Monday, June 29, 2015

Berkira

"Kau patut guna je akaun RHB aku. Kad bagi aku pegang. Aku paling boleh dipercayai kalau bab pegang duit orang"
"Tak nak lah. Tak nak akaun kau. Kenapa pula boleh dipercayai?"
"Sebab aku kira setiap keping duit yang aku ada termasuk setiap keping duit untung."
"Kau bukan kira duit. Kau berkira"
"Eh kenapa pula?"
"Sebab kau nak makan pun kau tanya berapa ringgit"

Adik perempuan buat summarization tentang perangai saya dan duit. Berkira katanya. 

Ah. 

Berjimat kan. Nanti nak guna duit waktu susah, mana nak cari duit?

Sunday, June 21, 2015

Kalau Ini Yang Terakhir?

Macam mana ramadhan kawan-kawan? Kalau ini ramadhan terakhir kamu semua sebagai single, how do you feel?
Mesti rindu mak kejut sahur, mak tolong masakkan sahur. Hahahahahahahaha. Jom manja dengan mak kita. Takut jodoh atau mati datang tiba-tiba tak sempat nak enjoy manja dengan mak.

Salam Ramadhan!


Thursday, June 18, 2015

Muntah hijau



Saya bukan lah orang yang boleh handle stress. Something's big is coming around and tiba-tiba soalan adik saya macam peluru M16. Laju dan bertubi-tubi. I couldn't handle it. Terus rasa nak muntah hijau. 

Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan

Dah nak puasa. 
Dah habis ganti puasa ke tak ni? 

Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan

Thursday, June 04, 2015

Mentaliti Yang Keanak-anakan

Situasi 1: seorang gadis remaja berusia 17 tahun ditinggalkan teman lelakinya.

Plot: Kerana kecewa dengan teman lelaki yang berselingkuh dibelakangnya, dia cuba untuk move-on. Gadis itu  pergi ke rumah teman lelakinya dan memulangkan semua hadiah yang diberikan oleh teman lelakinya itu.

Situasi 2: seorang lelaki berusia 27 tahun ditinggalkan teman wanitanya.

Plot: Oleh kerana kecewa dengan cinta yang dah ditinggalkan atas silap sendiri, sang lelaki ke rumah bekas teman wanita yang telah meninggalkannya itu dan memulangkan semua hadiah yang diberikan oleh gadis itu.

Plot cerita yang sama, situasi berbeza, usia juga berbeza. 

Mentaliti serupa--

What you did now is what I've done 10 years ago. You're 27, furthermore you're a man and God's gave you brain. 

I thank God that I left you. For I might regret of my decision later if I choose you.