Thursday, April 02, 2015

People change

Tadi lepak dengan kawan yang dah 4 tahun tak jumpa. 4 tahun masa yang agak lama la sebab kami dulu sekelas, lepas beberapa tahun habis SPM baru jumpa balik. Lepas tu lost contact balik. Lepas tu jumpa balik. Haaaa. Berapa kali nak jumpa balik entah la.

Soalan normal cliché pertama, "how's life dude?"
Banyak sangat benda jadi sampai dia tak tahu nak mulakan dari mana. Jadi soalan kedua saya tanya. "Bini ko camne? Sehat?"
Jawapan dia "bini aku minta cerai dah setahun dah. End up aku suruh je dia pergi pejabat agama sendiri. Tapi dia tak pergi lagi"

Tiba-tiba saya kaget. I didn't expect that answer came out from him. Jadi saya tanya tentang kawan baik dia (baca sebagai, sepupu bini dia).

Jawapan dia; "dia pun dah lama blah dari hidup aku lepas dia gelapkan duit workshop"

"Tapi macam mana kau tahu dia?"

"Aku tahu lah. Sebab itu kan usaha bersama. Kitorang sama-sama partner nak buka workshop dulu"

Lama saya diam, tapi dia sambung lagi--
"Aku tak sangka sebab duit sejemput aku hilang kawan 15 tahun"

Masa tu saya pandang dia saya jawab; "people change, bro"

Berderai dia ketawa,"apasal kau tak cakap je life is sucks?"

"People change, sebab tu kau rasa life kau sucks"


No comments:

Post a Comment