April 03, 2015

Changes in People

Kadang-kadang kalau difikirkan balik, betul ke people change?

Atau sebenarnya kita lebih kenal mereka?
Atau sebenarnya itu adalah mereka yang sebenar?

Sometimes things have to change and maybe sometimes they're for the better - Nani (Lilo and Stitch)


Thursday, April 02, 2015

People change

Tadi lepak dengan kawan yang dah 4 tahun tak jumpa. 4 tahun masa yang agak lama la sebab kami dulu sekelas, lepas beberapa tahun habis SPM baru jumpa balik. Lepas tu lost contact balik. Lepas tu jumpa balik. Haaaa. Berapa kali nak jumpa balik entah la.

Soalan normal cliché pertama, "how's life dude?"
Banyak sangat benda jadi sampai dia tak tahu nak mulakan dari mana. Jadi soalan kedua saya tanya. "Bini ko camne? Sehat?"
Jawapan dia "bini aku minta cerai dah setahun dah. End up aku suruh je dia pergi pejabat agama sendiri. Tapi dia tak pergi lagi"

Tiba-tiba saya kaget. I didn't expect that answer came out from him. Jadi saya tanya tentang kawan baik dia (baca sebagai, sepupu bini dia).

Jawapan dia; "dia pun dah lama blah dari hidup aku lepas dia gelapkan duit workshop"

"Tapi macam mana kau tahu dia?"

"Aku tahu lah. Sebab itu kan usaha bersama. Kitorang sama-sama partner nak buka workshop dulu"

Lama saya diam, tapi dia sambung lagi--
"Aku tak sangka sebab duit sejemput aku hilang kawan 15 tahun"

Masa tu saya pandang dia saya jawab; "people change, bro"

Berderai dia ketawa,"apasal kau tak cakap je life is sucks?"

"People change, sebab tu kau rasa life kau sucks"


Wednesday, April 01, 2015

Korban Cinta Remaja


Ini bukan cerita cinta fantasi lelaki korporat dengan gadis desa yang dibenci oleh ibu bapa mertua.
Tapi realiti cerita cinta yang tak semua bahagia.

"Kau percaya cinta pandang pertama?" 
- partner in crime; korban cinta remaja